Wednesday, July 27, 2011

Muslimah Solehah, Dambaan Syurga

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Tanpa kasih sayang Allah kepada hambanya, siapalah kita dimuka bumi ini. Tidak punya apa-apa, hanya mampu meminjam sifat asma' Allah yang Maha Kuasa.

Para pembaca yang di kasihi Allah Swt,
Ingin ana kongsikan sebuah ceroten peribadi seorang muslimah solehah yang bakal menghuni syurga. Iaitu sebuah cerita ciri-ciri wanita solehah yang diredhai Allah Swt. Muslimah yang menyejukkan pandangan mata serta bisa menginsafkan dan menundudukkan nafsu mereka yang berhati goyah.
(Cerita diubah suai berdasarkan saranan dan hukum Al-Quran & Hadis)
Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Ayahku, ceritakanlah pada ku perihal seorang muslimah yang sejati.."
Si ayah pun menolehkan mukanya seraya melontarkan senyuman manisnya ke arah anak kecilnya itu.
"Anakku...Seorang muslimah yang sejati bukanlah dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang teramat kecil sahaja. Tetapi, muslimah yang sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik."
Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian. (Hadis riwayat Muslim)
Si ayah terus menyambung.
"Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak manakah kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujjah kebenaran."
Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab : 32)

Si ayah diam sejenak sambil melihat kepada wajah manis puteri kecilnya itu.

"Lantas apa lagi ayah?" Sahut puteri kecil terus ingin tahu.
"Ketahuilah wahai puteriku... Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN-nya. Dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan."
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)." (Surah An-Nuur : 31)

"Dan ingatlah anakku...Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul."
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)

Setelah itu si anak kembali bertanya, "Siapakah yang memiliki kriteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya ayah?"

Si ayah memberikannya sebuah buku dan berkata, "Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah yang sejati dan wanita yang solehah kelak. Malah, semua wanita boleh."

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULALLAH.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al-Bazzar)



Wallahualam, Semoga kita semua bisa menjadi muslimah solehah yang sentiasa mendambakan redha Illahi.
READ MORE –

Monday, July 25, 2011

MAJLIS PELANCARAN JENTERA PAKATAN RAKYAT JULUNG KALINYA DISABAH

Pada 22 Julai 2011(Jumaat) yang lalu, dengan keizinan Allah Swt, PAKATAN RAKYAT P169 Parlimen Kota Belud telah berjaya melancarkan jentera Pakatan Rakyat yang julung-julung kalinya di Sabah. Pelancaran telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS SABAH iaitu Ayahanda Mohd. Aminuddin Aling.




Pelancaran telah dihadiri oleh ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP. Seramai 50 ahli yang hadir telah memecahkan kesunyian dewan dengan gemaan laungan REFORMASI! JOM UBAH! ALLAHUAKHBAR! Wakil daripada setiap parti telah membentangkan kertas kerja masing-masing.

En. Welon Moyou, wakil DAP
En. Saidil Simoi, wakil PKR
Ustaz Awang Laiman, wakil PAS
Pembentang pertama adalah daripada wakil DAP iaitu En. Welon Moyou dengan membentangkan kertas kerja  Kenapa BN harus ditumbangkan di Sabah. Beliau telah mengemukakan 10 sebab mengapa BN harus ditumbang di Sabah. Di antarnya ialah BN telah menipu rakyat, Kekayaan Sabah hanya dapat dirasai oleh pemimpin-pemimpin BN sahaja dan banyak lagi. Pembentang yang kedua pula ialah En. Saidil Simoi dengan memberikan penerangan mengenai "Buku Jingga" yang mana Buku Jingga tersebut membentangkan janji PR untuk rakyat Malaysia sekiranya PR berpeluang memerintah Malaysia satu hari nanti. Dan pembentang yang terakhir iaitu daripada wakil PAS, Ustaz Awang Laiman. Ustaz Awg. Laiman merupakan seorang calon yang pernah bertanding di DUN Tempasuk semasa Pilihan Raya yang lalu dan sekali lagi akan menjadi wakil calon daripada PAS untuk pilihan raya akan datang ini. Pembentangan beliau bertajuk "Mengapa kita perlu terlibat di dalam Pilihan Raya". Pembentangan beliau telah memuatkan pengenalan kepada PAS Sabah dan khususnya kepada PAS Kota Belud. Beliau juga membentangkan mengapa perlu wujudnya kerja sama diantara PAS, PKR dan DAP dalam menumbangkan BN-UMNO didalam pilihan raya. Pembentangan yang penuh bersemangat dengan laungan Allahuakhbar telah menggegarkan dewan serbaguna Rasa Sayang pada petang tersebut.
Dirasmikan oleh Ayahanda Mohd. Aminuddin Aling, Pesuruhjaya Pas Sabah

Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat yang gilang gemilang diserikan lagi dengan gimik menanda tangan banner Majlis Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat oleh Ayahanda Mohd. Aminuddin Aling selaku Pesuruhjaya PAS Sabah seterusnya sebagai perasmi pada hari tersebut. Tepat pada jam 5.00 petang, majlis bersurai dengan di iringi hujan yang lebat. Semoga hujan yang turun menandakan keberkataan dan pertolongan daripada Allah Swt kepada Pakatan Rakyat untuk menawan Kota Belud pada PRU-13 kali ini. Semoga redha Allah mengiringi.

Wallahualam.
READ MORE –

Monday, July 18, 2011

Dewan Muslimat PAS Kota Belud Mendekati Penduduk Kampung

Alhamdulillah hari ini selesai tanggungjawab Dewan Muslimat PAS Kota Belud mengadakan ziarah ke beberapa rumah penduduk kampung di sekitar Kota Belud. Timbul di benak hati ana mengucapkan syukur kehadrat kurniaan Illahi terhadap kecukupan rezeki yang tidak pernah putus-putus terhadap keluarga kami.

DMPKB melangkah ke rumah yg dituju

Pn. Faezah mewakili Timb. Dewan Muslimat Pas Negeri

rumah yg didiami oleh seorang pakcik berserta 4 orang anaknya dan seorang anak OKU

Kedaifan rumah pertama yg dituju, Kg. Taun Gusi 1
Melihat kemiskinan dan ketidak cukupan empat buah rumah yang kami ziarahi, timbul rasa insaf dan kasihan di dalam diri. Di era ini masih ada lagi rupanya rakyat yang miskin tegar dan mengharapkan simpati daripada wakil rakyat kawasan masing-masing. 4 buah rumah yand agak daif dengan pemilik rumah yang mengharapkan suara kecil mereka didengari oleh wakil rakyat langsung tidak diendahkan. Selama bertahun-tahun mereka cuba untuk memohon bantuan tetapi keputusan yang ditunggu-tunggu sangat mendukacitakan. Hari ini, Allah memberikan peluang untuk Dewan muslimat PAS KB mendengar keluhan dan luahan suara-suara kecil di teratak tempat mereka berteduh.

Rumah yg didiami oleh seorang ister berserta 3 orang anak yg masih bersekolah



Rumah ke dua yang dituju, Kg. Peladok

Berat hati untuk menyatakan wakil rakyat yang dimaksudkan. Tapi yang pahit itulah harus ditelan untuk menjadi ubat. Jangan sahaja menjadi pepatah berikut "kekayaan pemimpin UM*O-B* diutamakan rakyat terus dikemudiankan!".Wakil rakyat yang ana maksudkan iaitu YB Datuk Hj. Musbah Jamli yang mana beliau merupakan ADUN N06 Tempasuk. Saya mencadangkan agar Datuk turun sendiri melihat keadaan rakyat yang tidak terbela!
Rumah menteri yg tersergam indah
Wallahualam.
READ MORE –

Friday, July 15, 2011

Anak Permata Ayah Bonda. "Ustazah boleh ajar kami baca doa untuk ibu bapa?"


Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakah ibubapa mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal, jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa, kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah ini:

mendidik anak-anak mengikut acuan Al-quran
Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.

Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?”

Umar menjawab: “Ya.”

Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?”

Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik, dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).”

Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.

Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”

Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.
Nah, sudah jelas bahawasannya derhaka bukan hanya kepada ibu bapa sahaja, malah derhaka kepada anak-anak juga kerap terjadi, lebih-lebih lagi di era hari ini.

"Ustazah, bolehka nanti ajar kami doa ibu bapa?" "Boleh, nanti ustazah ajar ya, sekarang kita baca iqra' dulu." pujuk ana kepada seorang murid di pusat pengajian tahfiz, tempat ana mengajar sekarang.

"Ok, ikut ustazah baca doa untuk ibu bapa. Tadah tangan, bismillahirahmanirahim;"

Terpancar dari wajah suci dan keikhlasan di hati anak-anak kecil ketika ana mengajar mereka membaca doa tersebut.

Mendidik zuriat bukanlah hanya bermula selepas kita sudah berumahtangga atau sudah pun memperolehi zuriat didepan mata, akan tetapi mendidik anak-anak hendaklah bermula dari individu itu sendiri sebelum dia bergelar seorang isteri/suami lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa. Ameen..

Wallahualam.
READ MORE –

Monday, July 11, 2011

Takut Bayang-Bayang Sendiri Yang Belum Tentu Itu Adalah Hantu!

Sebentar tadi ana mendapat MMS daripada seorang sahabat berkaitan penagkapan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah iaitu Akhi Lahirul Latigu. Apa yang boleh dikatakan melalui penangkapan beliau ialah beliau ditangkap hanya semata-mata memakai baju BERSIH yang sememangnya telah lepas sehari yang lalui. Takkanlah bermula 9 Julai 2011 kerajaan nak menyekat hak kebebasan rakyat untuk memaki baju berwarna kuning pula?? Adakah juga bermula 9 Julai 2011 kerajaan telah merangka satu peraturan/undang-undang khusus untuk menahan mana-mana rakyat yang memaki baju berwarna kuning atau mempunyai lambang BERSIH wajib ditahan kerana mengancam keamanan negara? Jadi tahanan ISA paling simpel. Kebebasan kami semakin disekat. Ikuti kisah penangkapan ketua Pemuda Negari Sabah dibawah ini. Sumber yang ana perolehi daripada FB Syabab PAS Sabahan.

Ketua Pemuda digari polis
:: Ringkasan cerita ::
Seawal jam 9 pagi tadi, saudara Lahirul Latigu tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu setelah penat mengharungi himpunan BERSIH semalaman. Ketika itu beliau turut memakai baju BERSIH di lapangan terbang, tetapi tiada apa-apa masalah.
Kemudian, sekitar jam 4.30 petang tadi, KP Sabah Lahirul Latigu sedang minum petang bersama beberapa rakannya dengan memakai baju BERSIH.
Tanpa semena-mena, dia ditahan oleh pihak polis, dibawa ke balai polis Alamesra, dan kes berlanjutan hingga ke tahap begini.
Persoalannya, bukankah semua himpunan itu sudah selesai semalam, mengapa masih besarkan isu?
Adakah pihak tertentu berasa terancam dengan kebangkitan suara rakyat, khususnya di bumi Sabah ini?
P/s : Ketika mahu mengambil gambar di lokasi kejadian, beberapa pegawai polis menghalang kami daripada buat demikian. Persoalannya, mengapa takut jika buat perkara yang benar?

Tiada kepelikkan yang boleh diungkapkan kepada PDRM=KERAJAAN pada era ini. Allahhurobbi.. Mereka takut, seram dengan bayang-bayang sendiri yang belum tentu itu adalah hantu! Mereka takut, fobia, seram hanya kepada warna kuning semata-mata. Apa yang boleh ana simpulakan, ini membuktikan bahawa kuasa rakyat tidak boleh dinafikan lagi. Rakyat berkuasa penuh untuk mengubah sistem yang semakin berat sebelah ini.
BERSIH2.0: Kagum bendera Sabah turut bersama-sama dalam BERSIH 2.0
Semoga Ketua Pemuda PAS Sabah sabar dalam menempuhi dugaan dan dibebaskan tanpa sebarang tuduhan. Ayuh kita berdoa semoga kezaliman ini berakhir dan seterusnya digantikan dengan sinaran bulan purnama yang bakal menghijaukan bumi Malaysia khususnya di Sabah. Allahuakhbar!
READ MORE –

Saturday, July 9, 2011

BERSIH VERSI POLIS DI SABAH

Pelik tapi benar, itulah perkataan yang boleh ana katakan. Iya kenapa tidak? BERSIH 2.0 di seberang laut China Selatan road-block bersusun di sepanjang jalan dari KB-KK. Inilah di katakan 1 MALAYSIA. Sehati sejiwa menghalang BERSIH. Memetik persoalan yang yang dilontarkan oleh sahabat ana yang berada di semenanjung,
"ni bukn takut lg enti.ni dah tahap trauma.=D..kalau johor,melaka,logiklah buat sekatan.ni sabah??knp tak buat sekatan kat indon ke,thailand ke.mana tau org2 sana turun jgk (^__^)v "
KB

Tuaran

Telipok

Pembaca-pembaca yang di rahmati Allah SWT,
Apalah yang nak ditakutkan oleh kerajaan Malaysia terhadap perhimpunan BERSIH? yang turun hanyalah anak-anak kecil yang langsung tidak bersenjata. Sedangkan "geng-geng" mereka lengkap bersenjata. Mengimbau mengapa BERSIH 1.0 di lakukan pada tahun 2007 perkataan Bersih menjadi kontoversi dan perkataan itu haram dicetak pada baju atau dibuat poster bila 10 Oktober 2007 yang lalu telah berlakunya perhimpunan aman yang mencecah angka ratusan ribu rakyat yang berkumpul dan berarak secara aman untuk menghantar Memorandum kepada DYMM AGONG untuk menuntut 8 perkara utama .

Mereka berhimpun demi menuntut pilihanraya yang bersih lagi adil. Perhimpunan bersih 2007 itu telah menyebabkan UMNO hilang 5 buah negeri oleh pembangkang walaupun tuntutan rakyat supaya dakwat kekal digunakan kepada pengundi telah dibatalkan penggunaanya di saat-saat akhir. Namun, dengan pilihanraya yang bersih dan telus, pembangkang berjaya mendapatkan 5 negeri untuk ditadbirkan oleh Pakatan rakyat. Maka tahun ini, sebelum menjelang pilihanraya, bersih kembali lagi dengan nama BERSIH 2.0 yang masih sama tuntutanya.

 Renung-renung dan fikir-fikirkan. BERSIH 2.0 kembali untuk rakyat, bukan untuk mana-mana parti!
READ MORE –

Friday, July 8, 2011

PERANAN MUSLIMAT HARAKAH

Muslimat Harakah

Setiap muslimah pendokong harakah mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan Jama’ah ke mercu kejayaan. Walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada perjuangan Islam.
Sejak awal kelahiran Islam, muslimah sentiasa  turut serta mengharungi liku-liku perjuangan, menghadapi rintangan, memberikan bantuan dan semangat, pengorbanan harta benda, melepaskan anak-anak dan suami yang mereka cintai malah ada di kalangan mereka yang gugur syahid kerana perjuangan Islam.

“Wahai Nabi, apabila perempuan-perempuan yang beriman datang kepada kamu untuk mengambil janji setia bahawa mereka tidak akan mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, mereka tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anaknya, tidak berlaku bohong yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak menderhakakan dalam perkara yang baik, maka hendaklah engkau menerima janji setia mereka dan mohonkanlah keampunan kepada Allah untuk mereka, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang”.
( Surah Al-Mumtahanah:12)
Khadijah binti Khuwailid salah seorang daripada penghulu segala wanita di dunia ini merupakan contoh muslimah yang terlibat secara langsung dalam Harakah Islamiah. Beliau merupakan simbol wanita yang beriman dan jujur, bersifat dermawan dan setia, seorang wanita yang berani dan terdidik serta petah berkata-kata. Sebagai seorang wanita berada, beliau mengorbankan seluruh kepentingan kebendaannya untuk tujuan dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah serta mula dimusuhi oleh orang-orang Quraisy. Sumaiyyah, isteri Yasir dan ibu kepada Ammar, pula telah disiksa oleh orang-orang Quraisy sehingga mendapat penghormatan sebagai syahid yang pertama bersama suaminya Yasir. Selain itu, nama-nama yang menjadi penggerak dalam perjuangan Islam seperti Fatimah binti Al-Khattab, Asma’ binti Umais (isteri Ja’afar b. Abi Talib), Aminah binti Khalid (isteri Khalid b. Said), Hafsah binti Umar (isteri Khurasi’ b. Huzafah) dan ramai lagi patut dikenali dan menjadi contoh kepada muslimah zaman kini.

Baitul Muslim Seorang Muslimat Harakh

Muslimah, sebagai isteri, mesti menjadi pendorong dan penyokong dalam perjuangan suaminya serta berkorban apa saja demi perjuangan Islam. Janganlah muslimah menjadi sebab kepada gugurnya suami dari medan perjuangan Islam dan janganlah memberatkan suami dengan perkara yang remeh-temeh. Bagi urusan yang boleh diselesaikan sendiri, selesaikanlah secara sendiri. Mereka juga hendaklah melatih diri sebagai seorang isteri yang cekap dalam pengurusan rumahtangga, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai matlamat hidup ke arah melahirkan generasi Al-Quran.

Wanita Islam juga mesti berhati-hati dalam memilih calon suaminya. Jangan jadikan suami sebagai alasan yang membuatkan muslimah berundur selangkah demi selangkah dari medan perjuangan Islam. Pilihlah calon suami yang bakal menjadi pendorong dan sumber inspirasi juga yang dapat memberikan kerjasama dalam rumahtangga dan perjuangan Islam. Ibarat kata pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.
Ketaatan kepada Islam menjadikan muslimah ibu yang baik. Ia mendidik anak-anak dengan kecenderungan yang berpandukan kepada nilai-nilai Islam. Sikap keibuan bagi seseorang wanita adalah punca utama melahirkan akhlak yang baik  kepada anak-anak. Muslimah sepatutnya menanam sifat berdikari kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Begitu juga mereka sewajarnya menjadi ibu yang dapat meniupkan ruh perjuangan Islam dalam diri anak-anak dan  sentiasa mendedahkan anak-anak kepada setiap aktiviti dalam kegiatan harakah.

Jihad Dan Pengorbanan Muslimat Harakah

Jihad dalam ertikata yang ringkas ialah ‘perjuangan untuk mempertahankan kemurnian Islam di peringkat diri, masyarakat dan negara. Di zaman awal Islam, wanita terlibat di dalam berbagai-bagai bidang jihad. Contohnya dalam mengurus rumahtangga, mereka melakukan kerja rumah dengan tangan-tangan mereka sendiri, seperti puteri Rasullah s.a.w Fatimah Az-Zahra.

Dalam menghadapi situasi penyelewengan zaman kini, jihad menerusi keilmuan adalah penting kerana peranan muslimat untuk menimba ilmu dan menyebarkannya kepada orang lain adalah sangat-sangat diharapkan. Muslimah memainkan peranan penting dalam menyebarkan ilmu Islam kepada manusia seluruhnya, dan mereka hendaklah memahami bahawa peranan ilmu yang disampaikan itu bermatlamat menegakkan hukum-hukum Allah di atas muka bumi ini.


Muslimah juga perlu melibatkan diri di dalam jihad menghadapi musuh-musuh Islam dan seharusnya memahami serta sedar tentang kepentingan untuk menjaga strategi dan kerahsiaan harakah, menjaga dan melindunginya. Mereka mesti meyakini matlamat dan arah perjuangan yang mereka dokongi. Mereka jangan mudah ditarik oleh anasir-anasir yang menyebabkan mereka lari daripada perjuangan yang diikuti selama ini.

Di dalam masyarakat, Muslimah mesti pandai menyesuaikan diri dan memahami peranan mereka.  Jika dahulu Islam terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang jahil dan degil dalam masyarakat jahiliyah, hari ini terpaksa pula menghadapi cendiakawan Barat termasuklah para orientalis yang mengkaji Islam dan berusaha untuk mengelirukan masyarakat tentang Islam. Justeru  itu, sebahagian wanita Islam kini yang memiliki ijazah, pekerjaan dan pangkat tidak lagi memainkan peranan yang serius dalam kebangkitan semula Islam. Pergaulan bebas lelaki perempuan pula menjadi perkara yang lumrah di mana-mana dan hanya segelintir saja umat Islam yang bimbang akan permasalahan ini.

Suatu hal yang perlu diambil kira oleh wanita Islam kini terutamanya yang terpaksa memikul tanggungjawab ditempat kerja dan tanggungjawab di rumah. Mereka hendaklah memastikan kedua-dua tanggungjawab ini dilaksanakan dengan dengan sempurna selain tidak mengurangkan sedikitpun penglibatan mereka di dalam Harakah Islamiah.

Wallahualam
 Artikel asal: http://dmpserdang.com
READ MORE –