Thursday, September 22, 2011

Ustazah belum kawinkan?? Suatu Perkongsian

"Ustazah-ustazah, belum kawin ba kan?" comel seorang pelajar ana bertanya dengan nada bersungguh-sungguh. Terkejut ana dengan pertanyaan si anak kecil yang secara tiba-tiba.

"Kamu rasa macam mana??" beberpa pelajar yang tengah khusyuk membuat latihan Akhlak Islamiyah duduk dihadapan ana terganggu seketika.

Ana diam, melihat reaksi Idzat menenti penuh sabar jawapan dari mulut ustazahnya. Sambil tersenyum ana menjawab ringkas.

"Belum lagi..."

"Nah kan! suda saya bilang ustazah belum kawin.."lonjak Idzat kegembiraan memberitahu teman-temannya.
"Ustazah belum kawin sebab mau jadi bidadari syurga nantikan??" aju anak kecil itu semula.


Allah.. Bagaimana si anak kecil ini boleh berfikir hingga ketahap ini? Takkan dia pernah membaca post ana di dalam blog yang bertajuk "Aku Ingin Menjadi Bidadari Syurga".. Tak mungkin..getus ana didalam hati.

"Ya, betulla tu Idzat. Ok buat kerja cepat..nanti ustazah tak bagi balik.." Ana cuba mengalihkan perhatiannya agar lebih fokus membuat kerja.

Lucu bila teringat soalan dan jawapan spontan dari anak kecil itu. Mungkin juga dia melihat ustazahnya sering bercerita tentang syurga neraka, dosa pahala, sebab itu dia boleh berfikiran sedemikian. Mungkin juga dia sentiasa melihat ustazahnya bercerita tentang ketuhanan. Wallahualam.. Tapi, itulah pemikiran si anak kecil yang kadang kala kita tidak boleh jangka apa yang sedang bermain di fikirannya.

"Ustazah! Rafiq tidur. Dia tidak buat kerja!"

"Ya, ustazah nampak..biarlah dia tidur, tak payah bangunkan ya." arah ana kepada pelajar didalam kelas Tahfiz 1. Kesian melihat pelajar yang berusia 6 tahun tertidur sambil meletakkan mukanya di atas meja. Kenapa tidak?Petang yang agak dingin dengan hujan turun dengan lebatnya, membuatkan mata ingin tertutup, apatah lagi seorang anak kecil. Tidak mengapalah untuk kali ini.

Semasa ana tengah menandakan buku pelajar yang telah siap, tiba-tiba....


"UWaaaaaaa!!" bunyi tangisan dari arah belakang. Terkejut, semua berpandangan antara satu sama lain.

"Ustazah! Rafiq menangis," Adui, apa lagi pula ni, tadi tidur bukan main, sekarang menangis pula. Mungkin sakit perut kot. Ana dan pelajar-pelajar lain bergegas meluru ke tempat Rafiq.

"Kenapa Rafiq menangis?sakit perutka?", "Ustazah, mungkin Rafiq mimpi kot tadi?" main teka teki pula petang ni.

Ana bertanya lagi, mungkin betul dia bermimpi,"Rafiq mimpi ka tadi?bagitahula ustazah.." Rafiz menggeleng. "Mungkin Rafiq mimpi ustazah meninggal kot. Jadi dia takut kalau ustazah meninggal.."
kali ini Huzaifah pula menduga dengan wajah yang agak serius. Tergelak ana mendengar ucapan Huzaifah, seorang pelajar yang agak pintar didalam kelas.

"Bukan, dompet saya hilang ustazah.." Rafiq mula mengeluarkan suara.. "Laaa..kenapa tidak bagitahu ustazah dari tadi?"

"Iya, dompet Rafiq hilang, tadi dia tiada pergi rehat ustazah.." pelajar-pelajar lain cuba meyakinkan ana.

"Tercicir dirumah kali tu, nanti ustazah bagi RM 1.00, Rafiq beli di kantin masa balik ya." Ana cuba memujuk si anak kecil agar jangan menangis lagi.

Sedikit perkongsian kehidupan di Pusat Pengajain Tahfiz khususnaya kelas yang ana mengajar kelas Tahfiz 1. Bermacam karenah dan gaya yang kadangkala tidak disangka-sangka. Menginsafkan, menyeadrkan dan seterusnya menjadi muhasabah didalam diri.


"Aku mengajar anak murid ku seperti ini. Maka aku kena buat dan berikan contoh yang lebih baik!"
Kadangkala kita terlupa bahawa peranan seorang guru tidak kira mengajar subjek apapun, ia sangat mempengaruhi seorang pelajar tersebut. Walaupun hakikatnya hanya beberapa jam kita bersama mereka. Kepercayaan yang mereka berikan kepada kita kadangkala lebih daripada ahli keluarga mereka sendiri. Hati dan fikiran mereka masih lagi bersih tanpa dosa. Tidak kira siapa pun kita, sesiapa yang berada disisi si anak kecil sama ada lama ataupun hanya sekejap, kita bertanggungjawab mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka. Kalau warna hitam yang kita warnakan, maka warna itulah yang akan tinggal dan di ingati sampai bila-bila, sekiranya warna putih pula yang dicorakkan, maka warna itulah juga yang akan menjadi kenangan sampai keakhirnya.

Wallahualam
READ MORE –

Friday, September 2, 2011

Di Jalan Dakwah Aku Menikah

 Artikel asal: http://muharrikdaie.wordpress.com/2009/05/09/cinta-dakwah-menuju-baitul-dakwah/

"Orang yang cintakan dakwah mesti menuju kepada baitul dakwah untuk kesenambungan dakwah. Kalau tidak jangan kita sebut pasal dakwah."
Adalah jumud dan dangkal fikrah dan tasawwur seorang ikhwah dan akhawat yang telah ditarbiyah yang  ingin mendirikan rumahtangga dakwah hanya melaksanakan taaruf dari sudut peribadi sahaja, seperti mengetahui nama pekerjaan, umur, keluarga dan sebagainya dan tanpa menggunakan sessi terpenting ini untuk mendalami hati dan cita cita masing masing kepada matlamat perjuangan dan bagaimana si ikhwah nak bina binaan rumahtangga dakwah yang sebenarnya dan dari sinilah si akhawat akan dapat tahu sejauh mana fikrah bakal suaminya supaya dia tidak menyesal dikemudian hari kerana tidak terlaksanannya cita cita besar yang ada dalam diri akhawat sendiri. kerana inilah yang akan mengeratkan dan membungakan cinta didalam rumahtangga yang akan dibina! Sekalipun ikhwah dan akahwat itu berada dalam tarbiyah dan jamaah tidak semestinya dia matang dalam pemilihannya tanpa kita berterus terang dan telus didalam dasar perjuangan.
 
Antum tahu bahawa dakwah adalah kewajipan. Masuliyah setiap yang bernyawa yang bergelar muslim mukmin. Bukan perkara main main dan pinggiran. Ianya adalah taklif rabbani. Tuntutan Ketuhanan. Tuntutan Allah yang akan dipersoalkan. Berat. Dan kita tiada pilihan. Bagi para duat yang tersedar, mereka tahu bahawa ini adalah sibghah. Celupan. Sibghah dari sibghah Allah.
Kita bertanggungjawab sepenuhnya. Oleh itu dakwah tidak terhenti disusuk tubuh kita sahaja kerana tanggungjawab ini adalah bertali arus yang bermula dari kita hingga ke dalam pembentukan Bait’ul Dakwah. Dan inilah yang sukar kerana sepasang suami isteri mestilah saling mewarnakan kehidupan mereka dengan sibghah ini. Oleh itu pembinaan dan pemilihan muslim/muslimah berqualiti harus menjadi prioriti dalam membina generasi pewaris.

Kita yang cintakan deen ini tidak boleh memandang ringan atau memandang sepi perkara ini kerana tersilap pemilihan akan merugikan dan melambatkan deen ini menuju langit. Pemuda pemudi harus mempunyai mind set ini supaya bersedia membentuk diri masing masing menjadi rijal dan srikandi yang qowi supaya nanti antara kita tidak tercari cari dan teraba raba dalam kesamaran mencari jodoh masing masing mengambil masa yang lama untuk pembentukan ini.
Bersedialah berIntima’  ( Ikat diri ) dengan Jamaah kerana Islam kian hari kian bertambah sukar. Tanpa jamaah kita tidak boleh berbuat sesuatu kerja dakwah dengan sempurna. Bersedialah untuk ditarbiyah. Untuk didik aqidah, hati, ibadah dan berkerja secara team work atau beramal jamaai berusahalah untuk tarbiyah dzatiyah tanpa bergantung pada arahan mas’ul atau naqib serta jamaah. Jamaah hanyalah sebagai pushing power tapi tanpa Dzatiyah dari diri sendiri, memang sukar untuk melonjak prestasi kita sebenarnya kearah berjuang dijalan Allah dan pastinya kita tidak dapat merubah diri dan dimanfaatkan jamaah dan terkadang mutarabi begini akan menjadi beban dan fitnah kepada jamaah!

Berbalik kepada pembinaan baitul dakwah, Ini sesuatu yang harus diberi perhatian. Terkadang seorang duat pun tidak dapat membezakan antara baitul dakwah dan baitul muslim. Baitul muslim adalah membina keluarga muslim namun baitul dakwah lebih jauh fikhnya. Ia itu untuk membina generasi pewaris. Pewaris Dakwah. Pewaris kerja nabi. Didalam pembinaan baitul dakwah ini memerlukan chemistry, memerlukan kekufuan serta memerlukan kedua pasangan terlibat dengan jamaah dan dakwah serta tarbiyah kerana dalam pembinaan ini kita memerlukan fikrah yang jelas, cita cita yang tinggi dan pengorbanan yang berterusan terhadap kerja kerja dakwah.Tanpa sifat sifat asas ini sukar untuk mengujudkan baitul dakwah serta untuk melahirkan generasi pewaris.

Sebagai seorang da’i, ana cuma nak sentuh masaalah pemilihan bakal isteri. Sabda nabi:
Dunia ini adalah perhiasan dan sebai baik perhiasan ialah wanita solehah. Apabila kamu melihatnya, ia akan mengembirakan kamu dan apabila kamu tidak ada, ia menjaga kehormatannya dan harta mu.
~Muslim
Setakat itukah wanita solehah itu? Atau wanita sebeginikah yang ingin melahirkan generasi pewaris ? Hadis nabi ini maha benar tapi pada pandangan ana, isteri seorang da’i atau pejuang deen ini, bukan setakat itu saja dan pastinya ada syarat2 lain lagi.
Mungkin dari pengalaman pergaulan ana, ana lihat hanya satu ini yang perlu kita pastikan. Bagi da’i yang ingin berkahwin harus menitik beratkan perkara ini dalam diri seorang wanita dan wanita daiyah yang ingin kan da’i juga harus melihat sifat ini supaya pembentukan keluarga dakwah dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Wanita pilihan mesti mencintai Akhirat

Kerana wanita amat suka kebendaaan, keselesaan kemanjaan dan kecintaan yang berlebihan sehingga ini akan menyalahi fitrah dalam realiti dakwah dan ini telah berlaku dalam kehidupan Rasullullah sendiri apabila dakwah sampai kekemuncaknya! Isteri2 Rasul suatu ketika mengkritik terhadap kehidupan kesusahan mereka disamping Rasullulah sehingga Rasul memberi pilihan kepada mereka samaada redha didalam susah atau  bersedia menerima talaq! Firman Allah:
Wahai Nabi, katakan kepada Isteri2mu , jika sekiranya kamu mahu kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah, supaya aku berikan kepada kamu pemberiah mut’ah dan aku lepaskan kamu dengan cara sebaik baiknya. Dan jika sekiranya kamu mahukan keredhaan Allah dan Rasulnya serta negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah telah menyediakan pahala yang besar bagi orang orang yang berbuat baik antara kamu
(Al Ahzab:28-29)
Realitinya perempuan yang dikuasai oleh tabiat lemah, inginkan kebesaran  dan cintakan kebendaan tidak mungkin dapat berjuang melainkan apabila ia membebaskan dirinya dari sifat sifat tersebut dan menyintai akhirat. Kerana apa? kerana cintakan akhirat merupakan syarat kepada seorang isteri da’i untuk memikul beban dakwah kerana tanpa cintakan akhirat seorang isteri akan meninggalkan kesan buruk kepada jiwa suaminya terhadap dunia dan akan mencenderungkan suaminya mencintai dunia dengan pengaruh kehidupannya.
Wajibnya pengarahan mencintai akhirat kepada wanita yang dijalan dakwah  adalah disebabkan sifat semulajadi mereka yang selalu mahukan keistimewaan dan jika tidak diarahkan akhirat pastinya menggangu  usaha dakwah.
Kita lihat bagaimana al Quran memberi kejutan kepada istri2 nabi apabila mereka demand tentang hidup mereka
Boleh jadi jika nabi menceraikan kamu, tuhanmu akan mengantikan baginya isteri isteri  yang lebih baik dari kamu ~ yang menurut perintah, ikhlas, taat, bertaubat, beribadat dan berpuasa ~ janda atau anak dara
(Tahrim:5)
mengantikan baginya isteri-isteri  yang lebih baik dari kamu ~ ayat ini telah merubah sifat sifat cintakan keistimewaan semua isteri nabi kepada amal soleh kerana takut Allah gantikan mereka dengan wanita lain untuk nabi dan mereka tidak mahu ada wanita lain lagi yang lebih baik dari mereka.
Satu yang perlu diberi perhatian bagi para daiyah yang cintakan dakwah dan ingin menjadi isteri seorang duat adalah, jelas niatnya. Daiyah itu sewajarnya menjadikan perkahwinan dengan seorang da’i yang dicintainya dengan niat memasukan dirinya dengan realiti dakwah bukan memasukkan dirinya didalam kehidupan dai itu. Dengan ertikata menjadikan Dakwah sebagai matlamat dan bakal suaminya adalah hanya teman dan alat menuju matlamat.
Jika inilah yang kita semua fahami duhai ikhwah/ akhawat, insyallah pastinya kita dapat mengujudkan sebanyak banyaknya baitul dakwah yang menjadi penerusan kepadan perjuangan ini.
Wallahualam..
READ MORE –