Tuesday, December 20, 2011

KAMI PRIHATIN NASIB RAKYAT

18 Dis 2011, Kg. Taun Gusi, Kota Belud- Hari Ahad yang lepas, Dewan Muslimat Pas Kota Belud sekali lagi turun kelapangan bagi menyalurkan bantuan kebajikan kepada beberapa buah rumah di kampung Taun Gusi. Rombongan DMPKB yang dibahagikan kepada dua kumpulan dengan disertai seramai 7 orang masing-masing telah membawa sekampit beras berserta barang-barang keperluan seperti gula, tepung, biskut dan kopi telah disambut ramah oleh tuan rumah yang di ziarahi.

ziarah ke kg. Taun Gusi
Kumpulan pertama telah menziarahi rumah makcik yang tinggal bersama nenek kurang upaya
Mak cik tersebut meluahkan kesedihannya kerana bantuan kebajikan telah ditarik balik


Keramahan DMPKB menyantuni keluarga yang diziarahi membuatkan mereka tidak kekok untuk bercerita dan meluahkan kekesalan terhadap wakil rakyat yang langsung tidak prihatin terhadap nasib mereka.

kumpulan kedua telah menziarahi rumah sebuah keluarga yang hidup didalam kemiskin dan menyara seorang anak OKU
"Dulu nak, saya pernah mendapat bantuan kebajikan, tetapi sekarang bantuan kebajikan telah ditarik semula. Saya pun tidak tahu mengapa boleh ditarik. Sedangkan saya masih layak mendapat bantaun kebajikan daripada kerajaan."
"Bantuan kebajikan tu, mereka bagi dengan saudara-saudara diorang jak. Wakil rakyat turun jumpa kami pun tidak. Diorang hidup kaya di kk, kami di kampung dibiarkan miskin! pilihan raya kali ini, saya tidak mau pangkah BN lagi."  Luahan kekesalan seorang penduduk kampung Taun Gusi didalam bahasa bajau yang telah diterjemah kedalam bahasa melayu.

Di samping itu, DMPKB juga telah berjaya membongkarkan penipuan yang telah dilakukan oleh pihak BN/UMNO semasa pilihan raya yang lalu. Seorang mak cik tua yang tinggal bersama keluarganya berserta seorang nenek yang kurang upaya telah memberitahu kami bahawa semasa pilihan raya ke 12, mak cik tua dan nenek tersebut telah diambil oleh beberapa orang wakil daripada puteri UMNO untuk di bawa ke tempat mengundi. Beliau juga menyatakan bahawa semasa hendak membuang undi di saluran masing-masing, nenek kurang upaya tersebut telah di minta untuk menunggu didalam kereta, sementara wakil mereka turun dan mengundi bagi pihak nenek tersebut.

Mak cik tua yang dirahsiahkan identitinya tidak mengetahui bahawa kejadian itu adalah salah disisi undang-undang pilihan raya. Ketua DMPKB menegasakan bahawa kejadian seperti itu tidak patut berlaku. Beliau juga menyifatkan sikap wakil daripada UMNO/BN adalah sikap yang tidak profesional dan menipu rakyat.


1 comment:

  1. subhanallah kak....azim...mudahan Allah memudahkan urusan kita semua...saya dapat merasakan ramai yang tertipu dan tidak tahu..teruskan perjuangan ya...:)

    ReplyDelete