Saturday, May 19, 2012

Lamanya tidak menulis...

Assalamualaikum wbt...
Allah...lamanya ana tidak menulis di ruangan blog Wardahtul Jannah. Terasa rindu ingin berkongsi cerita bersama pembaca-pembaca di setiap detik, pengalaman yang ana lalui sepanjang bergelar anak haraki Islam. Segala puji bagi Allah Taala kerana masih menetapkan kaki ini untuk duduk dalam perjuangan Islam. Walaupun pada hakikatnya pengalaman realiti yang dirasai tidak sama dengan penceritaan disini.



Kerja-kerja dan tanggungjawab kita sebagai mukmin hakikatnya lebih banyak daripada masa yang kita ada. Itu kata-kata yang biasa kita dengar bukan? Ya memang benar dan ana akuinya bahkan kita semua mengakuinya. Kadang-kadang menolog dalaman timbul apabila melihat ada orang-orang di luar sana masih sempat pergi ketempat-tempat hiburan, masih sempat duduk berjam-jam di restoran-restoran, dating, berjalan-jalan dan sebagainya. Dan yang paling mengejutkan ana apabila ada yang mengatakan "hidup ini membosankan.."

Bagaimana seseorang itu boleh mengungkapkan perkara sedemikian?? Ayuh pembaca yang ana kasihi kerana Allah, mari kita renungkan bersama... Hidup di dunia hanya sementara. Tidak ada istilah bosan sekiranya di isi dengan pelbagai perkara yang bermanafaat. Bahkan sampai satu saa,t kita ingin terus berjalan kehadapan hinggalah janji Allah itu tiba iaitu beralih alam ke alam barzakh. Sampaikan satu saat juga, kita tidak ada masa langsung untuk memikirkan diri sendiri kerana sibuk memikirkan masalah ummah yang semakin membimbangkan, sibuk melakukan kerja-kerja dakwah yang tidak pernah ada penghujungnya. Hidup bila di isi dengan keindahan ISLAM maka indahlah juga setiap-hari-hari yang kita tempuhi. Insyallah..


Sudah larut malam. Ana tamatkan untuk pembuka pena pada tahun ini ^_~. Semoga Allah memberikan ruang untuk ana mencoretkan sesuatu lagi di halaman Wardahtul Jannah. Assalamualaikum...
READ MORE –