Tuesday, May 28, 2013

Ya, Saya, Kamu dan Kita Hanya Perlu Bersabar, Sabarlah...Sedikit Masa Lagi

Monolog memujuk hati~

Fikiran  : Wahai hati, tidakkah engkau ingin bersabar untuk sedikit masa lagi?

Hati : Wahai fikiran, engkau hanya berfikir untuk bersabar memanglah mudah, tapi aku yg menanggung erti sabar amatlah payah.

Fikiran : Kalau begitu hati, biar aku bersama engkau menanggung payah erti sebuah kesabaran.

Hati : Wahai fikiran, aku bukanlah minta untuk kau turut bersama aku merasakan kepayahan menanggung sabar. Tapi, cukuplah engkau berfikir keredahaan di sebalik definisi SABAR.

Fikiran : Hati, aku keliru disebalik definisi sabar sebagai mana yg engkau maksudkan. Apa pula kena mengenanya dengan berfikir untuk keredhaan? Wahai hati, aku sering melihat engkau menangis kerana sabar. Kerana itu aku berfikir tidakkah engkau ingin bersabar lagi?

Hati : Wahai fikiran, aku menangis bukan kerna aku tidak mahu untuk bersabar. Tapi aku menangis agar aku tetap bertahan dengan kesabaran dan aku minta agar keredhaan segera menyapa dalam hati yang sedang bertarung untuk bersabar. Fikiran sayang, bila engkau berfikir akan keredhaan, maka dapatlah aku bertahan dengan sebuah kesabaran.

Fikiran : (Sambil berfikir) Nah, kini aku sudah faham disebalik makna sabar dalam hatimu. Maka aku akan segera berfikir dengan keredahaan agar aku tidak melihat lagi air matamu jatuh menanggung sebuah kesabaran.

Hati : Terima kasih fikiran. Engkau amat memahami kesabaran yg aku pendamkan. Kini air mata ku jatuh kerana aku mulai redha di atas kesabaran.

(Aku tersenyum mengucapkan syukur kepada Allah kerana hanya dengan izin Allah sabar dan redha menyapa dalam hati dan fikiran)


Hati dan fikiran, adalah makhluk Allah yang ada pada manusia. Hakikatnya manusialah yang mencorakkan hati dan fikiranya agar tetap pada landasan yang betul. Semua manusia boleh bersabar, tapi bagaimana tahap kesabarannya adalah bergantung kepada hati dan fikiran yang memandunya. Bila hati dan fikiran dipandu pada jalan Allah, maka definisi sabar akan tertanam disebalik erti sebuah keredhaan. Wallahualam...
Kini, Nafsu pula mla berkata-kata,
Nafsu :...........................................???

READ MORE –

Saturday, May 18, 2013

Kini... Aku sudah mula untuk bercinta, InsyaAllah

Assalammualaikum wbt,

Hari ini hampir genap diriku berada dalam sem ke-2 dan bergelar seorang pelajar Sarjana Pendidikan. Tatkala dalam usia ku yang suda menjangkau 25tahun, pelbagai jemputan dan perkhabaran undangan perkahwinan yang telah diterima daripada sahabat-sahabat yang aku cintai kerana Allah. Subhanallah, Maha suci Allah yang telah menciptakan lelaki dan wanita saling berpasangan agar sentiasa mengingati Allah SWT.


وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ
 “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [QS. Ar. Ruum (30):21].
 Aku? bagaimana pula dengan diriku, bila sampai kad wangi bersama pemilik tulang rusuk ku?? persoalan-persoalan yang sering diajukan dalam usia ini. Hanya mampu melontarkan senyuman dan berkata, "doakan  ana ya..." ~InsyaAllah dengan izin Allah doa mu sahabat dimakbulkan Allah. Doalah kebaikkan untukku dan masa hadapanku ^_~

Definisi Cinta.


Apa pula kaitan yang ingin diceritakan dengan tajuk yang penuh kerahsiaan? Bagaimana kisah ini harus dibaca? Ayuh, arahkan pembacaanmu kepada cinta ilmu..

Nah, ingin diri berkongsi bahawa aku kini telah mula untuk bercinta. Allah~ Cinta yang tidak pernah aku rasai ketika aku bergelar seorang pelajar sarjana muda. Ingin ku aturi cintaku agar tidak lupa dan lalai untuk bersyukur pada Sang Pemilik Cinta yakni Allah SWT.  Memang cinta itu penuh dengan pengorbanan dan air mata. Begitula juga aku. Kerana sudah terlanjur untuk bercinta, maka digagahi juga walaupun payah. Syukur ada "mereka" membahu dan memegang erat tangan ku daripada tersungkur di awal permulaan cinta.

Mempelajari ilmu pendidikan membuatkan aku rasa bersyukur kerana terpilih setelah lama untuk menunggu. Akhirnya, diberi peluang dan kesempatan. Tambahan pula, tersedia pakej sanggat istimewa iaitu bertemu dengan pensyarah-pensyarah fizik yang tidak pernah jemu mengajar serta mendidik diriku yang pada asalnya bukan berlatar belakangkan pendidikan. Maha Suci Allah yang Maha Pemberi...

Kini, aku tengah menghabiskan sisa-sisa hariku untuk terus berjuang dalam sem ini. InsyaAllah, selepas ini tinggal lagi baki dua sem untuk aku terus bercinta dengan assignment, kelas, tesis, writing, reading and so on... ^_~ Maka, doakan lah diri ini sahabat.. Pada yang sedang bertanya dan menanti kad wangi daripada diriku, biarkanla aku mencorakkan wangian perjalanan jihadku dalam menuntut ilmu  di Universiti Tarbiyah Malaysia sedikit masa lagi. Kini aku suda mula untuk bercinta dengan ilmuku, maka aku serahkan cinta seterusnya kepada Dia, Sang Pemilik Cinta yakni Allah SWT.
"Ya Allah, Tuhan Pemilik Cinta, penuh dan terangilah hati ini untuk mencintai ilmu-Mu. Ajari  dan ikhlaskan diri ini agar terus bercinta dengan ilmu-Mu. Ya Allah, izinkanlah agar  ilmu  ini menjadi penyuluh-ku di dunia dan akhirat. Serta, izinkalah juga agar ilmu ini bisa menyuluhi mereka yang ada disekeliling ku. Ya Allah, ajarilah diriku untuk redha ,dan ikhlas serta berkatilah cinta ini agar aku bisa mengecapi nikmatnya hinggalah aku bertemu dengan Mu ya Allah..." Ameen ya Robbal'alamin...
 ~ Sebuah Nukilan perkongsian
READ MORE –

Saturday, March 23, 2013

Cita-Cita dan Cintaku Tidak Pernah Padam Hinggalah Hujung Hela Nafasku


Assalammualaikum wbt...

Tiba-tiba terfikir untuk mencoretkan kisah selama hampir 25 tahun hidup di muka bumi Allah SWT. Blog Wardahtul Jannah sunyi sepi, berhabuk dan usang tidak diziarah oleh tuannya. Dan aku akui itu memang kekhilafan diri yang malas mencoret sesuatu...Tapi hari ini terdetik untuk melakar cerita diruang wardahal-Jannah.

Hari ini, telah hampir tujuh bulan diri bergelar seorang pelajar Sarjana Pendidikan (Fizik). Bergelar pendidik dan mempelajari ilmu pendidikan merupakan sesuatu yang aku cintai sejak di usia belasan tahun. Mungkin juga tempias daripada ibu dan ayah ku yang kedua-duanya  memang pendidik tegar. Kata orang "kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". Namun perancangan Allah lebih indah dan terbaik. Setelah keputusan SPM diumumkan aku menjejakkan kaki ke Matrikulasi Labuan pada tahun 2006/2007 dan meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam Ijazah Sarjana Muda (Fizik Kesihatan) pada tahun 2007/2010. Pelik bukan??? kata ingin menjadi pendidik, tapi kenapa memilih fizik kesihatan? Nah, itulah yang ku katakan indahnya perancangan Allah buat hambanya. Sudah dicuba, namun inilah yang Allah berikan. Alhamdulillah :)

Jadi anak soleh solehah
Setelah tamat pengajian, maka tamatlah juga aku menceburkan diri dalam Fizik Kesihatan. Namun, cita-cita dan impian ku tidak pernah padam untuk menjadi pendidik. Aku teruskan impianku menjadi guru ganti sebanyak dua kali di daerah kelahiranku. Hinggalah suatu hari, Allah SWT mengizinkan aku bergelar seorang "ustazah" selama setahun lebih di Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari, Kota Belud. SubhanaaAllah...  Tidak ada perkara yang paling mengembirakan diriku, pabila anak didik yang tidak mengeanl huruf alif, kini lancar membaca Al-Quran.. Rupanya Allah telah mengaturkan kehidupanku dengan peristiwa yang cukup sempurna. 

Tibalah tanggal September 2012, aku mendaftar sebagai seorang pelajar di peringkat Sarjana Pendidikan dengan pengkhususan Fizik. Subjek Fizik sentiasa mengekoriku, walaupun aku tidaklah sehandal kamu dalam penguasaanya. Alhamdulillah, SubhanAllah syukur ya Allah. Akhirnya, aku berpeluang untuk menghayati, menelaah, dan mempelajari ilmu dalam bidang pendidikan dan insyaAllah ingin menguasainya.

Dengan ini, terlakarlah episod aku bergelar pelajar semula di Universiti Tarbiyah Malaysia. Medan awal pentarbiyahanku untuk menjadi seorang anak haraki suatu ketika dahulu. MasyaAllah, Maha Suci Allah yang telah menetapka segalanya-galanya. Dengan izin Allah yang Maha Kuasa, aku serahkan segalanya selepas tamatnya pengajianku selama empat sem yang sepatutnya tiga sem untuk pelajar "full time" seperti aku. Kerana cinta ilmu dan pensyarah terbaik yang mendidikku, aku menetapkan tekad menghabiskan pengajianku selama empat sem walaupun itu adalah tempoh yang agak lama kot ^_^. Apalah yang lebih ku inginkan melainkan niat ku untuk betul-betul menguasainya agar dapat diaplikasikan dimasa akan datang. InsyaAllah...

Hanya dengan izin dan kehendak Allah, setelah tamatnya pengajianku, ingin ku teruskan impian , cita dan cintaku untuk bergelar seorang pendidik dan berhajat menubuhkan sebuah institusi pendidikan bersamanya. Walaupun aku tahu, belum tentu siapakah pendamping hatiku yang bakal melayari suka duka bersama-sama. Namun ku pasti, dia sedang mempersiapkan dirinya untuk menjadi pendorong, penguat dan paling penting sebagai teman, ketua, pengkritik yang sentiasa setia bersamaku dalam merealisasikan cita dan cinta yang tidak pernah padam hinggalah hujung hela nafasku. Tidak hari ini, ada hari esok. Tidak tahun ini, ada tahun depan dan tidak diri ini, biar zuriat meneruskan. Semua hanya dengan kehendak dan izin Allah SWT. InsyaAllah...
READ MORE –