Showing posts with label Jemaah. Show all posts
Showing posts with label Jemaah. Show all posts

Monday, April 25, 2011

Muktamar PAS Kawasan Kota Belud Gemilang


Berakhirlah sudah Muktamar PAS Kawasan Kota Belud yang berlangsung di Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari Kota Belud pada tengah hari tadi. Alhamdulillah Allah permudahkan segala-galanya. Muktamar telah di rasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri iaitu Saudara Lahirul Latigu. Semasa ucapan perasmian, beliau banyak mengingatkan kami tentang pentingnya persediaan untuk menghadapai Pilihan Raya ke-13 yang bakal menjelang pada bila-bila masa. 
 "Kamu jangan beranggapan bahawa usia PAS di Sabah ini masih lagi baru",  "Ala, PAS belum sesuai lagi memerintah di Sabah. Pas masih lagi baru. Belum boleh diterima lagi dasar perjuangannya," "Ingat! PAS di Sabah telah menapak selama 25 tahun lamanya. Kalau dibandingkan usia tersebut dengan manusia, pada usia 25 tahun adalah usia yang matang dan dah boleh kahwin..."
Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah

YDP serta diiringi TPJ menyerahkan cenderahati kepada perasmi



Analogi yang diberikan oleh Ketua Pemuda sebentar tadi, yang mana kita perlu sedar bahawasannya PAS di Sabah sebenarnya telah lama menapak. Bukannya setahun, dua tahun tetapi suda berpuluh tahun. Berpijaklah dibumi yang nyata wahai ahli harakah Islamiyah. Usah takut dengan bayang-bayang sendiri. Siapa kata PAS tidak boleh menang di Sabah? Insyallah sedikit masa lagi, PASTI dan PASTI Allah taala akan memberikan kemenangan kepada kita. Allahu Akhbar!


Selari dengan tema muktamar kali ini iaitu "Teguhkan Jamaah, Perkasakan Pakatan", muktamar yang penuh gemilang diserikan lagi dengan kehadiran wakil daripada DAP yang sanggup bertahan dari mula perasmian sehinggalah berakhirnya muktamar pada hari ini.
"...saya berasa kagum dengan semangat ahli PAS. Tidak mustahil kita sebagai pakatan akan memerintah negeri Sabah nanti.." Ucapan penangguhan daripada wakil DAP.
 
Ustaz Farhan memberikan sumbangan 1 set komputer kepada pejabat PAS Kawasan
 Pelbagai kenangan manis yang kami lalui semasa membuat persiapan muktamar. Pengalaman yang sudah tentu tidak akan dirasai oleh mereka-mereka yang tidak menggabungkan diri dalam harakah Islamiyah. Suatu pengalaman yang akan mengeratkan lagi ukhuwah antara kami. Sebuah ukhuwah yang sungguh bernilai dan ana berdoa moga ia kekal hingga ke Jannah. Insayallah. Terima kasih ana ana ucapkan kepada Ustaz Farhan Al-Hafiz kerana sudi membawa kami makan di restoran pada malam selamam. Sedar tidak sedar,segala persiapan berakhir pada 12.30 malam.

Yang DiPertua PAS Kawasan KB
Tahniah dan takziah ana ucapkan kepada Saff pimpinan PAS Kawasan 2011/2013 yang telah dilantik sebentar tadi. Ucapan Tahniah dan takziah sekali lagi, terutamanya kepada Ustaz Mustaqim bin Aling kerana masih kekal dengan jawatan beliau sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Kota Belud bagi sesi ini. Ana berharap agar saff pimpinan bagi sesi ini akan membawa lebih banyak lagi perubahan dan pembaharuaan kepada organisasi dan lebih mantapkan gerak kerja kawasan. Tunaikanlah amanah dengan sebaik-baiknya kerana ia pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar!
READ MORE –

Tuesday, April 5, 2011

Aku Adalah Seorang Daie

Suatu perkongsian yang ana rasakan perlu untuk sahabat-sahabat, adik-adik, serta untuk diri ana yang  mana dengan memilih jalan dakwah sebagai jalan sepanjang menempuh kehidupan di dunia yang sementara. Tidak kira,sama ada di alam kampus, di sekolah mahupun di kawasan atau negeri masing-masing. 
 
 
Wahai saudara-saudara yang ana kasihi sekalian, perjalanan dakwah merupakan suatu perjalanan yang panjang dan penuh dengan onak durinya. Ia merupakan suatu perjalanan tarbiyah yang telah diatur olah Allah Swt kepada hamba-hamba yang dipilih oleh-Nya.
 
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada yang ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah Swt. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakkan mereka adalah orang-orang yang fasik." (Ali-Imran:110)
 
Dalam kehidupan seorang daie, hakikatnya kita sedar bahawa dalam kesibukan seharian sama ada bekerja atau belajar,  kita seharusnya berusaha untuk mencari kesempatan meningkatkan kualiti diri sebagai daie. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini memberikan manafaat kepada antum.

Pertama, perlu cerdas dalam berorganisasi. Jalan tarbiyyah memerlukan bukan sahaja peribadi-peribadi yang ikhlas, namun harus produktif dan memaksima potensi diri. Dengan kata lain, ikhlas sahaja tidak cukup, perlu bijak memanfaatkan organisasi yang disertai untuk memacu perjalanan dakwah dan tarbiyah.

Seorang mahasiswa, pelajar yang cerdas, perlu memilih organisasi yang sesuai dengan fitrah, bukan sembarangan organisasi seperti sesetengah kelab  yang membudayakan pergaulan bebas, yang fokus hanya pada pembangunan fizikal, mental tapi mengabaikan pembangunan jiwa para ahlinya. Sangat perlu memilih kelab yang mampu menggarap potensi kalian sebagai pemuda/i dari segala aspek seperti kepimpinan, komunikasi, teamwork dan sebagainya. Terutama aspek kecerdasan iman dan ruhiyyah, di sebalik seribu satu agenda musuh-musuh Islam yang meruntuhkan peribadi Islami pemuda yang mencari erti mukmin. Tidak semestinya memilih Persatuan Pelajar Islam atau Kelab Amar Makruf, namun organisasi yang dipilih sebaiknya boleh bekerjasama dan berkembang untuk misi dan visi dakwah. Kecerdasan antum memilih akan membantu antum melihat organisasi tersebut sebagai wasilah yang sangat baik untuk menghidupkan aktiviti dakwah dan tarbiyyah.

Apa kesan tidak cerdas mengorganisasi? Pertama, kerja banyak, masa terbuang, namun tidak nampak nilai tarbiyyah. Sibuk ke sana ke mari berprogram, ruhiyyah menjadi penat, kerjasama dengan rakan sekelab mudah kucar kacir kerana matlamatnya jauh dari membawa manusia mengenal ALLAH. Timbullah isu untuk meletak jawatan dan gosip liar memburukkan persatuan sendiri.
 
Kedua, apabila hebat berorganisasi tapi tak cerdas, hasilnya kita kenal ramai orang, orang besar orang kecil, namun, kita tidak manfaatkan untuk menggiatkan dakwah dan tarbiyyah. Hanya berbangga mendampingi tokoh-tokoh yang dikenali, namun rakan persatuan yang lain makin hilang jati diri kerana program-program yang dianjurkan sifatnya sementara dan kering. Hanya memenuhkan jadual program setiap semester atau setiap tahun. Banyak aktiviti, namun tiada sasaran yang jelas. Seterusnya, seorang daie perlu memiliki gagasan pemikiran yang mantap dan luas. Harus perlu membaca, membaca dan membaca. Tidak boleh tidak, seorang daie perlu selalu memperdalam ilmu dan kematangan dengan jadual bacaan yang konsisten. Apapan bidang dan pilihan ilmu yang ingin dikuasai, semua ini perlu bersumber Al Quran dan As Sunnah.

Tidak mungkin untuk mempunyai kekuatan hujah, jika tiada intensif dengan tilawah dan tadabur Al Quran. Perlu dekat pada Sunnah Rasulullah SAW dan cinta untuk mengamalkannya. Dengan ilmu yang sentiasa dipelajari, para daie mampu meneguhkan gagasan pemikiran bukan sekadar berorientasi kejayaan dunia, namun gagasan pemikiran yang membawa keberuntungan sebenar di akhirat.

Untuk menyaksikan kesinambungan dakwah juga, seorang daie harus punya sensitiviti yang tinggi untuk menjaga keamanan perjalanan tarbiyyah dan dakwah di kampus, sekolah atau kawasan masing-masing. Berusaha 'memurnikan' program dengan kelulusan, mengikut syarat yang diletakkan dalam berprogram. Daie yang cerdas memandang jauh ke depan, tidak mahu di lucutkan dari gelaran mahasiswa kerana emosi, tidak mahu usaha tarbiyyah orang lain di kampus juga terus dipatahkan HEMA hanya kerana semangat yang melebihi kematangan.[Khusus untuk sahabat di alam kampus]


Ya, dakwah menyeru pada manusia kepada Allah itu sunnatullahnya dimusuhi sepanjang adanya langit dan bumi, namun cara berdakwah itu tidak harus dibenci orang yakni mad'u. Perlu mengambil ibrah dari dakwah Rasulullah Saw yang berkembang luas, bagaimana Rasulullah sangat matang berdakwah dengan nilai ilmu dan keimanan tanpa melupakan perancangan jua strategi. Bagaimana indahnya tutur bicara dan perilaku baginda yang menjadikan orang sekeliling cinta pada agama Allah ini, lembutnya sikap baginda amat menyentuh perasaan, dalam masa yang sama, ketegasan baginda tidak menjengkelkan. Inilah yang berusaha untuk kita contohi.

Wahai para daie yang diramhati Allah, timbalah pengalaman sebanyak-banyaknya walau dimana jua. Pengalaman itu tidak datang sendiri melainkan melalui jatuh bangun, kejayaan dan kegagalan kalian sepanjang berprogram dan beraktiviti. Daie yang ikhlas akan membantu saudaranya yang tersilap di jalan dakwah, daie yang ikhlas juga akan mengambil teguran dan nasihat temannya untuk terus thabat di jalan yang sulit ini.

Yang keempat, ayuh saudaraku, kita berusaha menjadi teladan dalam beramal. Inilah bahagian sukar dalam lapangan dakwah, kita diuji dengan kekangan diri untuk merealitikan kebaikan yang diseru. Kita alpa melakukan kebaikan yang diseru kadang-kadang, ada masanya diri sendiri terjatuh pada perkara berdosa dan maksiat yang kita cuba cegah di jalan tarbiyyah ini. Banyak sekali senarai karater mulia yang perlu dilengkapkan pada diri. Sudahkah kita para daie menjadi anak, suami atau isteri yang menunaikan sebaiknya hak ibubapa dan pasangan? Sudahkah kita menjadi orang yang menjaga dan memanfaatkan masa hingga kita menukar 'janji melayu' kepada 'janji daie'? Menjadi daie sangat perlu untuk mempunyai akhlak yang mendamaikan hati di mana pun berada. Sangat penting menjaga itqan dan jiddiyah di lapangan kerja dan belajar.
 

Yang terakhir, para daie harus punya ruhiyyah yang tinggi. Semakin banyak bekerja, semakin jauh melangkah di jalan dakwah ini, para daei harus mempunyai ruhiyyah yang sering basah dengan keimanan dan ketaqwaan. Kekuatan ruhiyyah menjadi bekal agung dalam dakwah. Ruhiyyah itu ibarat petrol pada kenderaan, harus selalu diisi supaya perjalanan lancar dan istiqamah. Ruhiyyah yang segar itu yang memperbaharui keikhlasan.

Ada kata-kata menyebut, iman itu turun dan naik. Benar sekali, arus global yang bergerak pantas menyaksikan kepantasan syaitan melemah segenap kekuatan muslim. Mudah sahaja rasa bersemangat di pagi hari, namun di petang hari imannya kembali memudar. Hanya mujahadah dan hati yang sering zikrullah jua zikrulmaut dapat memelihara diri dari godaan dunia dan tipu daya syaitan.

Duhai putera wa puteri daie , kitakah yang sering berprogram ke tengah malam hingga lelah tidak terbangun untuk solat malam? Malah subuhnya sering di penghujung waktu? Kita berprogram menjaga kebajikan teman, adakah kita juga prihatin urusan ibu ayah yang menanti kehadiran kita memberi warna baru dalam musykil keluarga yang tak kunjung habis? Kitakah yang rancak bersembang hal dakwah namun tidak rancak bertilawah dan tadabbur sedangkan Al Quran itulah yang menyalurkan kekuatan terhebat pada para sahabat dalam memperjuangkan Islam. Mungkinkah benar menyeru pada Allah jika Al-Quran dan solat tahajjud tidak menjadi sumber rujukan, ketenangan dan kekuatan para daie sekalian.

Insyallah sama-sama kita kembali cerdas dalam berorganisasi, dan meningkatkan wawasan pemikiran dengan pembacaan dan pengkajian ilmu. Bersama juga kita meningkatkan sensitiviti menjaga 'keamanan' perjalanan dakwah untuk jangka panjang di samping menjadi teladan dalam beramal. Dan teruslah kesegaran ruhiyyah di jaga agar kita sering ikhlas dan istiqamah di jalan para rasul.
Inilah sedikit sebanyak perkongsian yang ana belajar untuk bersama-sama kalian mencari redha-Nya. Insyallah marilah kita sama-sama bermuhasabah diri memberi yang terbaik dalam amanah yang ditunaikan. Allah, berat terasa dibahu ini untuk memikulnya. Tapi perlu dietruskan demi melihat Islam subur di muka bumi. Allahuakhbar...Allahuakhbar...Allahuakhbar!


READ MORE –

Sunday, April 3, 2011

Jangan Bakar Jambatan Persahabatan Dalam Jemaah

Hari ini cukuplah ana kongsikan artikel yang berkaitan erti sebuah persahabatan yang terjalin didalam jemaah. Ana tertarik dengan artrikel yang menyentuh pentingannya sebuah persahabatan didalam gerakkan Islam. Dengan ukhuwah yang kukuh terjalin, maka cukup manislah sebuah perjuangan. Syukur ya Allah, kerana aku menemui kemanisan sebuah ukhuwah di dalam jalan yang ku pilih sendiri, iaitu sebuah jalan yang penuh onak durinya.

Kepentingan “ukhuwwah” dalam jamaah sudah disepakati umum, khususnya para penggerak gerakan Islam. Teorinya memang sudah dipersetujui sebulat suara. Kalau ada yang menyangkalnya, maka ia terkeluar dari pandangan umum, bahkan terkeluar daripada ketetapan syara’. Tapi jika ditinjau pada perlaksanaan dan amalannya, kelihatan usaha-usaha kearah mempereratkan ukhuwwah kurang diberi perhatian. Bahkan kadang-kadang ukhuwwah semacam tidak dihiraukan sangat, kerana ada agenda-agenda lain yang lebih utama. Bukankah ukhuwwah itu “rahmat Allah”? Mengapa rahmat yang begitu berharga diabaikan begitu sahaja kerana diselimuti ke egoan yang mengunung.

Pembaca-pembaca yang dikasihi Allah Swt,

Ingatlah, persaudaraan atau ukhuwwah itu adalah akar yang menyokong kekuatan jamaah disamping akidah yang menjadi tunjangnya. Kekuatan apa lagi yang kita yakini untuk mengukuhkan pohon perjuangan ini selain akidah,iman, ukhuwwah dan jihad. Mahu dibina perjuangan ini bertunjangkan “wang” semata-mata”. Bukankah disebabkan wang, Umno kehilangan nilai-nilai keluhuran perjuangannya disegenap peringkat. Kuasa semata-mata?. Bukankah kerana budaya bertuhankan kuasa yang telah menyebabkan umno kian kehilangan kuasa. Gerakan Islam memang sangat-sangat memerlukan kuasa dan wang. Tetapi wang dan kuasa itu hendaklah dibangunkan diatas kemurnian akidah, kejernihan iman, keeratan ukhuwwah dan kesungguhan jihad. Justeru itu jangan memandang ringan terhadap kepentingan “menghubungkan” persahabatan dan ukhuwwah.

Apa yang menjadi api yang membakar jambatan persahabatan dalam jamaah?

1. Ego. Api yang pertama membakar “jambatan persahabatan” ialah keegoan diri. Merasakan diri lebih hebat. Tidak sesuai lagi bersahabat dengan sahabat-sahabat yang sedia ada. merasakan diri telah setaraf dengan pimpinan yang tinggi-tinggi dalam jamaah. Bahkan bila bercakap dengan pimpinan pun sudah berbahasa “ana enta (aku engkau)” sahaja. sedangkan pimpinan tersebut ,satu masa dahulu adalah guru kepadanya. Besar sangatkah erti jawatan itu dalam hatinya? sehingga dilihat jawatan itu satu keistimewaan yang dibanggakan bukannya tanggungjawab yang bakal dipersoalkan. Besar sangatkah erti jawatan sehingga dirombak jambatan rahmat persahabatan?. Bukankah dahulunya ia tidur bangun bersama dengan mereka. Ia mengorak langkah dalam perjuangan ini bersama dengan mereka, sama-sama berusrah, sama-sama makan nasi dalam talam dan sama-sama tidur kat surau kerana ada qiamullail. Tiba-tiba kerana dah merasakan diri jadi orang penting dalam jamaah, sahabat-sahabat lama dilayan selaku manusia kelas dua.

2. Terpengaruh dengan Fitnah. Api kedua yang membakar jambatan persahabatan ialah fitnah. Seorang sahabat akan rela memutuskan persahabatannya kerana terpengaruh dengan fitnah yang mengaibkan sahabatnya. Kalau ia tahu menghargai “persahabatan” sudah tentu ia akan menjaga nama baik sahabatnya. Mencari kebenaran dan seterusnya dinasihati secara baik sahabatnya itu jika didapati tuduhan itu benar. Dipertahankan sahabatnya jika di dapati tuduhan itu tuduhan liar yang berniat jahat terhadap sahabatnya. Tapi jika awal-awal lagi persahabatan yang ia jalin itu dalam diam-diam terselit rasa irihati, dengki dan hasad terhadap sahabatnya, maka sudah tentu jika bertiup sedikit fitnah terhadap sahabatnya, maka segera akan disambar peluang itu dan diapi-apikan lagi fitnah sehingga marak. Paling tidak ia akan berdiam dir, dengan membiarkan sahabatnya terkial-kial mempertahankan diri dari jaringan fitnah yang menjerutnya. Usahkan diziarahi sahabatnya itu bahkan melarikan diri pada saat sahabat memerlukan sokongan dan perangsang.

3. Hasad. Api hasad antara api yang cepat membakar jambatan persahabatan. Orang yang hasad melihat kepentingan yang ingin dicapainya lebih utama daripada menjalin persahabatan. Kadang-kadang jika dijalin persahabatan pun kerana bertujuan mencapai sesuatu bagi mengatasi sahabatnya yang lain. Sahabat yang baru akan dipergunakan untuk menyaingi sahabat yang lain. Orang yang hasad hanya boleh bersahabat dengan orang yang lebih rendah daripadanya. Jika dilihat seseorang itu lebih tinggi dan maju daripadanya, lalu akan dibakarnya jambatan persahabatan.
4. Jahil. Jahil tentang erti persahabatan, juga antara penyebab jambatan persahabatan diruntuhkan. sedangkan persahabatan adalah rahmat ALlah, melapangkan kerja dakwah, menenangkan jiwa, pemberi semangat dikala lemah, pendorong dikala berduka dan sahabat adalah sebahagian dari hidup kita. Tanpa mereka siapalah kita. Tanpa mereka kita tidak akan sampai ketahap ini pada hari ini.


Apa yang mengeratkan persahabatan?

1. Tawadhuk. Rendah diri atau tawadhuk bukan sahaja dicintai Allah. Bahkan orang yang bersifat tawadhuk akan dikasihi dan dicintai oleh sahabat-sahabatnya. Ia tidak merasakan dirinya hebat walaupun telah menjawat jawatan yang tinggi dalam jamaah. Bahkan ia merasakan jawatan itu dikongsi bersama kerana ia pastinya tidak akan sampai ketahap itu tanpa bantuan, sokongan dan pertolongan sahabat-sahabatnya. Jiwanya semakin resah dengan jawatan kerana akan banyak soalan Allah terhadapnya di akhirat. Namun oleh kerana telah diamanahkan dengan jawatan, terpaksa ia memikulnya dengan penuh pengharapan kepada pertolongan Allah dan bantuan rakan-rakan. Manusia secara nalurinya akan mengasihi orang yang merendah diri. Sebagaimana mereka secara nalurinya akan benci kepada orang yang sombong. Hatta orang yang sombong pun akan benci kepada orang yang sombong.

2. Ziarah. Tujuan ziarah ialah untuk menghangatkan persahabatan. Orang yang menghargai pertalian persahabatan akan meletakkan keutamaan kepada agenda ziarah. Jika ada peluang dan kelapangan pasti tidak akan disia-siakan untuk menziarahi sahabatnya. Apatah lagi jika ia tahu saat itu sahabatnya dalam kesusahan atau sangat mengharapkan pertolongan dan bantuannya. Persahabatan yang disusuli dengan ziarah akan lebih erat berbanding persahabatan yang berkisar sekadar pertemuan di masjlis-majlis ceramah dan kedai-kedai kopi. Taaruf akan lebih mesra dan manis jika diperkukuhkan dengan ziarah. Ziarah bukan sahaja mengeratkan antara dua orang sahabat, bahkan melibat keluarga masing-masing.

3. Selalu mendoakan sahabat. Jangan lupa, bahawa jalinan persahabatan adalah rahmat Allah. Bermohonlah kepadaNya untuk sentiasa memperolehi rahmat dan nikmat itu. Doakan kebaikan dunia dan akhirat untuk sahabat. Kerana kita tidak akan rasa nikmat bersahabat jika kita dalam keadaan gembira tetapi sahabat kita dalam kedukaan. Tetapi jika sahabat kita dalam kegembiraan, kita juga akan menompang gembira dan senang walaupun saat itu kita dalam kepayahan.
Apabila persahabatan dan ukhuwwah dapat dipereratkan dan jalinannya dapat dianyam dengan kemas dan indah, maka pastinya jamaah akan kelihatan indah dan sempurna. Sebaliknya jamaah akan kelihatan berserabut dan saling berantakan. Waktu itu tiadalah rahmat dan nikmat Allah swt.

Sekadar itu sahaja, untuk perkongsian ana dengan artikel yang penuh dengan makna yang tersendiri. Ayuh anak-anak harakah Islam, sama-samalah kita hindari perkara-perkara yang boleh menyebabkan terbakarnya sebuah jambatan persahabatan didalam jemaah Islam. Allahu Akhbar
READ MORE –

Monday, March 28, 2011

Amanah, Pikullah Ia Dengan Sebaiknya

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat Pas Kawasan Kota Belud. telah selesai di laksanakan pada petang tadi. Gembira di hati ana melihat wajah-wajah serikandi DMPKB yang turut hadir dalam memeriahkan mesyuarat agung yang gilang gemilang. Walaupun DMPKB baru sahaja didaftarkan pada tahun lalu, tetapi pada hakikatnya usaha dakwah yang dilakukan oleh DMPKB telah lama menapak di bumi Kota Belud yang tercinta. Mesyuarat yang telah di rasmikan oleh Tn. Hj Rahimin selaku Setiausaha Pilihan Raya Negeri Sabah, yang mana beliau sempat berkongsi suatu ilmu yang sangat bermanafaat dan berguna untuk dakwah  khususnya di Kota Belud. Turut hadir pada pagi tadi ialah Ustaz Awang Embong yang  diterbangkan khas dari Terengganu turut memberikan santapan rohani kepada kami. 

Hasil kerja gabungan DMPKB dan DPPKB
 Keletihan selama beberapa hari dalam persiapan menjayakan program tahunan, ana rasa  tidak berbaloi lagi jika dibandingkan dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja DMPKB selama ini. Sekarang baru ana merasai hakikat sebenar perjuangan sahabat sahabiah di Kota Belud. Selama ana bergelar  mahasiswa, program-program yang dijalankan ataupun gerak kerja dakwah hanyalah tertumpu pada golongan yang sebaya ataupun setaraf didalam kampus. Tetapi, hakikatnya ruang lingkup kerja dakwah di medan realiti sebenarnya lagi meluas dan lebih mencabar. Para aktivis kampus yang cintakan dakwah Islamiyah seharusnya bersyukur ke hadrat Allah Swt, kerana tarbiyah yang antum perolehi di kampus sedikit sebanyak dapat menyiapkan diri untuk antum beraksi di medan yang sebenar. Allahu Akhbar!

Pembaca-pembaca yang ana kasihi kerana Allah Swt,
Sebentar tadi juga,  barisan baru ahli jawatankuasa kerja DPMKB bagi sesi 2011/2013 telah dilantik dengan keputusan syuro. Ana mengharapkan dengan tertabalnya saff pimpinan yang baru ini, akan melancarkan lagi gerak kerja dakwah jemaah di Kota Belud. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Dewan Pemuda KB yang sanggup turun bersama-sama kami dalam membuat persiapan Mesyuarat Agung Tahunan kali ini. Hanya Allah sahaja yang bisa membalas jasa antum.

Disini ana sertakan satu artikel yang berkaitan dengan amanah untuk renungan dan pengetahuan bersama. Terutamanya bagi sesiapa yang mengintima'kan dirinya di dalam Jemaah Islamiyah

Allah SWT berfirman :

إن خير من استأجرت القوي الأمين
“Sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah" (al-Qashas: 26)

Seorang muslim yang sejati itu pastilah sangat mementingkan amanah. Amanah itu menjadi agenda utama dalam hidupnya. Ini kerana amanah itu merupakan ciri-ciri utama orang yang beriman dan ia adalah lawan kepada sifat khianat. Sementara khianat itu merupakan sifat orang munafik.

Sabda Rasulullah SAW :

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ ح و حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ ح و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُرَّةَ عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْ نِفَاقٍ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ

Maksudnya : “Empat perkara, barangsiapa yang memiliki kesemuanya maka dia adalah munafiq yang sebenar dan barangsiapa yang memiliki salah satu daripadanya maka dia telah memiliki salah satu daripada sifat munafiq dan dia kekal memiliki ciri-ciri munafiq sehingglah dia meninggalkannya: apabila diberi amanah di khianat, apabila berkata dia menipu, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila bermusuhan dia berlaku jahat”. (Shohih Muslim – Hadis ke 88)

Dakwah adalah suatu amanah

Ia juga merupakan perintah tuhan yang tidak boleh dipandang ringan. Firman Allah SWT :

إن الله يأمركم أن تؤدوا الأمانات إلى أهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل إن الله نعما يعظكم به إن الله كان سميعا بصيرا

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat." (an-Nisa': 58)


Sebelum Rasulullah SAW diutus menjadi Rasul, baginda SAW terkenal dengan gelaran al-amin yang bermaksud orang yang amanah. Inilah sifat terpuji Baginda SAW yang menyebabkan pemuka-pemuka Quraisy mati hujah untuk mempertikaikan kenabian Baginda SAW walaupun mereka terkenal dengan kefasihan berhujah dan bijak menggunakan kata-kata. Di dalam al-Quran pula, amanah itu disebut sebagai sesuatu yang berat untuk ditanggung sehingga makhluk-makhluk gergasi ciptaan Allah seperti langit, bumi dan gunung-ganang enggan untuk menerimanya apabila ditawarkan kepada mereka. Allah SWT berfirman :

إنا عرضنا الأمانة على السماوات والأرض والجبال فأبين أن يحملنها وأشفقن منها وحملها الإنسان إنه كان ظلوما جهولا

Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (al-Ahzab: 72)


Antara tafsiran yang agak menyeluruh bagi maksud amanah dalam ayat di atas ialah “urusan agama” sama ada ia berkait dengan dunia mahupun akhirat. Ini bermakna Islam itu sendiri adalah amanah yang mesti dipikul oleh setiap penganutnya. Dalam beberapa hadis, amanah itu ditafsirkan sebagai jawatan. 

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ شُعَيْبِ بْنِ اللَّيْثِ حَدَّثَنِي أَبِي شُعَيْبُ بْنُ اللَّيْثِ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ بَكْرِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ الْحَارِثِ بْنِ يَزِيدَ الْحَضْرَمِيِّ عَنْ ابْنِ حُجَيْرَةَ الْأَكْبَرِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي قَالَ فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي ثُمَّ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Abdul Malik bin Syu'aib bin Laits telah menceritakan kepadaku bapakku Syu'aib bin Laits telah menceritakan kepadaku Laits bin Sa'ad telah menceritakan kepadaku Yazid bin Abu Habib dari Bakr bin 'Amru dari Al Harits bin Yazid Al Hadhrami dari Ibnu Hujairah Al Akbar dari Abu Dzar dia berkata, saya berkata, "Wahai Rasulullah, tidakkah anda menjadikanku sebagai pegawai (pejabat)?" Abu Dzar berkata, "Kemudian beliau menepuk bahuku dengan tangan beliau seraya bersabda: "Wahai Abu Dzar, kamu ini lemah (untuk memegang jabatan) padahal jabatan merupakan amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi siapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar." (Shohih Muslim – Hadis ke 3404).


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ حَدَّثَنَا فُلَيْحُ بْنُ سُلَيْمَانَ حَدَّثَنَا هِلَالُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا أُسْنِدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sinan telah menceritakan kepada kami Fulaih bin Sulaiman telah menceritakan kepada kami Hilal bin Ali dari 'Atho' bin yasar dari Abu Hurairah radhilayyahu'anhu mengatakan; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi." Ada seorang sahabat bertanya; 'bagaimana maksud amanat disia-siakan? ' Nabi menjawab; "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu." (Shohih Bukhari – Hadis 6015)


Kenapakah agaknya jawatan itu disebut sebagai amanah? Ia seolah-olah menunjukkan bahawa hanya orang yang amanah sahaja yang layak memegang jawatan. Inilah perkara yang disebut oleh Nabi Yusuf AS ketika menawarkan dirinya untuk satu jawatan yang sinonim dengan menteri kewangan pada hari ini. Firman Allah SWT :

قال اجعلني على خزائن الأرض إني حفيظ عليم

Maksudnya : Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya". (Yusuf: 55)


 Orang yang hilang sifat amanahnya, maka secara moralnya dia sudah hilang kelayakan untuk menyandang sebarang jawatan. Bagaimana pula jika jawatan itu adalah jawatan yang sangat penting, berat tanggungannya dan berkaitan dengan maslahat rakyat.
حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَشْهَبِ عَنْ الْحَسَنِ قَالَ عَادَ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ زِيَادٍ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ الْمُزنِيَّ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ قَالَ مَعْقِلٌ إِنِّي مُحَدِّثُكَ حَدِيثًا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ عَلِمْتُ أَنَّ لِي حَيَاةً مَا حَدَّثْتُكَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Syaiban bin Farrukh telah menceritakan kepada kami Abu al-Asyhab dari al-Hasan dia berkata, "Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma'qil bin Yasar al-Muzani yang sedang sakit dan menyebabkan kematiannya. Ma'qil lalu berkata, 'Sungguh, aku ingin menceritakan kepadamu sebuah hadits yang aku pernah mendengarnya dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, sekiranya aku mengetahui bahwa aku (masih) memiliki kehidupan, niscaya aku tidak akan menceritakannya. Sesunguhnya aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Barangsiapa diberi beban oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah mengharamkan Surga atasnya'." (Shohih Muslim – Hadis ke 203).

Ini perihal orang yang diamanahkan oleh Allah SWT, lalu dia mengabaikannya. Bagaimanakah pula keadaannya orang yang sedari awal tidak berkelayakan langsung lalu dia meminta jawatan dalam keadaan dia tidak disukai?

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ زَيْدِ بْنِ وَهْبٍ عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ
حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثَيْنِ قَدْ رَأَيْتُ أَحَدَهُمَا وَأَنَا أَنْتَظِرُ الْآخَرَ حَدَّثَنَا أَنَّ الْأَمَانَةَ نَزَلَتْ فِي جَذْرِ قُلُوبِ الرِّجَالِ ثُمَّ نَزَلَ الْقُرْآنُ فَعَلِمُوا مِنْ الْقُرْآنِ وَعَلِمُوا مِنْ السُّنَّةِ ثُمَّ حَدَّثَنَا عَنْ رَفْعِ الْأَمَانَةِ فَقَالَ يَنَامُ الرَّجُلُ النَّوْمَةَ فَتُقْبَضُ الْأَمَانَةُ مِنْ قَلْبِهِ فَيَظَلُّ أَثَرُهَا مِثْلَ الْوَكْتِ ثُمَّ يَنَامُ نَوْمَةً فَتُقْبَضُ الْأَمَانَةُ مِنْ قَلْبِهِ فَيَظَلُّ أَثَرُهَا مِثْلَ أَثَرِ الْمَجْلِ كَجَمْرٍ دَحْرَجْتَهُ عَلَى رِجْلِكَ فَنَفَطَتْ فَتَرَاهُ مُنْتَبِرًا وَلَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ ثُمَّ أَخَذَ حَصَاةً فَدَحْرَجَهَا عَلَى رِجْلِهِ قَالَ فَيُصْبِحُ النَّاسُ يَتَبَايَعُونَ لَا يَكَادُ أَحَدُهُمْ يُؤَدِّي الْأَمَانَةَ حَتَّى يُقَالَ إِنَّ فِي بَنِي فُلَانٍ رَجُلًا أَمِينًا وَحَتَّى يُقَالَ لِلرَّجُلِ مَا أَجْلَدَهُ وَأَظْرَفَهُ وَأَعْقَلَهُ وَمَا فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ قَالَ وَلَقَدْ أَتَى عَلَيَّ زَمَانٌ وَمَا أُبَالِي أَيُّكُمْ بَايَعْتُ فِيهِ لَئِنْ كَانَ مُسْلِمًا لَيَرُدَّنَّهُ عَلَيَّ دِينُهُ وَلَئِنْ كَانَ يَهُودِيًّا أَوْ نَصْرَانِيًّا لَيَرُدَّنَّهُ عَلَيَّ سَاعِيهِ فَأَمَّا الْيَوْمَ فَمَا كُنْتُ لِأُبَايِعَ مِنْكُمْ إِلَّا فُلَانًا وَفُلَانًا
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Hannad telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah dari Al A'masy dari Zaid bin Wahab dari Hudzaifah bin Al Yaman telah menceritakan kepada kami Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam dua hadits; salah satunya sudah aku ketahui dan yang lainnya tengah aku nanti-nanti, beliau menceritakan kepada kami bahwa amanat turun di hati orang-orang kemudian Al-Qur`an turun dan mereka mengetahui dari sunnah lalu beliau menceritakan kami tentang tercabutnya amanah, beliau bersabda: "Seseorang tidur lalu amanah dicabut dari hatinya kemudian membekas seperti jejak kaki lalu ia tidur lagi kemudian amanat dicabut dari hatinya hingga bekasnya tetap ada seperti jejak tangan seperti bara api yang kau gelindingkan di atas kakimu lalu kau melihatnya membengkak padahal tidak ada apa pun didalamnya." Setelah itu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam mengambil batu kerikil dan menggelindingkannya di atas kaki, orang-orang pun berbaiat kepada beliau hingga hampir salah seorang di antara mereka tidaklah menunaikan amanat hingga dikatakan: Di Bani Fulan ada seseorang terpercaya, hingga dikatakan pada seseorang: Alangkah kuatnya dia, alangkah cerdasnya ia, alangkah berakalnya ia padahal dihatinya tidak ada sedikit pun keimanan. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Suatu masa telah mendatangiku dan aku tidak perduli siapa diantara kalian yang aku baiat di masa itu, bila ia muslim pastilah agamanya akan mengembalikannya padaku dan bila Yahudi atau Nasrani, para penarik pajaknya akan mengembalikannya padaku, sementara saat ini, aku hanya membaiat fulan dan fulan dari kalian." Berkata Abu Isa: Hadits hasan shahih. (Jami' At-Tirmizi – Hadis ke 2105)


Semoga kita mendapat pengajaran daripada peringatan di atas dan tergolong dari kalangan orang-orang yang mendengar dan membaca nasihat, lalu mereka mengikut mana-mana yang terbaik dan memberi manfaat kepada diri mereka. Amin.
 
sumber: http://www.pmram.org
READ MORE –

Tuesday, February 22, 2011

Bob Lokman Dulu, Kini dan Insyallah Selama-lamanya

Kebiasaannya, nikmat masa lapang yang ada ana gunakan untuk membaca blog sahabat-sahabat disamping mencari input mahupun idea untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog sendiri. Ana terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca-pembaca tentang cerita seorang artis popular tanah air suatu ketika dahulu iaitu Mohd Hakim bin Lokman atau dikenali dengan nama glamournya iaitu Bob Lokman. Sudah tentu antum dapat meneka cerita apa yang ingin ana sampaikan. Ya, tepat sekali, itulah yang ana nak kongsikan dalam post kali ini. Kenapa tidak, bagi pengemar-pengemar media massa sudah tentu kisah Bob Lokman merupakan cerita yang tidak asing lagi di dada-dada blog ^_^

Pengangkutan utama mengangkut barang sumbangan
Sebelum pengisytiharan pada 19hb, PAS Kawasan Kota Belud pernah sekali bersama-sama beliau dalam program Sekampit Beras di Kampung Sarang pada 18 Desimber 2010. Kebetulan pada ketika itu, beliau berserta Pemuda Negeri Selangor datang ke Sabah dan seterusnya menyertai Program Kebajikan yang dianjurkan oleh kawasan Kota Belud. Pada awalnya, ana berserta sahabat-sahabat yang lain langsung tidak menyedari akan kehadiran beliau. Dek kepekaan seorang sahabat, akhirnya kehadiran beliau menjadi tarikan bukan sahaja kepada pengerak-pengerak Kawasan KB malah kepada penduduk kampung \^_^/

Bob Lokman ketika menyerahkan sekampit beras sumbangan kepada penduduk Kg. Sarang

Diantara penduduk kampung yang sempat mengambil gambar

Pembaca-pembaca yang dirahmati Allah SWT, kita seharusnya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana Bob Lokman telah memilih untuk mengintima'kan dirinya didalam Parti Islam Se-Malaysia, PAS. Sudah tentu ada sebabnya mengapa beliau memilih PAS dan tidak memilih parti-parti politik lain seperti UMNO mahupun PKR. Tepuk dahi tanyalah diri sendiri. Dengan penyerahan borang keahlian PAS kepada menteri besar Kedah, secara langsung telah mengisytiharkan status beliau memilih PAS sebagai jalan perjuangannya. Sedar ataupun tidak, ini seterusnya telah membuktikan bahawa perjuangan PAS bukan sahaja terletak pada parti politik semata-mata, tetapi perjuangan yang ingin dibawa adalah lebih daripada itu. Allahu Akhbar!

Ayuh pembaca-pembaca kita ikuti temubual Harakah Daily untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut lagi.
Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat. Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak. Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.
Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya...Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul. Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.

Harakahdaily: Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara.

Bob Lokman: Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka.

Harakahdaily:
Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan.

Bob Lokman: Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat.
                                                        (Temubual beliau dengan wartawan Nazri Abdullah)
Bob Lokman menyerahkan borang keahliannya kepada MB Kedah
READ MORE –

Sunday, February 6, 2011

Ijtima' Tarbawi Kini, Di Tempat Kami

Alhamdulillah setelah ana berpeluang mengikuti Ijtima' Tarbawi diperingkat pusat yang diadakan di Terengganu lalu, kini Ijtima' Tarbawi Peringkat Negeri Sabah pula diadakan selama 3 hari 2 malam. Banyak input yang ana perolehi dan boleh dijadikan bekalan disepanjang perjuangan. Alhamdulillah ya Allah kerana Engkau memilih kami untuk duduk dalam perjuangan ini.

Cita-cita kami untuk menghijaukan bumi Sabah setinggi dan seteguh gunung Kinabalu.

Dirasmikan oleh Ustaz Nasruddin At-Tantawi (DPPP), mengupas sebab-sebab kenapa perlunya Ijtima' Tarbawi perlu dilaksanakan. Ini baru muqadimah belum isinya.

Dengan kehadiran bilangan muslimat yang ramai, DPPNS berjaya mencapai target untuk ijtima' yang julung-julung kalinya di negeri Sabah. Tahniah muslimat!
"Pemuda adalah tiang negara dan pemudi adalah tiang pemuda."`Ust. Nasruddin At-Tantawi 

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (At-Taubah-71)
Pembentangan Kertas Kerja 1. Subhanallah.."Murnikan Perjuangan, Maknakan Kemenangan"
Sekiranya tidak ada ketaatan kepada pimpinan, ia akan menghalang kelancaran, pentadbiran dan pengurusan jemaah.
Forum bersama 3 panel yang mantap.

 Diantara isu yang dikupas ialah delima muslimat harakah. Insyallah ana akan sentuh pada post yang akan datang. "...sesiapa yang datang dari semenanjung, guru semenanjung yang belum berkahwin, kalau boleh kita letak keputusan, dia mesti kahwin dengan orang sabah. Buat kerja Islam di Sabah kerana pahalanya sangat besar..."Allahuakhbar -Ust. Anuar Ali (Exco DPPP)
Ceramah Umum yang disampaikan oleh Ayahanda Aminuddin, Akhi Lahirul, Ust.Nasruddin, Ust. Nik Zawawi Soleh, Ust Nik Abduh.

Matlamat kita didalam perjuangan bukanlah matlamat untuk jangka pendek. Tetapi kita mempunyai matlamat akhir iaitu matlamat untuk memperolehi redha Allah SWT. Perjuangan kita bukanlah hanya pada politik tetapi perjuanga kita lebih daripada itu. Ahli harakah Islam perlu jelas bahawa kita bukanlah sekadar parti politik yang bercita-cita untuk menawan putrajaya, tetapi kita adalah diantara sayap-sayap gerakan Islam sedunia yang menjadi mata rantai perjuangan rasul junjungan Nabi Muhammad SAW.
Ust. Nasruddin dan Ust. Nik Zawawi meninggalkan perjuangan disini untuk meneruskan lagi perjuangan yang lebih besar di semananjung
Sebagai penutup Ijtima' Tarbawi Negeri Sabah, Ust. Nik Abduh bin Tg. Nik Aziz menyampaikan amanat untuk pengerak-pengerak negeri Sabah. AllahhuAkhbar!
Buat muslimat Harakah Islam, ana mendoakan agar kita menjadi menjadi mawar indah yang berduri didunia dan yang akan mekar di syurga. Moga bisa kita lalui onak berduri yang dipilih dengan kerelaan sendiri, demi mengapai keredhaan Illahi.

READ MORE –