Showing posts with label Muslimat Harakah. Show all posts
Showing posts with label Muslimat Harakah. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

KISAH PENGEMBARAAN MUSLIMAT HARAKI

Assalamualaikum wbt..
2 tiga minggu lalu merupakan minggu yang agak kritikal sehinggalah ke hari ini. Blog dah bersawang baru ada masa untuk mengisinya. Setiap hari diri di santap dengan jadual yang padat dengan pelbagai program yang memang menginsafkan. Teringat di zaman kampus dahulu. Jadual harian sememangnya sudah dirancang dengan baik. Bangun pagi sebelum masuk ke kelas ana suda wajibkan diri untuk menghadiri kuliah hadis, sebelah petang pula sebelum balik ke kolej kediaman pergi ke kuliah Tafaquh, hujung minggu berpersatuan dan begitulah seterusnya.  Berbanding bila sudah tamat pengajian, jadual berubah dengan mendadak. Kuliah ilmu susah hendak ditemui. Program pula mendadak disetiap hujung minggu yang mana pada masa dua hari itulah sepatutnya hari diluangkan bersama keluarga tercinta. Pergi bercuti, menonton tv bersama-sama, gelak tawa bersama berkebun bersama dan sebagainya. Namun itu hanyalah khyalan dihujung tanduk semata. Kerehatan hanyalah bila melelapkan mata dan di atas tikar sejadah. Allahurobbi..



Itu sebenarnya baru sedikit jika dibandingkan dengan perjuangan para nabi untuk membawa risalah Islam. Buat apa keluhan? buat apa merasa resah? Mahar Syurga terlalu mahal untuk kita membelinya. Tidak hanya goyang kaki di rumah kita boleh dapat syurga dengan mudah didepan mata. Perlu dengan 1001 pengorbanan. Orang yang hidupnya untuk perjuangan Islam pasti syurga menjadi idaman. Dan kerana itula akan digugar mehna tribulasi yang memang di hadiahkan buat seseorang yang bergelar anak haraki Islam!

31 Dec yang lalu merupakan suatau pengembaraan yang tidak dapat ana lupakan sepanjang ana bergelar muslimat haraki. Dewan Muslimat Pas KB telah mengiringi rombongan pimpinan Pas Pusat iaitu Ustazah Nuridah bersama Pesuruhjaya Pas Negeri Sabah iaitu Ust. Aminuddin Aling ke N3 Pitas, parlimen Kudat untuk melihat sendiri kemiskinan nombor 1 di Malaysia. Pemuda Pas KB pula ditugaskan untuk menyiapkan keperluan  ceramah umum pada sebelah malamnya di perkarangan rumah manatan calon PR iaitu Ust . Awang Laiman di Kg. Tamau Kota Belud.

Rombongan DMPKB yang mengiringi PJ sabah dan Ustazah Nuridah telah bertolak tepat jam 8.00 pagi daripada PASTI Al-Firdaus KB. Perjalanan kami telah diiringi dengan hujan yang sangat lebat. Kami telah berhenti di Check Point di Kota Marudu untuk bersarapan bersama YDP Kudat berserta tiga orang Pemuda Pas Kudat. Setelah bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Pitas dengan di temani hujan yang agak lebat. Ana di pertanggungjawabkan oleh Ketua DMP untuk membawa kereta Alzanya yang telah dimuatkan seramai 5 orang serikandi daripada KB. Manakala Ustazah Nuridah dan PJ Sabah pula menaiki kereta D-Max yang dipandu oleh seorang Pemuda KB berserta dua orang lagi muslimat daripada KB.

Hujan lebat yg terpaksa kami lalui bermula dr Kota Belud lg
Banjir, angin ribut di lalui dengan 1 misi melihat dan merasai sendiri penderitaan penduduk Pitas
Ana yang baru pertama kali menjejakkan kaki di daerah Pitas mula tercari-cari di mana letaknya pekan Pitas? yang hanya kelihatan hanyalah deretan kedai-kedai buruk di sepanjang perjalanan. Dengan jalan yang sangat teruk menyebabkan pemanduan ana lebih berhemah dan berhati-hati ^_^

rumah yg sepatutnya tidak logik wujud lagi Sabah kerana Sabah merupakan negeri yg terkaya deng hasil bumi. tetapi??
satu-satunya sekolah yg berdekatan dengan kg. Bongkol
Perjalanan kami diteruskan hinggalah sampai ke Kg. Bongkol. Semasa masuk ke simpang Kg. Bongkol, kami telah disajikan dengan jalan yang berlumpur akibat musim tengkujuh pada bulan Disember. Akan tetapi, jalan yang teruk tidak menjadi alasan untuk mematahkan semangat kami untuk bertemu dengan masyarakat  Kg. Bongkol dan beramah mesra bersama Dewan Himpunan Pas yang telah ditubuhkan di kampung tersebut. Perjalanan untuk sampai ke Kg. Bongkol memakan masa 4 jam dengan pelbagai rintangan yang dilalui. Hujan lebat, banjir, cuaca panas dan jalan yang berlumpur menguatkan lagi tekad kami untuk sampai ke destinasi dakwah kali ini.


kereta yg kami naiki telah masuk kedalam lumpur sebelum sampai kedestinasi
pemuda kB dan Kudat turut mencari idea untuk mengeluarkan kereta kami yang terbenam di dalam lumpur
ustazah Nuridah tidak melepaskan peluang menyaksikan kereta kami yg terbenam didalam lumpur
Alhamdulillah akhirnya kami sampai jg ke destinasi setelah melalui pelbagai rintangan
Kami disambut meriah oleh ahli2 Dewan Himpunan Penyokong PAS
kedatangan kami disambut dengan tarian tradisi Kaum Rungus dan paluan Gong selamat datang dari penduduk kampung
pengalaman yg pasti diceritakan oleh Ustazah di semenanjung :)
Ustazah Nuridah tergamam melihat tempat takungan air penduduk kg. Ini bukan perigi..  



Setelah mengadakan sesi soal jawab bersama penduduk kampung, rombongan kami bertolak balik ke Kota Belud semula untuk program ceramah Umum bersama YB Nizar pula.

rombongan bertolak balik ke KB

Allah.. sekali lagi kereta kami terbenam di dalam lumpur. Ujian Allah.. Sabar..
sekali lagi pemuda membantu mengeluarkan kereta kami. Ini namanya kereta perjuangan :)
Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai di KB sebelum maghrib. Bergegas pula ke ceramah umum kerana kami yg menyediakan tentif program
Sambutan ceramah Yb nizar memang mantap. Semua penonton terpegun dan tergamam :)
Terima kasih "Sahabat Baik" kerana sentiasa menemani kami kemana-mana sahaja. Al-maklumla "Artisszzzzzz"
Sekian dahulu untuk kali ini. Wasalam....
READ MORE –

Wednesday, August 24, 2011

JALAN INI YANG KU PILIH

Keberadaan ana di atas jalan dakwah ini merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah untuk hambaNya yang kerdil ini setelah mengecapi nikmat Iman dan Islam. Ana rasa bersyukur diperkenalkan pada jalan dakwah ini kerana ana sedar, jalan ini tidak dapat diperolehi melalui keturunan, status, harta yang bertimbun mahupun ilmu yang banyak. Tetapi, ia adalah kurniaan Allah swt kepada hambaNya yang terpilih untuk memikul tanggungjawab ini.

Ana perlu bekerja keras  untuk menjaga dan memelihara nikmat yang agung ini agar ia tidak hilang dari kehidupan ana dan keluarga yang bakal ana bina kelak. Di saat Allah S.W.T melamar diri ini dengan tarbiyah-Nya, terasa rugilah sekiranya tarbiyah ini hilang disebalik tirai cinta manusia yang tidak kekal lama.
 Aku wanita mujahidah sejati,
Yang tercipta daripada tulang rusuk lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad,
Kelak akanku pergi mendampinginya di bumi Jihad.

Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukan,
Cinta Allah S.W.T, Rasul S.A.W dan jihad fisabilillah,
Aku rela berkelana mengembara dengannya untuk melindungi Diinullah,
Ikhlas menyebarkan dakwah ke segenap penjuru bumi Allah S.W.T.

Aku wanita mujahidah pilihan,
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh tawadhuk,
Kelak bersamanya akan kuharungi bahtera lautan jihad.

Andai tidak siap bisa kau pilih,
Agar kelak batin dan jiwa ragamu tidak terusik,
Terbeban dengan semua tingkahku,
Meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu,
Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu.

Biar hidup terasing di dunia asalkan di akhirat kita bahagia,
Bila aku setuju dan kau tidak meraguiku,
Bulat tekadku untuk menemanimu,
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota.
Meniti jalan panjang di medan jihad,
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah,
Keringat luka dan kesyahidan pun terulang,
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu,
Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu.

Aku wanita dari bumi Jihad,
Dengan bekalan semangat berangkat ke padang jihad,
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati,
Tepiskan semua mimpi yang tidak bererti.
Kerana tidak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri,
Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan,
Yang melepaskanku dengan sepotong doa,
Meraih syahid adalah tujuan utama.

Tidak mungkinku pilih dirimu sekiranya dunia dambaanmu,
Lupa kampung halaman dan sanak-saudara,
Tidak mungkin aku memilihmu,
Bila yang fana lebih kau cintai.
"Aku berjanji tidak akan berada dalam barisan yang terakhir." Abu Dujanah RA
Wallahu'alam...
READ MORE –

Wednesday, August 3, 2011

WANITA DALAM PERJUANGAN ISLAM, USAH DINAFIKAN!

Memperjuangkan Islam bukanlah suatu perkara mudah kerana terbukti di dalam sejarah bahawa Islam tertegak dengan mengalirnya darah para syuhada serta airmata balu-balu dan anak-anak yang mereka tinggalkan. Perjuangan Islam menuntut bukan setakat masa, tetapi jiwa dan raga, pengorbanan dari segi harta dan kedudukan malah adakalanya menghambat nyawa. 

Firman Allah di dalam surah Al-Hujurat:15 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman iaitu orang yang yakin dan percaya kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak syak dan ragu-ragu (terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka kepada jalan Allah, mereka itulah orang yang sebenar-benarnya (pengakuan imannya)”
Itulah semangat yang ditunjukkan oleh umat-umat Islam terdahulu dan segelintir pejuang-pejuang Islam sekarang tanpa mengira lelaki ataupun perempuan. Malah orang yang mula-mula syahid dalam mempertahankan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w adalah seorang wanita, Sumaiyah dari keluarga Yasir.


Jika kita mengkaji sejarah awal Islam, apa yang ditekankan oleh Rasulullah s.a.w ialah penghayatan kepada kalimah tauhid dan pembersihan dari sebarang bentuk syirik. Terbukti insan-insan yang bersih hatinya dari kesyirikan serta jelas ilmu mereka mengenai ketauhidan Allah s.w.t, dapat memperjuang dan mempertahankan Islam walau datang beribu rintangan sekali pun.  Insan-insan dari jenis inilah yang perlu ada di kalangan pejuang-pejuang Islam kini, termasuk wanita. Peranan wanita adalah amat penting dan besar sekali dalam perjuangan Islam kerana mereka merupakan pendidik anak-anak yang boleh dibentuk menjadi satu generasi pembela Islam yang amat diperlukan. Sifat fizikal wanita yang lebih lemah daripada kaum lelaki terbukti bukanlah satu alasan untuk tidak terbabit dalam memperjuangkan Islam. Tetapi tanggungjawab menegakkan Islam turut terpikul di bahu mereka, mengikut kemampuan serta batasan yang ditentukan Allah s.w.t.

Wanita dalam perjuangan Islam


Bila memperkatakan wanita dalam perjuangan Islam, maka biasanya kita tidak dapat lari dari peranan yang mereka mainkan dalam membentuk keluarga muslim. Dari unit keluargalah tanggungjawab mereka bermula. Mendidik anak-anak memahami erti Islam sebenar, menyemai benih iman sejak kecil, mencorakkan akhlak mulia, selanjutnya menanamkan semangat memperjuangkan dan mempertahankan Islam dalam diri mereka.

Tugas ini tidak sepatutnya dilihat sebagai tugas umum wanita, iaitu mendidik anak-anak serta menguruskan rumahtangga. Tetapi wajar dititik beratkan sebagai tanggungjawab muslimah dan sumbangan atau jihad mereka dalam Islam. Bila tugas-tugas ini dikaitkan dengan jihad Islam, maka sewajarnya ia dijalankan dengan penuh kerelaan dan dipikul sebaik-baiknya.

Urusan mewujudkan rumahtangga muslim dan mendidik generasi Islam yang beriman, berakhlak mulia serta bersemangat jihad merupakan tugas utama wanita. Bagaimanapun tidak bermakna mereka tidak boleh memperjuangkan Islam dengan cara lain bila keadaan memerlukan.

Pada zaman Rasulullah s.a.w para muslimat bukan hanya berfungsi sebagai penghias rumah atau melahirkan zuriat semata-mata. Tetapi mereka berperanan membantu kaum lelaki dalam jihad menegakkan Islam, meniup semangat kepada mereka dengan meredhai perjuangan suami malah bila diperlukan mereka bersama-sama kaum lelaki dalam pertempuran.


Begitulah semangat perjuangan yang mereka tunjukkan, mereka pertahankan agama Allah dengan nyawa dan bukan sekadar seorang suami, bapa, anak-anak atau saudara sedarah sedaging. Sekiranya sekarang kita dapat mewujudkan muslimah-muslimah sebegini, Insya-Allah satu generasi pejuang Islam yang tidak gentar menghadapi musuh dapat dibentuk.
 
Peranan wanita dalam memperjuangkan Islam tidak sepatutnya hanya tertumpu kepada soal rumahtangga semata-mata. Apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh mereka yang masih belum bersuami, tidak mempunyai anak atau anak-anaknya sudah dewasa dan tidak memerlukan banyak penjagaan lagi?

Tenaga mereka amat diperlukan dalam perjuangan Islam. Mereka boleh bergiat dalam masyarakat, menjalankan dakwah; memberi kesedaran dan ilmu Islam kepada masyarakat sejenisnya yang masih belum mengenali Islam. Perkara ini amat perlu ditekankan kerana terdapat kecenderungan di kalangan ahli jamaah yang meluangkan waktu untuk mempengaruhi ahli jamaah Islam lain untuk menyertai jamaahnya. Tindakan seumpama ini tidak langsung menguntungkan Islam, kerana dakwah Islam perlu sampai kepada semua peringkat masyarakat, terutama mereka yang masih belum memahami apakah Islam sebenar.

Wanita perlu didedahkan dengan masalah sebenar masyarakat Islam dalam menghadapi musuh. Mereka perlu menyedari bahawa wanita mempunyai kuasa dan tenaga tersendiri untuk memperjuangkan dan melaksanakan Islam dalam berbagai bidang, termasuk dalam menegakkan Daulah Islamiyyah.

Muslimah dan Politik

Tidak timbul persoalan bahawa bidang politik adalah bidang orang lelaki kerana setiap muslim atau muslimah itu mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk sama-sama berusaha untuk menegakkan sebuah negara Islam. Firman Allah di dalam surah at-Taubah ayat 71 yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong keatas sebagaian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan sembahyang menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
Di dalam negara yang majoriti undinya adalah di tangan wanita, para muslimah hendaklah lebih giat membantu kaum lelaki dengan memberi kesedaran kepada kaum sejenisnya untuk memberi sokongan kepada golongan yang memperjuangkan Islam. Mereka perlu menyakinkan golongan yang masih tidak menyedari atau meyakini bahawa pemerintahan berteraskan Islam adalah yang terbaik.

Untuk menjalankan usaha ini, para Muslimat hendaklah membuat persediaan awal. Kerja-kerja dakwah sebegini tidak mungkin dapat berjalan lancar sekiranya kita tidak mempunyai ilmu dan hikmah. Kerana tanpa ilmu dan hikmah, bukan sahaja kita tidak mampu meyakinkan mereka, tetapi mungkin juga membawa perpecahan.
 
Muslimah berjiwa haraki perlu Istiqamah! 


Selain itu juga, muslimah-muslimah yang terbabit dalam memperjuangkan Islam mestilah sentiasa beristiqamah dengan perjuangan. Tidak bersikap hangat-hangat tahi ayam, aktif semasa bujang, tetapi meninggalkan terus perjuangan setelah berumahtangga.

Alangkah ruginya jamaah sekiranya ramai muslimat bersikap begini. Mereka hendaklah terus berjuang sedaya mungkin kerana kerja-kerja dakwah itu tidak sepatutnya terhenti atas alasan sudah berkahwin. Yang penting ialah mereka bijak mengurus masa dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri mahupun ibu dalam menjalankan kerja-kerja dakwah.

Sebagai muslimah-muslimah yang yang memilih untuk memperjuangkan Islam melalui jamaah maka kita perlu mengetahui dengan mendalam mengenai apa yang dikehendaki oleh jamaah. Kita hendaklah beriltizam di tempat bertugas dan setiap suasana hidupnya hendaklah diselaraskan dengan kebaikan dan kepentingan amal dakwah. Setiap amalnya harus menjadi alat dakwah dan usaha atau aktiviti dakwahnya tidak sepatutnya dilemahkan oleh sesuatu perkara lain.

Apa yang penting ialah setiap muslimah yang terbabit dalam perjuangan Islam mestilah memahami dengan jelas matlamatnya dan menepati al-Quran dan Hadith. Mereka mestilah bersedia dengan ilmu, kerana tanpanya segala usaha perjuangan Islam tidak mungkin dapat dijayakan. Firman Allah di dalam surah 
Az-Zumar ayat 9 yang bermaksud:

“…Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran”
Firman Allah lagi di dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud:

“…Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat…”
Selain daripada itu, para muslimat juga mestilah mempunyai ketahanan iman, sabar, istiqamah dalam menjalankan amal dan berani. Baginya tempat pergantungan sebenar bukanlah daripada orang yang berkuasa di dunia, suami atau orang lain, tetapi Allah s.w.t. Firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 55-56 yang bermaksud:

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya Golongan Allah itulah yang pasti Menang”
Peranan wanita dalam perjuangan Islam sememangnya bermula dalam ruang rumah bersama ahli-ahli keluarga; iaitu suami dan anak-anak. Tetapi tidak bermakna kaki dan tangan mereka terikat di luar rumah sehingga tidak boleh digerakkan untuk kepentingan masyarakat luar, khususnya di kalangan wanita sendiri.

Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 35:

“Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang beriman, laki-laki dan perempuan yang mu’min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam kereta’atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu’, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar”
Wallahualam..
sumber: http://mujahidahpemburusyahid.blogspot.com

READ MORE –

Friday, July 8, 2011

PERANAN MUSLIMAT HARAKAH

Muslimat Harakah

Setiap muslimah pendokong harakah mestilah benar-benar menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang tersendiri dalam membina kekuatan ummah dan mendorong perjuangan Jama’ah ke mercu kejayaan. Walaupun mereka dikenali sebagai golongan yang lemah lembut, namun dari fakta sejarah telah membuktikan bahawa mereka telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada perjuangan Islam.
Sejak awal kelahiran Islam, muslimah sentiasa  turut serta mengharungi liku-liku perjuangan, menghadapi rintangan, memberikan bantuan dan semangat, pengorbanan harta benda, melepaskan anak-anak dan suami yang mereka cintai malah ada di kalangan mereka yang gugur syahid kerana perjuangan Islam.

“Wahai Nabi, apabila perempuan-perempuan yang beriman datang kepada kamu untuk mengambil janji setia bahawa mereka tidak akan mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, mereka tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anaknya, tidak berlaku bohong yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak menderhakakan dalam perkara yang baik, maka hendaklah engkau menerima janji setia mereka dan mohonkanlah keampunan kepada Allah untuk mereka, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang”.
( Surah Al-Mumtahanah:12)
Khadijah binti Khuwailid salah seorang daripada penghulu segala wanita di dunia ini merupakan contoh muslimah yang terlibat secara langsung dalam Harakah Islamiah. Beliau merupakan simbol wanita yang beriman dan jujur, bersifat dermawan dan setia, seorang wanita yang berani dan terdidik serta petah berkata-kata. Sebagai seorang wanita berada, beliau mengorbankan seluruh kepentingan kebendaannya untuk tujuan dakwah yang dijalankan oleh Rasulullah serta mula dimusuhi oleh orang-orang Quraisy. Sumaiyyah, isteri Yasir dan ibu kepada Ammar, pula telah disiksa oleh orang-orang Quraisy sehingga mendapat penghormatan sebagai syahid yang pertama bersama suaminya Yasir. Selain itu, nama-nama yang menjadi penggerak dalam perjuangan Islam seperti Fatimah binti Al-Khattab, Asma’ binti Umais (isteri Ja’afar b. Abi Talib), Aminah binti Khalid (isteri Khalid b. Said), Hafsah binti Umar (isteri Khurasi’ b. Huzafah) dan ramai lagi patut dikenali dan menjadi contoh kepada muslimah zaman kini.

Baitul Muslim Seorang Muslimat Harakh

Muslimah, sebagai isteri, mesti menjadi pendorong dan penyokong dalam perjuangan suaminya serta berkorban apa saja demi perjuangan Islam. Janganlah muslimah menjadi sebab kepada gugurnya suami dari medan perjuangan Islam dan janganlah memberatkan suami dengan perkara yang remeh-temeh. Bagi urusan yang boleh diselesaikan sendiri, selesaikanlah secara sendiri. Mereka juga hendaklah melatih diri sebagai seorang isteri yang cekap dalam pengurusan rumahtangga, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai matlamat hidup ke arah melahirkan generasi Al-Quran.

Wanita Islam juga mesti berhati-hati dalam memilih calon suaminya. Jangan jadikan suami sebagai alasan yang membuatkan muslimah berundur selangkah demi selangkah dari medan perjuangan Islam. Pilihlah calon suami yang bakal menjadi pendorong dan sumber inspirasi juga yang dapat memberikan kerjasama dalam rumahtangga dan perjuangan Islam. Ibarat kata pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.
Ketaatan kepada Islam menjadikan muslimah ibu yang baik. Ia mendidik anak-anak dengan kecenderungan yang berpandukan kepada nilai-nilai Islam. Sikap keibuan bagi seseorang wanita adalah punca utama melahirkan akhlak yang baik  kepada anak-anak. Muslimah sepatutnya menanam sifat berdikari kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Begitu juga mereka sewajarnya menjadi ibu yang dapat meniupkan ruh perjuangan Islam dalam diri anak-anak dan  sentiasa mendedahkan anak-anak kepada setiap aktiviti dalam kegiatan harakah.

Jihad Dan Pengorbanan Muslimat Harakah

Jihad dalam ertikata yang ringkas ialah ‘perjuangan untuk mempertahankan kemurnian Islam di peringkat diri, masyarakat dan negara. Di zaman awal Islam, wanita terlibat di dalam berbagai-bagai bidang jihad. Contohnya dalam mengurus rumahtangga, mereka melakukan kerja rumah dengan tangan-tangan mereka sendiri, seperti puteri Rasullah s.a.w Fatimah Az-Zahra.

Dalam menghadapi situasi penyelewengan zaman kini, jihad menerusi keilmuan adalah penting kerana peranan muslimat untuk menimba ilmu dan menyebarkannya kepada orang lain adalah sangat-sangat diharapkan. Muslimah memainkan peranan penting dalam menyebarkan ilmu Islam kepada manusia seluruhnya, dan mereka hendaklah memahami bahawa peranan ilmu yang disampaikan itu bermatlamat menegakkan hukum-hukum Allah di atas muka bumi ini.


Muslimah juga perlu melibatkan diri di dalam jihad menghadapi musuh-musuh Islam dan seharusnya memahami serta sedar tentang kepentingan untuk menjaga strategi dan kerahsiaan harakah, menjaga dan melindunginya. Mereka mesti meyakini matlamat dan arah perjuangan yang mereka dokongi. Mereka jangan mudah ditarik oleh anasir-anasir yang menyebabkan mereka lari daripada perjuangan yang diikuti selama ini.

Di dalam masyarakat, Muslimah mesti pandai menyesuaikan diri dan memahami peranan mereka.  Jika dahulu Islam terpaksa berhadapan dengan orang-orang yang jahil dan degil dalam masyarakat jahiliyah, hari ini terpaksa pula menghadapi cendiakawan Barat termasuklah para orientalis yang mengkaji Islam dan berusaha untuk mengelirukan masyarakat tentang Islam. Justeru  itu, sebahagian wanita Islam kini yang memiliki ijazah, pekerjaan dan pangkat tidak lagi memainkan peranan yang serius dalam kebangkitan semula Islam. Pergaulan bebas lelaki perempuan pula menjadi perkara yang lumrah di mana-mana dan hanya segelintir saja umat Islam yang bimbang akan permasalahan ini.

Suatu hal yang perlu diambil kira oleh wanita Islam kini terutamanya yang terpaksa memikul tanggungjawab ditempat kerja dan tanggungjawab di rumah. Mereka hendaklah memastikan kedua-dua tanggungjawab ini dilaksanakan dengan dengan sempurna selain tidak mengurangkan sedikitpun penglibatan mereka di dalam Harakah Islamiah.

Wallahualam
 Artikel asal: http://dmpserdang.com
READ MORE –

Friday, March 18, 2011

Aku Ingin Menjadi Bidadari Syurga

Dari dahulu sehinggalah kehari ini, perasaan cemburu terhadap dirinya masih ada. Ana cemburu kepada Ainul Mardhiah, seorang bidadari syurga yang telah dijanjikan oleh Allah Swt kepada mana-mana pemuda yang syahid di jalan Allah Swt. Seorang bidadari syurga yang sentiasa setia menantikan mujahid yang terkorban kerana menegakkan agama Allah Swt. Akan tetapi ingatlah wahai wanita-wanita yang beriman, wanita-wanita yang solehah, kita juga bisa menjadi seorang bidadari yang bakal mendiami syurga. Maha Adil Allah Swt terhadap hamba-hambanya. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tersebut). Subhanallah. Moga dirimu terpilih untuk syahid dijalan Allah.


Jika seorang isteri redha suaminya keluar berjihad di jalan Allah Swt, maka si isteri akan mendapat pahala dan ganjaran yang sama seperti suaminya. Bagi antuna yang selama ini ditarbiyah di dalam harakah Islamiyah, sebenarnya kelebihan yang cukup banyak ada pada diri antuna. Kenapa tidak? Ini kerana, antuna lebih memahami tugas seorang zauj yang menginfakkan dirinya dalam jihad fisabillah. Antuna sekaligus dapat meniupkan roh perjuangan dalam diri mereka sekiranya mereka lemah tidak bermaya. Antuna juga bisa menjadi seorang  pembantu di samping zauj tercinta, bersama-sama berpangku tangan dalam mengerakkan gerak kerja dakwah yang sememangnya  akan menuntut pengorbanan suatu hari nanti. Oleh yang demikian, pengorbanan seorang zaujah perlu dilakukan atas dasar kefahaman, maka dari itu akan lahirlah perasaan ikhlas dan merelakan segala-galanya kerana Allah Swt. Sebagai contoh bila mana berlakunya dua pertembungan diantara kepentingan peribadi mahupun kepentingan Jemaah, maka kepentingan Jemaah akan didahulukan barulah diikuti dengan kepentingan untuk diri sendiri. Disinilah, peranan seorang zaujah yang telah ditarbiyah dalam harakah Islam, sepatutnya memberikan dorongan dan semangat kepada zauj untuk mendahulukan urusan Jemaah demi kepentingan Islam. Ini kerana, matlamat utama bersama bukanlah kepentingan didunia semata-mata tetapi nun bahagia di sana.

Mari kita ikuti kisah perbualan seorang wanita Ansar iaitu Hazrat Asma' binti Yazid r.a. Beliau telah datang kepada Rasulullah dan berkata,

"Ya Rasulullah, tuan terlebih saya kasihi daripada kedua-dua ibu-bapa saya. Saya ialah sebagai utusan daripada wanita-wanita Islam untuk berjumpa dengan tuan. Sesungguhnya tuan diutuskan sebagai nabi untuk kaum lelaki dan juga wanita. Sebab itulah jemaah kaum wanita beriman dengan tuan dan Allah. Tetapi kami tinggal dalam empat penjuru rumah dan sentiasa berada di sebalik tabir. Kami ialah teman kaum lelaki di dalam rumah. Keperluan hawa nafsu mereka disempurnakan melalui kami. Kami menanggung anak-anak mereka di dalam perut kami. Namun demikian, kaum lelaki mendahului kami dalam banyak amal kebajikan. Mereka dapat bersolat Jumaat, mereka dapat bersolat jemaah, mereka menziarahi orang sakit, mereka menghadiri upacara jenazah, dan lebih daripada itu mereka berjuang di jalan Allah. Apabila mereka pergi haji atau berjihad maka kami kaum wanitalah yang menjaga harta mereka. Kami menenun pakaian untuk mereka dan kami menjaga anak-anak mereka. Apakah kami tidak mendapat bahagian pahala mereka?"

Setelah mendengarkan ini, Rasulullah saw berpaling ke arah para sahabat lalu bersabda, "Adakah kamu pernah mendengar seseorang yang bertanyakan soalan agam yang lebih baik daripada wanita ini?"

Para sahabat menjawab, "Kami tidak terfikir yang wanita juga boleh
menanyakan soalan sedemikian".

Selepas itu Rasulullah saw berpaling kepada Hazrat Asma' r.anha dan bersabda, "Dengar dengan teliti serta fahamkan dan kemudian pergilah beritahu kepada wanita-wanita yang telah menghantar kamu. Layanlah suami kamu dengan baik dan carilah kesukaannya serta tunaikan kesukaannya itu maka pahala bagi semua amal kebajikan tadi ialah SAMA antara kamu dengan mereka."

Maka kembalilah Hazrat 'Asma r.a dengan penuh gembira setelah mendengar jawapan tersebut.

Nah, sekarang jelas lagi nyata mudahnya bagi ana serta antuna untuk menjadi bidadari syurga yang diidam-idamkan.



"Ya Allah, jadikanlah kami penghulu bagi segala bidadari yang akan menemani seorang mujahid yang telah syahid menegakkan agama-Mu." Ameen ya robbal a'lamin..
READ MORE –

Thursday, February 17, 2011

Dilema Muslimat Harakah Siri 1

Alhamdulillah pada hari ini Allah SWT memberikan ruang kepada ana untuk memenuhi janji sebelum ini. Dek ada komitmen yang lebih aula', maka ditinggalkan blog buat seketika. Sekiranya pembaca-pembaca masih ingat, dalam post ana yang bertajuk "Ijtima Tarbawi kini, di tempat kami" ana pernah menyatakan untuk mengupas isu yang berkaitan dilema muslimat Harakah. Isu ini merupakan salah satu isu yang dibincangkan semasa Ijtima Tarbawi berlansung pada bulan lalu. Memandangkan pada ketika itu kehadiran muslimat agak ramai, satu slot khas bersama ustaz Nik Abduh telah telah diadakan. Slot khas untuk muslimat harakah ini telah diadakan pada hari ke-2 ketika kami berada disana. Dengan adanya slot ini dapat membuktikan bahawa peranan muslimat di dalam Harakah Islam adalah sangat penting disamping muslimat sebagai pemangkin didalam perjuangan. Walaupun pada asalnya, Ijtima Tarbawi ini dianjurkan oleh DPPN Sabah dan bertujuan untuk mengumpulkan seramai mungkin pemuda harakah, namun secara langsung ini dapat membuka ruang kepada muslimat harakah untuk turut hadir dan menyahut panggilan jihad. Demi ingin mendalami erti sebenar sebuah perjuangan, pengorbanan dari segi masa, wang ringgit serta tenaga rela dikorbankan. Seperti mana yang kita tahu, pada ketika itu adalah musim cuti sekolah dan sepatutnya masa yang terluang digunakan untuk berehat dan bercuti bersama-sama keluarga tercinta. Suatu perkara yang membuatkan ana tertarik dan merasakan baitul dakwah ini sangat penting ialah setiap kali program yang dianjurkan oleh jemaah, pasti ramai sahaja keluarga yang terbina hasil daripada baitul dakwah, turun bersama anak-anak dan isteri/suami tercinta bagi memerihkan lagi program-program yang dianjurkan oleh jemaah. Contohnya ketika Ijtima tarbawi pada bulan yang lalu.
Ijtima' Tarbawi kini, di tempat kami
Slot khas bersama Ustaz Nik Abduh bukan sahaja menjelaskan fikrah sebagai ahli gerakan, malah perbincangan daripada beberapa persoalan yang sempat diajukan oleh sahabat-sahabat seperjuangan turut menjadi tarikan pada malam itu. Di antara persoalan yang diajukan iaitu dilema muslimat harakah. Isu ini sebenarnya merupakan isu yang sangat penting dan harus diambil perhatian. Ini kerana seingat ana, dilema dikalangan muslimat harakah ini sering sahaja menjadi bualan, mahupun perbincangan disetiap kali program-program seperti ini dijalankan. Memang tidak dinafikan, ada sahaja sesetengah sahabat-sahabat sefikrah akan mengatakan, "alah..tidak perlulah dibesar-besarkan perkara ini, banyak lagi perkara yang lebih aula' yang perlu difikirkan", "tunggu sahajalah, adalah jodoh tu nanti", "Ana rasa, kita tak perlu bincangkan persoalan berkaitan perkara ini. Ini semua kerja Allah" dan sebagainya.


Pembaca-pembaca yang diredhai oleh Allah SWT. Ya, memang benar, isu ini sebenarnya tidak akan ada penghujungnya. Selagi mana muslimin wa muslimat harakah itu tidak bertindak dan masing-masing tidak cuba untuk memahami tanggungjawab dan situasi masing-masing maka, itulah yang akan berlaku. Tidak akan ada penghujungnya. Jodoh, ajal maut sudah ditentukan Allah SWT. Akan tetapi, kita perlu usahakannya. Setelah berusaha, maka bertawakallah kepada Allah SWT. Serahlah segala-galanya pada Allah SWT. Jangan pula setelah antum berusaha dan tidak berjaya, terus berputus asa, kecewa dan pelbagai lagi perasaan-perasaan negatif yang bakal menguasai diri.


Disini ana ingin mengolah makna tersirat yang disampaikan oleh ustaz Anuar Ali ketika penjelasannya berkaitan dilema muslimat harakah.


"Ada muslimin jemaah yang ingin berkahwin dengan Puteri U***, katanya saya ingin mentarbiyah puteri U***. Sekarang kita dah tak terima alasan tu. Sebab telah dibuktikan orang yang berkahwin dengan puteri U***, dia jadi lebih U*** daripada puteri tu, Jadi yang ada ni, yang masih bujang yang belum kahwin ataupun isteri yang dah meninggal dunia dan kembali bujang, yang pertama WAJIB dia berkahwin dengan ahli jemaah P**. Apa untungnya?" ~Ustaz Anuar Ali

Sekadar gambar hiasan
Berbeza dengan gambar di atas. Sekadar gambar untuk renungan

Pembaca yang ana kasihi kerana Allah SWT, apa yang dijelaskan oleh Ust. Anuar Ali adalah hakikat yang terjadi pada hari ini. Dimana, muslimin harakah lebih gemar memilih pasangan hidupnya bukan dikalangan ahli jemaah. Kerana apa? tepuk dada tanya iman masing-masing. Antum yang bisa menjawabnya. Apa untungnya? nanti ana akan sentuh semula. Teruskan membaca hingga keakhirnya ^_~


"Saya ingin ceritakan peluang bertapah di Sabah. Supaya yang datang dari semanjung, guru semenanjung yang masih belum berkahwin kalau boleh kita letakkan suatu keputusan dia mesti kahwin dengan orang Sabah ataupun Sarawak. Ha, itu sahaja. Saya tiap-tiap bulan pergi Kuala Lumpur, diantara kempen saya ajak orang-orang tua disana, yang duduk di masjid, pemuda-pemuda yang belum berkahwin datang ke Sabah, berkahwin, buat kerja Islam di sabah, kerana pahalanya sangat besar. Jadi saya nak beritahu secara realiti janganlah dok nak fikir balik kampung...."~ust. Anuar Ali


Mengapa? muslimat Sabah atau Sarawak ni dah tak laku ke? Sabar dahulu, jangan tuduh yang sembarangan :) Laku ataupun tak laku, itu soal yang lain.Sekiranya pembaca-pembaca memahami apa yang tersirat disebalik bait-bait ucapan ust. Anuar Ali, ia membawa suatu maksud yang mendalam.  Apa yang hendak disampaikan di sini ialah hakikat sebenar jemaah Islam di Sabah atau Sarawak. Kesyumulan Islam di Sabah atau Sarawak pada hakikatnya 10 tahun ketinggalan lebih jauh dengan Islam yang berada di semenanjung. Bukan niat ana untuk memburuk-burukkan tempat kelahiran sendiri. TIDAK! tapi itulah hal sebenar yang yang harus diketahui. Suasana gerak kerja Islam di Sabah mahupun di Sarawak lebih mencabar dan lebih banyak tentangannya berbanding dengan suasana di Semenanjung. Apa yang membuatkan ana berasa terharu dan hati berbunga orang kata, apabila ada dikalangan sahabat-sahabiah ana yang datang dari semenanjung, menyatakan hasrat mereka untuk menetap di Sabah, untuk menegakkan Islam di Sabah. Ini kerana peluang mereka untuk mendapat pahala, dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar lebih luas. Persoalannya, dah pupus ke orang-orang Sabah Sarawak ni? Oh, itu tuduhan yang sangat tidak berasas. Kami sebenarnya sangat mengharapkan tunjuk ajar dan jiwa-jiwa besar pengerak harakah Islam daripada semenanjung untuk memenangkan Sabah dan Sarawak. Kami inginkan perkongsian-perkongsian pengalaman kerana jemaah Islam di Sabah dan Sarawak ini baru sahaja mula tumbuh pucuknya. Perlu disiram agar mekar menjadi bunga yang mekar lagi indah.


Apa untungnya? 


"Jadi, yang pemuda kena faham mesti pilih muslimat P** kerana keberkatannya ada, dimudahkan oleh Allah, dari segi dimudahkan anak pun sihat alhamdulillah. Semua sekali ada kelebihan yang Allah beri kalau kita ikhlas betul-betul kerana Islam. kahwin kerana jemaah Islam. Kahwin bukan kerana nafsu kita, bukan kerana kecantikan, bukan kerana kekayaan, kahwin Kerana Allah Taala. Maka kalau anda boleh sahut cabaran ini, anda akn mendapat satu kepuasan seperti mana yang telah dinyatakan oleh Rasaulullah Saw. Jadi kalau kahwin kerana nafsu, dia akan rosak dan binasa."~ust. Anuar Ali


Ya benar apa yang dinyatakan oleh beliau. Seperti dalam hadis Rasulullah Saw;
Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (H/R Bukhari dan Muslim)


Pembaca-pembaca yang dirahmati Allah, 
Secara umumnya, hadis ini menyenaraikan ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatin lelaki untuk dijadikan isteri. Tetapi, Rasulullah menyatakan bahawa kunci kebahagian itu adalah dengan memilih seorang wanita yang "kuat penghayatan agamanya". Ini kerana wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagian berumahtangga.
Justeru, seseorang yang menggelarkan dirinya anak harakah Islam perlu jelas bahawa tanggungjawab seorang lelaki/wanita dan seorang ayah/ibu terhadap anak-anaknya adalah memilih seorang bakal ibu/ayah yang baik terhadap bakal anaknya kelak.



Untuk pesanan yang seterusnya, akan ana kupas pada post yang akan datang. Sebuah perkongsian bersama, moga ia boleh difahami dengan lebih jelas. Wallahu'alam.
READ MORE –

Wednesday, February 2, 2011

Inginku Sampaikan Pesanan yang Sama Sepertinya

Tahun lalu seorang sahabat seperjuangan ana telah meminjamkan sebuah novel cintanya untuk dihayati bersama. Novel cinta yang baik dan penuh penghayatan. Membaca Novel Cinta? Wah! sangat kontroversi buat mana-mana yang menggelarkan dirinya anak harakah Islam. "Masih sempat lagi rupanya nazirah ni membaca novel cinta". Ini adalah salah satu usikan yang sering didengari bilamana ada anak-anak harakah yg membaca novel. Sabar dulu pembaca yang dirahmati Allah SWT, novel yang ana maksudkan adalah sebuah novel kisah realiti sebenar yang ditulis sendiri oleh serikandi harakah Islam iaitu Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili. Buat para pengemar buku, suda tentu antum dapat meneka tajuk buku yang ana maksudkan.  


Hari-hari dalam hidupku mengesahkan penderitaan, penyekasaan yang dialami oleh serikandi Islam Ikhwanul Muslimin di Penjara Tentera Mesir. Kisah liku-liku kehidupan beliau membuatkan ana tertarik dan jatuh cinta sehinggakan kisah yang diceritakan, membuatkan airmata tanpa segan silu mengalir dipipi. Kisah penyeksaan dengan kesakitan yang dilalui oleh beliau juga seolah-olah dapat dirasai sehinggakan perasaan muak dan benci, terhadap pemerintahan regim Jamal Abdul Nasser timbul disanubari.

"Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Mesir, Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas orang lelaki."

Apa yang ana ingin kongsikan hari ini bukanlah cerita keseluruhan daripada buku tersebut. Tetapi suatu pesanan yang bermakna yang beliau sampaikan buat zaujnya sebelum akad dilafazkan dan beliau mengingatkan semula pesanan yang pernah disampaikan selepas itu. Pesanan ini juga amat berguna buat mana-mana puteri harakah Islam yang menginfakkan sepenuh jiwanya dalam perjuangan Islam. Moga semua putera harakah Islam turut memahaminya.

Sebelum itu, biar ana ceritakan serba sedikit tentang latar belakang serikandi gerakan Islam abad moden ini. Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili merupakan seorang pejuang dakwah. Sejak zaman remajanya lagi, beliau telah bertekad untuk mewakafkan dirinya untuk menegakkan kesucian Islam. Beliau merupakan seorang pengasas kepada penubuhan Jamaah Muslimat pada tahun1937 iaitu sebelum beliau bertemu dengan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna dan memberikan baiahnya kepada As-Syahid Imam Hassan Al-banna untuk menjadi anggota Ikhwanul Muslimin. Penyeksaan demi penyeksaan dihadapi oleh beliau demi mempertahankan kebenaran yang beliau yakini. Pada tahun 1971, beliau telah dibebaskan daripada penjara dan digugurkan daripada semua tuduhan-tuduhan palsu yang telah direka terhadap dirinya.

Berikut merupakan pesanan-pesanan beliau buat Al-Marhum Muhammad Salim, zauj yang dikasihi kerana Allah SWT;

"Aku masih ingat lagi apa yang telah aku katakan kepadamu. Sesungguhnya ada satu perkara dalam hidup ini yang wajib kau ketahui, kerana kamu akan menjadi suamiku. Selagi kamu bersetuju untuk berkahwin denganku, aku perlu memberitahumu syarat tersebut supaya kamu tidak tertanya-tanya di kemudian hari. Syaratku ialah aku tidak akan berhenti dalam perjuangan ini..."


"Sungguhpun aku belum melangkah dalam kemuliaan rabbani ini walaupun selangkah, namun aku yakin akan melangkah ke dalam jihad ini pada suatu ketika nanti. Itulah cita-cita dan tekadku. Apabila berlaku pertembungan antara kepetingan peribadi dan urusan ekonomimu dengan amal Islamku, dan aku dapati kehidupan rumahtangga menjadi halangan kepada dakwah dan pembangunan dakwah Islam, maka kita berdua berada dipersimpangan jalan."

"Aku tidak meminta kamu menyertaiku dalam jihad ini, tetapi aku hanya mensyaratkan supaya kamu tidak menghalangiku daripada berjihad di jalan Allah. Pada hari-hari aku dibebankan dengan tanggungjawab dalam barisan mujahidin, janganlah kamu bertanya apa yang aku buat. Tetapi hendaklah kita berdua percaya mempercayai sepenuhnya..."
 
"Sekiranya kepentingan rumahtangga bertembung dengan dakwah kepada Allah, pernikahan itu akan tamat dan dakwah kekal bersemarak segenap diriku." 

"Aku tahu bahawa, adalah menjadi hak kamu memerintah aku dan menjadi kewajipan aku untuk memberikan taat setia kepadamu. Tetapi, didalam jiwa kita, Allah adalah lebih besar daripada kita. Dakwah Allah lebih mahal daripada kita. Kita sekarang sedang berada pada suatu marhala(tahap) yang penting dan genting, didalam marhala dakwah."

Allahhu Robbi. Pesanan yang ringkas tapi amat bermakna dan tersirat. Hanya mereka yang bisa memahaminya dan bersetuju dengan pesanan yang disampaikan. Moga ia menjadi pedoman buat putera dan puteri harakah Islam.
READ MORE –