Tuesday, January 25, 2011

Aku Si Pakar Cinta?

Assalammualaikum wbt.

"Aku Si Pakar cinta" merupakan penulisan ana yang kedua dalam blog Wardah Al-Jannah. Cinta merupakan perkataan yang sinonim yang sering bermain di bibir setiap insan bergelar manusia. Tidak kira kepada pelajar sekolah rendah, menengah, mahasiswa dan sebagainya. Sedar ataupun tidak, sepatutnya manusia mengenal cinta sejak ia dilantik oleh Allah menjadi khalifah di muka bumi.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah:30)


Kerana kasih Allah SWT, kita dipilih untuk menegakkan agama dan mentadbir alam ini dengan agama. Boleh saja, bagi Allah untuk melantik jin ataupun malaikat, ini kerana mereka merupakan makhluk yang terlebih dahulu diciptakan sebelum manusia. Atas dasar cinta ayah dan ibu kita juga , kita dapat melihat dunia yang fana dan seterusnya dijaga dengan penuh cinta ibarat ditatang bagai minyak yang penuh.

Tidak keterlaluan jika ana mengatakan, cinta itu ibarat cas. Ana teringat kata-kata Prof. Madya Dr. Asiah, pensyarah Optik ana ketika tahun 2 di Universiti Teknologi Malaysia. "Kita sebenarnya berada didalam lautan cas. Disekeliling kita, terdapat 2 cas yang sedang berlegar-legar iaitu ada cas positif dan cas negetif."
Begitu juga dengan cinta. Kita juga sebenarnya berada didalam lautan cinta. Ada cinta positif dan juga cinta negatif. Jika cinta itu dipandu pada landasan syaro' maka positiflah ia. Tetapi jika cinta itu pula dipandu berdasarkan nafsu serakah semata-mata, maka kita akan bertemu dengan cinta yang palsu yang menipu belaka.


Ana sebenarnya bukanlah seorang yang pakar dan arif tentang cinta. Lebih-lebih cinta kepada insan ajnabi. Tapi, alhamdulillah Allah SWT mengurniakan ana kelebihan yang mana kadangkala menjadi rujukan dan diantara yang terpilih untuk membicarakan soal cinta bersama sahabat-sahabat, adik-adik, bahkan orang yang lebih tua daripada ana. Panjatkan syukur kepada Allah SWT diatas kurniaan tersebut. Apa yang ana lakukan tidaklah sehebat mana dengan memberikan jampi serapah untuk memikat seseorang. Ana juga tidaklah  menyediakan khidmat susuk ataupun menyediakan minyak pengasih untuk menggoda para lelaki. Tetapi apa yang ana cuba lakukan ialah mendengar dan seterusnya memberikan pendapat yang tidak bertentangan dengan cinta yang diajar oleh murabbi cinta kita iaitu Rasulullah SAW.

Disini ana ingin kongsiakan tentang cinta yang paling simple dan senang difahami,  bila mana kita membicarakan tentang cinta kepada makhluk lebih-lebih lagi yang berlainan jantina daripada kita, perkara pertama yang patut kita lakukan ialah kembalikan cinta itu semula kepada Allah SWT. Iaitu Tuhan Pemilik segala cinta yang agung. Inilah perkara pertama yang sepatutnya dilakukan. Buatlah pengaduan kepada Allah jika kamu sedar kamu telah jatuh cinta. Buatlah pengaduan jika kamu belum menemukan cinta, buatlah pengaduan jika kamu kecewa kerana cinta. Ceritakan, menangis, memohon, merayu, berkata-katalah dengan Allah SWT tentang masalah cinta yang kita dan kamu hadapi. Setelah selesai ia dilakukan, maka barulah kita mengambil langkah yang seterusnya. Yakin dan percayalah, jika mana kita tidak mengabaikan Allah dalam soal cinta, secara automatiknya cinta pada yang Esa akan sentiasa menyuburi jiwa dan sanubari kita.

Akhir sekali, disini ana mencadangkan beberapa buku yang boleh dijadikan koleksi buku cinta yang mana ia boleh dijadikan rujukan dan diturunkan kepada generasi kita yang akan datang. Insyallah.

                                                                   Cadangan buku

 

No comments:

Post a Comment