Tuesday, May 28, 2013

Ya, Saya, Kamu dan Kita Hanya Perlu Bersabar, Sabarlah...Sedikit Masa Lagi

Monolog memujuk hati~

Fikiran  : Wahai hati, tidakkah engkau ingin bersabar untuk sedikit masa lagi?

Hati : Wahai fikiran, engkau hanya berfikir untuk bersabar memanglah mudah, tapi aku yg menanggung erti sabar amatlah payah.

Fikiran : Kalau begitu hati, biar aku bersama engkau menanggung payah erti sebuah kesabaran.

Hati : Wahai fikiran, aku bukanlah minta untuk kau turut bersama aku merasakan kepayahan menanggung sabar. Tapi, cukuplah engkau berfikir keredahaan di sebalik definisi SABAR.

Fikiran : Hati, aku keliru disebalik definisi sabar sebagai mana yg engkau maksudkan. Apa pula kena mengenanya dengan berfikir untuk keredhaan? Wahai hati, aku sering melihat engkau menangis kerana sabar. Kerana itu aku berfikir tidakkah engkau ingin bersabar lagi?

Hati : Wahai fikiran, aku menangis bukan kerna aku tidak mahu untuk bersabar. Tapi aku menangis agar aku tetap bertahan dengan kesabaran dan aku minta agar keredhaan segera menyapa dalam hati yang sedang bertarung untuk bersabar. Fikiran sayang, bila engkau berfikir akan keredhaan, maka dapatlah aku bertahan dengan sebuah kesabaran.

Fikiran : (Sambil berfikir) Nah, kini aku sudah faham disebalik makna sabar dalam hatimu. Maka aku akan segera berfikir dengan keredahaan agar aku tidak melihat lagi air matamu jatuh menanggung sebuah kesabaran.

Hati : Terima kasih fikiran. Engkau amat memahami kesabaran yg aku pendamkan. Kini air mata ku jatuh kerana aku mulai redha di atas kesabaran.

(Aku tersenyum mengucapkan syukur kepada Allah kerana hanya dengan izin Allah sabar dan redha menyapa dalam hati dan fikiran)


Hati dan fikiran, adalah makhluk Allah yang ada pada manusia. Hakikatnya manusialah yang mencorakkan hati dan fikiranya agar tetap pada landasan yang betul. Semua manusia boleh bersabar, tapi bagaimana tahap kesabarannya adalah bergantung kepada hati dan fikiran yang memandunya. Bila hati dan fikiran dipandu pada jalan Allah, maka definisi sabar akan tertanam disebalik erti sebuah keredhaan. Wallahualam...
Kini, Nafsu pula mla berkata-kata,
Nafsu :...........................................???

READ MORE –

Saturday, May 18, 2013

Kini... Aku sudah mula untuk bercinta, InsyaAllah

Assalammualaikum wbt,

Hari ini hampir genap diriku berada dalam sem ke-2 dan bergelar seorang pelajar Sarjana Pendidikan. Tatkala dalam usia ku yang suda menjangkau 25tahun, pelbagai jemputan dan perkhabaran undangan perkahwinan yang telah diterima daripada sahabat-sahabat yang aku cintai kerana Allah. Subhanallah, Maha suci Allah yang telah menciptakan lelaki dan wanita saling berpasangan agar sentiasa mengingati Allah SWT.


وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ
 “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [QS. Ar. Ruum (30):21].
 Aku? bagaimana pula dengan diriku, bila sampai kad wangi bersama pemilik tulang rusuk ku?? persoalan-persoalan yang sering diajukan dalam usia ini. Hanya mampu melontarkan senyuman dan berkata, "doakan  ana ya..." ~InsyaAllah dengan izin Allah doa mu sahabat dimakbulkan Allah. Doalah kebaikkan untukku dan masa hadapanku ^_~

Definisi Cinta.


Apa pula kaitan yang ingin diceritakan dengan tajuk yang penuh kerahsiaan? Bagaimana kisah ini harus dibaca? Ayuh, arahkan pembacaanmu kepada cinta ilmu..

Nah, ingin diri berkongsi bahawa aku kini telah mula untuk bercinta. Allah~ Cinta yang tidak pernah aku rasai ketika aku bergelar seorang pelajar sarjana muda. Ingin ku aturi cintaku agar tidak lupa dan lalai untuk bersyukur pada Sang Pemilik Cinta yakni Allah SWT.  Memang cinta itu penuh dengan pengorbanan dan air mata. Begitula juga aku. Kerana sudah terlanjur untuk bercinta, maka digagahi juga walaupun payah. Syukur ada "mereka" membahu dan memegang erat tangan ku daripada tersungkur di awal permulaan cinta.

Mempelajari ilmu pendidikan membuatkan aku rasa bersyukur kerana terpilih setelah lama untuk menunggu. Akhirnya, diberi peluang dan kesempatan. Tambahan pula, tersedia pakej sanggat istimewa iaitu bertemu dengan pensyarah-pensyarah fizik yang tidak pernah jemu mengajar serta mendidik diriku yang pada asalnya bukan berlatar belakangkan pendidikan. Maha Suci Allah yang Maha Pemberi...

Kini, aku tengah menghabiskan sisa-sisa hariku untuk terus berjuang dalam sem ini. InsyaAllah, selepas ini tinggal lagi baki dua sem untuk aku terus bercinta dengan assignment, kelas, tesis, writing, reading and so on... ^_~ Maka, doakan lah diri ini sahabat.. Pada yang sedang bertanya dan menanti kad wangi daripada diriku, biarkanla aku mencorakkan wangian perjalanan jihadku dalam menuntut ilmu  di Universiti Tarbiyah Malaysia sedikit masa lagi. Kini aku suda mula untuk bercinta dengan ilmuku, maka aku serahkan cinta seterusnya kepada Dia, Sang Pemilik Cinta yakni Allah SWT.
"Ya Allah, Tuhan Pemilik Cinta, penuh dan terangilah hati ini untuk mencintai ilmu-Mu. Ajari  dan ikhlaskan diri ini agar terus bercinta dengan ilmu-Mu. Ya Allah, izinkanlah agar  ilmu  ini menjadi penyuluh-ku di dunia dan akhirat. Serta, izinkalah juga agar ilmu ini bisa menyuluhi mereka yang ada disekeliling ku. Ya Allah, ajarilah diriku untuk redha ,dan ikhlas serta berkatilah cinta ini agar aku bisa mengecapi nikmatnya hinggalah aku bertemu dengan Mu ya Allah..." Ameen ya Robbal'alamin...
 ~ Sebuah Nukilan perkongsian
READ MORE –

Saturday, March 23, 2013

Cita-Cita dan Cintaku Tidak Pernah Padam Hinggalah Hujung Hela Nafasku


Assalammualaikum wbt...

Tiba-tiba terfikir untuk mencoretkan kisah selama hampir 25 tahun hidup di muka bumi Allah SWT. Blog Wardahtul Jannah sunyi sepi, berhabuk dan usang tidak diziarah oleh tuannya. Dan aku akui itu memang kekhilafan diri yang malas mencoret sesuatu...Tapi hari ini terdetik untuk melakar cerita diruang wardahal-Jannah.

Hari ini, telah hampir tujuh bulan diri bergelar seorang pelajar Sarjana Pendidikan (Fizik). Bergelar pendidik dan mempelajari ilmu pendidikan merupakan sesuatu yang aku cintai sejak di usia belasan tahun. Mungkin juga tempias daripada ibu dan ayah ku yang kedua-duanya  memang pendidik tegar. Kata orang "kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". Namun perancangan Allah lebih indah dan terbaik. Setelah keputusan SPM diumumkan aku menjejakkan kaki ke Matrikulasi Labuan pada tahun 2006/2007 dan meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam Ijazah Sarjana Muda (Fizik Kesihatan) pada tahun 2007/2010. Pelik bukan??? kata ingin menjadi pendidik, tapi kenapa memilih fizik kesihatan? Nah, itulah yang ku katakan indahnya perancangan Allah buat hambanya. Sudah dicuba, namun inilah yang Allah berikan. Alhamdulillah :)

Jadi anak soleh solehah
Setelah tamat pengajian, maka tamatlah juga aku menceburkan diri dalam Fizik Kesihatan. Namun, cita-cita dan impian ku tidak pernah padam untuk menjadi pendidik. Aku teruskan impianku menjadi guru ganti sebanyak dua kali di daerah kelahiranku. Hinggalah suatu hari, Allah SWT mengizinkan aku bergelar seorang "ustazah" selama setahun lebih di Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Bestari, Kota Belud. SubhanaaAllah...  Tidak ada perkara yang paling mengembirakan diriku, pabila anak didik yang tidak mengeanl huruf alif, kini lancar membaca Al-Quran.. Rupanya Allah telah mengaturkan kehidupanku dengan peristiwa yang cukup sempurna. 

Tibalah tanggal September 2012, aku mendaftar sebagai seorang pelajar di peringkat Sarjana Pendidikan dengan pengkhususan Fizik. Subjek Fizik sentiasa mengekoriku, walaupun aku tidaklah sehandal kamu dalam penguasaanya. Alhamdulillah, SubhanAllah syukur ya Allah. Akhirnya, aku berpeluang untuk menghayati, menelaah, dan mempelajari ilmu dalam bidang pendidikan dan insyaAllah ingin menguasainya.

Dengan ini, terlakarlah episod aku bergelar pelajar semula di Universiti Tarbiyah Malaysia. Medan awal pentarbiyahanku untuk menjadi seorang anak haraki suatu ketika dahulu. MasyaAllah, Maha Suci Allah yang telah menetapka segalanya-galanya. Dengan izin Allah yang Maha Kuasa, aku serahkan segalanya selepas tamatnya pengajianku selama empat sem yang sepatutnya tiga sem untuk pelajar "full time" seperti aku. Kerana cinta ilmu dan pensyarah terbaik yang mendidikku, aku menetapkan tekad menghabiskan pengajianku selama empat sem walaupun itu adalah tempoh yang agak lama kot ^_^. Apalah yang lebih ku inginkan melainkan niat ku untuk betul-betul menguasainya agar dapat diaplikasikan dimasa akan datang. InsyaAllah...

Hanya dengan izin dan kehendak Allah, setelah tamatnya pengajianku, ingin ku teruskan impian , cita dan cintaku untuk bergelar seorang pendidik dan berhajat menubuhkan sebuah institusi pendidikan bersamanya. Walaupun aku tahu, belum tentu siapakah pendamping hatiku yang bakal melayari suka duka bersama-sama. Namun ku pasti, dia sedang mempersiapkan dirinya untuk menjadi pendorong, penguat dan paling penting sebagai teman, ketua, pengkritik yang sentiasa setia bersamaku dalam merealisasikan cita dan cinta yang tidak pernah padam hinggalah hujung hela nafasku. Tidak hari ini, ada hari esok. Tidak tahun ini, ada tahun depan dan tidak diri ini, biar zuriat meneruskan. Semua hanya dengan kehendak dan izin Allah SWT. InsyaAllah...
READ MORE –

Saturday, May 19, 2012

Lamanya tidak menulis...

Assalamualaikum wbt...
Allah...lamanya ana tidak menulis di ruangan blog Wardahtul Jannah. Terasa rindu ingin berkongsi cerita bersama pembaca-pembaca di setiap detik, pengalaman yang ana lalui sepanjang bergelar anak haraki Islam. Segala puji bagi Allah Taala kerana masih menetapkan kaki ini untuk duduk dalam perjuangan Islam. Walaupun pada hakikatnya pengalaman realiti yang dirasai tidak sama dengan penceritaan disini.



Kerja-kerja dan tanggungjawab kita sebagai mukmin hakikatnya lebih banyak daripada masa yang kita ada. Itu kata-kata yang biasa kita dengar bukan? Ya memang benar dan ana akuinya bahkan kita semua mengakuinya. Kadang-kadang menolog dalaman timbul apabila melihat ada orang-orang di luar sana masih sempat pergi ketempat-tempat hiburan, masih sempat duduk berjam-jam di restoran-restoran, dating, berjalan-jalan dan sebagainya. Dan yang paling mengejutkan ana apabila ada yang mengatakan "hidup ini membosankan.."

Bagaimana seseorang itu boleh mengungkapkan perkara sedemikian?? Ayuh pembaca yang ana kasihi kerana Allah, mari kita renungkan bersama... Hidup di dunia hanya sementara. Tidak ada istilah bosan sekiranya di isi dengan pelbagai perkara yang bermanafaat. Bahkan sampai satu saa,t kita ingin terus berjalan kehadapan hinggalah janji Allah itu tiba iaitu beralih alam ke alam barzakh. Sampaikan satu saat juga, kita tidak ada masa langsung untuk memikirkan diri sendiri kerana sibuk memikirkan masalah ummah yang semakin membimbangkan, sibuk melakukan kerja-kerja dakwah yang tidak pernah ada penghujungnya. Hidup bila di isi dengan keindahan ISLAM maka indahlah juga setiap-hari-hari yang kita tempuhi. Insyallah..


Sudah larut malam. Ana tamatkan untuk pembuka pena pada tahun ini ^_~. Semoga Allah memberikan ruang untuk ana mencoretkan sesuatu lagi di halaman Wardahtul Jannah. Assalamualaikum...
READ MORE –

Tuesday, January 17, 2012

KISAH PENGEMBARAAN MUSLIMAT HARAKI

Assalamualaikum wbt..
2 tiga minggu lalu merupakan minggu yang agak kritikal sehinggalah ke hari ini. Blog dah bersawang baru ada masa untuk mengisinya. Setiap hari diri di santap dengan jadual yang padat dengan pelbagai program yang memang menginsafkan. Teringat di zaman kampus dahulu. Jadual harian sememangnya sudah dirancang dengan baik. Bangun pagi sebelum masuk ke kelas ana suda wajibkan diri untuk menghadiri kuliah hadis, sebelah petang pula sebelum balik ke kolej kediaman pergi ke kuliah Tafaquh, hujung minggu berpersatuan dan begitulah seterusnya.  Berbanding bila sudah tamat pengajian, jadual berubah dengan mendadak. Kuliah ilmu susah hendak ditemui. Program pula mendadak disetiap hujung minggu yang mana pada masa dua hari itulah sepatutnya hari diluangkan bersama keluarga tercinta. Pergi bercuti, menonton tv bersama-sama, gelak tawa bersama berkebun bersama dan sebagainya. Namun itu hanyalah khyalan dihujung tanduk semata. Kerehatan hanyalah bila melelapkan mata dan di atas tikar sejadah. Allahurobbi..



Itu sebenarnya baru sedikit jika dibandingkan dengan perjuangan para nabi untuk membawa risalah Islam. Buat apa keluhan? buat apa merasa resah? Mahar Syurga terlalu mahal untuk kita membelinya. Tidak hanya goyang kaki di rumah kita boleh dapat syurga dengan mudah didepan mata. Perlu dengan 1001 pengorbanan. Orang yang hidupnya untuk perjuangan Islam pasti syurga menjadi idaman. Dan kerana itula akan digugar mehna tribulasi yang memang di hadiahkan buat seseorang yang bergelar anak haraki Islam!

31 Dec yang lalu merupakan suatau pengembaraan yang tidak dapat ana lupakan sepanjang ana bergelar muslimat haraki. Dewan Muslimat Pas KB telah mengiringi rombongan pimpinan Pas Pusat iaitu Ustazah Nuridah bersama Pesuruhjaya Pas Negeri Sabah iaitu Ust. Aminuddin Aling ke N3 Pitas, parlimen Kudat untuk melihat sendiri kemiskinan nombor 1 di Malaysia. Pemuda Pas KB pula ditugaskan untuk menyiapkan keperluan  ceramah umum pada sebelah malamnya di perkarangan rumah manatan calon PR iaitu Ust . Awang Laiman di Kg. Tamau Kota Belud.

Rombongan DMPKB yang mengiringi PJ sabah dan Ustazah Nuridah telah bertolak tepat jam 8.00 pagi daripada PASTI Al-Firdaus KB. Perjalanan kami telah diiringi dengan hujan yang sangat lebat. Kami telah berhenti di Check Point di Kota Marudu untuk bersarapan bersama YDP Kudat berserta tiga orang Pemuda Pas Kudat. Setelah bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Pitas dengan di temani hujan yang agak lebat. Ana di pertanggungjawabkan oleh Ketua DMP untuk membawa kereta Alzanya yang telah dimuatkan seramai 5 orang serikandi daripada KB. Manakala Ustazah Nuridah dan PJ Sabah pula menaiki kereta D-Max yang dipandu oleh seorang Pemuda KB berserta dua orang lagi muslimat daripada KB.

Hujan lebat yg terpaksa kami lalui bermula dr Kota Belud lg
Banjir, angin ribut di lalui dengan 1 misi melihat dan merasai sendiri penderitaan penduduk Pitas
Ana yang baru pertama kali menjejakkan kaki di daerah Pitas mula tercari-cari di mana letaknya pekan Pitas? yang hanya kelihatan hanyalah deretan kedai-kedai buruk di sepanjang perjalanan. Dengan jalan yang sangat teruk menyebabkan pemanduan ana lebih berhemah dan berhati-hati ^_^

rumah yg sepatutnya tidak logik wujud lagi Sabah kerana Sabah merupakan negeri yg terkaya deng hasil bumi. tetapi??
satu-satunya sekolah yg berdekatan dengan kg. Bongkol
Perjalanan kami diteruskan hinggalah sampai ke Kg. Bongkol. Semasa masuk ke simpang Kg. Bongkol, kami telah disajikan dengan jalan yang berlumpur akibat musim tengkujuh pada bulan Disember. Akan tetapi, jalan yang teruk tidak menjadi alasan untuk mematahkan semangat kami untuk bertemu dengan masyarakat  Kg. Bongkol dan beramah mesra bersama Dewan Himpunan Pas yang telah ditubuhkan di kampung tersebut. Perjalanan untuk sampai ke Kg. Bongkol memakan masa 4 jam dengan pelbagai rintangan yang dilalui. Hujan lebat, banjir, cuaca panas dan jalan yang berlumpur menguatkan lagi tekad kami untuk sampai ke destinasi dakwah kali ini.


kereta yg kami naiki telah masuk kedalam lumpur sebelum sampai kedestinasi
pemuda kB dan Kudat turut mencari idea untuk mengeluarkan kereta kami yang terbenam di dalam lumpur
ustazah Nuridah tidak melepaskan peluang menyaksikan kereta kami yg terbenam didalam lumpur
Alhamdulillah akhirnya kami sampai jg ke destinasi setelah melalui pelbagai rintangan
Kami disambut meriah oleh ahli2 Dewan Himpunan Penyokong PAS
kedatangan kami disambut dengan tarian tradisi Kaum Rungus dan paluan Gong selamat datang dari penduduk kampung
pengalaman yg pasti diceritakan oleh Ustazah di semenanjung :)
Ustazah Nuridah tergamam melihat tempat takungan air penduduk kg. Ini bukan perigi..  



Setelah mengadakan sesi soal jawab bersama penduduk kampung, rombongan kami bertolak balik ke Kota Belud semula untuk program ceramah Umum bersama YB Nizar pula.

rombongan bertolak balik ke KB

Allah.. sekali lagi kereta kami terbenam di dalam lumpur. Ujian Allah.. Sabar..
sekali lagi pemuda membantu mengeluarkan kereta kami. Ini namanya kereta perjuangan :)
Alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai di KB sebelum maghrib. Bergegas pula ke ceramah umum kerana kami yg menyediakan tentif program
Sambutan ceramah Yb nizar memang mantap. Semua penonton terpegun dan tergamam :)
Terima kasih "Sahabat Baik" kerana sentiasa menemani kami kemana-mana sahaja. Al-maklumla "Artisszzzzzz"
Sekian dahulu untuk kali ini. Wasalam....
READ MORE –

Monday, December 26, 2011

BIARKAN FOTO INI BERBICARA PADA SEMUA!

Bismillahirohmanirahim,

Pembaca-pemabaca yang di redhai Allah Swt, lihat dan hayati foto yang sedikit ini dengan mata hati. Bukan sekadar hiasan tetapi menceritakan sesuatu penderitaan yang menginsafkan. Biar ana ceritakan serba sedikit bagaimana foto ini boleh diperolehi. Sudah dua hari ana berserta sahabat dan sahabiah daripada Dewan Muslimat Pas KB dan Dewan Pemuda KB turun ke kampung-kampung yang tidak mungkin dan tidak sanggup di masuki oleh kerajaan Barisan Nasional.

Era globalisasi yang menggila terus menghimpit kehidupan penduduk kampung terutamanya yang tinggal agak jauh dari pekan. Kenaikkan kos sara hidup yang semakin mencekik darah-darah rakyat membuatkan rakyat semakin tertekan dan marah terhadap kerajaan yang diterajui oleh UMNO/Barisan Nasional.


Rumah Bambu yang masih di duduki penduduk Kg. Sarang

Tengok betul-betul.. Bukan salah orang yg mengambil gambar. Memang tiang  rumahnya sedemikian. Ayuh perhatikan lagi gambar ini lebih dekat

Mereka tidak ada pilihan. Telah memohon PPRT tetapi permohonan hanyalah sekadar nama di atas kertas sahaja.
Ayah Ibu, bagaimana nasib saya pd masa akan datang? Adakan terhimpit seperti ini? Kerakusan terhadap harta semakin menggila diluar sana
Adakah nasib kami bakal terbela kelak? kami akan mati, tetapi anak-anak kami yg akan meneruskan perjuangan membela nasib penduduk kampung
INI KALI LAH... jom kita UBAH kerajaan
Anak-anak kecil sibuk mencari pakain yg sesuai untuk adik-beradik mereka di rumah
adik-adik penduduk kampung seronok memilih pakaian
Dewan Muslimat Pas Kb gembira dapat  berkongsi cerita
Wakil Dewan Pemuda Pas KB menghulurkan sumbangan kepada seorang pakcik yang telah lama menderita sakit tulang belakang















Maaf seandainya foto kurang memuaskan. Tetapi lihatlah pada mesej yang hendak disampaikan. Biar foto ini berbicara. INI KALI LAH kita ubah...
Sekian,
READ MORE –

Tuesday, December 20, 2011

KAMI PRIHATIN NASIB RAKYAT

18 Dis 2011, Kg. Taun Gusi, Kota Belud- Hari Ahad yang lepas, Dewan Muslimat Pas Kota Belud sekali lagi turun kelapangan bagi menyalurkan bantuan kebajikan kepada beberapa buah rumah di kampung Taun Gusi. Rombongan DMPKB yang dibahagikan kepada dua kumpulan dengan disertai seramai 7 orang masing-masing telah membawa sekampit beras berserta barang-barang keperluan seperti gula, tepung, biskut dan kopi telah disambut ramah oleh tuan rumah yang di ziarahi.

ziarah ke kg. Taun Gusi
Kumpulan pertama telah menziarahi rumah makcik yang tinggal bersama nenek kurang upaya
Mak cik tersebut meluahkan kesedihannya kerana bantuan kebajikan telah ditarik balik


Keramahan DMPKB menyantuni keluarga yang diziarahi membuatkan mereka tidak kekok untuk bercerita dan meluahkan kekesalan terhadap wakil rakyat yang langsung tidak prihatin terhadap nasib mereka.

kumpulan kedua telah menziarahi rumah sebuah keluarga yang hidup didalam kemiskin dan menyara seorang anak OKU
"Dulu nak, saya pernah mendapat bantuan kebajikan, tetapi sekarang bantuan kebajikan telah ditarik semula. Saya pun tidak tahu mengapa boleh ditarik. Sedangkan saya masih layak mendapat bantaun kebajikan daripada kerajaan."
"Bantuan kebajikan tu, mereka bagi dengan saudara-saudara diorang jak. Wakil rakyat turun jumpa kami pun tidak. Diorang hidup kaya di kk, kami di kampung dibiarkan miskin! pilihan raya kali ini, saya tidak mau pangkah BN lagi."  Luahan kekesalan seorang penduduk kampung Taun Gusi didalam bahasa bajau yang telah diterjemah kedalam bahasa melayu.

Di samping itu, DMPKB juga telah berjaya membongkarkan penipuan yang telah dilakukan oleh pihak BN/UMNO semasa pilihan raya yang lalu. Seorang mak cik tua yang tinggal bersama keluarganya berserta seorang nenek yang kurang upaya telah memberitahu kami bahawa semasa pilihan raya ke 12, mak cik tua dan nenek tersebut telah diambil oleh beberapa orang wakil daripada puteri UMNO untuk di bawa ke tempat mengundi. Beliau juga menyatakan bahawa semasa hendak membuang undi di saluran masing-masing, nenek kurang upaya tersebut telah di minta untuk menunggu didalam kereta, sementara wakil mereka turun dan mengundi bagi pihak nenek tersebut.

Mak cik tua yang dirahsiahkan identitinya tidak mengetahui bahawa kejadian itu adalah salah disisi undang-undang pilihan raya. Ketua DMPKB menegasakan bahawa kejadian seperti itu tidak patut berlaku. Beliau juga menyifatkan sikap wakil daripada UMNO/BN adalah sikap yang tidak profesional dan menipu rakyat.


READ MORE –