Saturday, May 18, 2013

Kini... Aku sudah mula untuk bercinta, InsyaAllah

Assalammualaikum wbt,

Hari ini hampir genap diriku berada dalam sem ke-2 dan bergelar seorang pelajar Sarjana Pendidikan. Tatkala dalam usia ku yang suda menjangkau 25tahun, pelbagai jemputan dan perkhabaran undangan perkahwinan yang telah diterima daripada sahabat-sahabat yang aku cintai kerana Allah. Subhanallah, Maha suci Allah yang telah menciptakan lelaki dan wanita saling berpasangan agar sentiasa mengingati Allah SWT.


وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ
 “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [QS. Ar. Ruum (30):21].
 Aku? bagaimana pula dengan diriku, bila sampai kad wangi bersama pemilik tulang rusuk ku?? persoalan-persoalan yang sering diajukan dalam usia ini. Hanya mampu melontarkan senyuman dan berkata, "doakan  ana ya..." ~InsyaAllah dengan izin Allah doa mu sahabat dimakbulkan Allah. Doalah kebaikkan untukku dan masa hadapanku ^_~

Definisi Cinta.


Apa pula kaitan yang ingin diceritakan dengan tajuk yang penuh kerahsiaan? Bagaimana kisah ini harus dibaca? Ayuh, arahkan pembacaanmu kepada cinta ilmu..

Nah, ingin diri berkongsi bahawa aku kini telah mula untuk bercinta. Allah~ Cinta yang tidak pernah aku rasai ketika aku bergelar seorang pelajar sarjana muda. Ingin ku aturi cintaku agar tidak lupa dan lalai untuk bersyukur pada Sang Pemilik Cinta yakni Allah SWT.  Memang cinta itu penuh dengan pengorbanan dan air mata. Begitula juga aku. Kerana sudah terlanjur untuk bercinta, maka digagahi juga walaupun payah. Syukur ada "mereka" membahu dan memegang erat tangan ku daripada tersungkur di awal permulaan cinta.

Mempelajari ilmu pendidikan membuatkan aku rasa bersyukur kerana terpilih setelah lama untuk menunggu. Akhirnya, diberi peluang dan kesempatan. Tambahan pula, tersedia pakej sanggat istimewa iaitu bertemu dengan pensyarah-pensyarah fizik yang tidak pernah jemu mengajar serta mendidik diriku yang pada asalnya bukan berlatar belakangkan pendidikan. Maha Suci Allah yang Maha Pemberi...

Kini, aku tengah menghabiskan sisa-sisa hariku untuk terus berjuang dalam sem ini. InsyaAllah, selepas ini tinggal lagi baki dua sem untuk aku terus bercinta dengan assignment, kelas, tesis, writing, reading and so on... ^_~ Maka, doakan lah diri ini sahabat.. Pada yang sedang bertanya dan menanti kad wangi daripada diriku, biarkanla aku mencorakkan wangian perjalanan jihadku dalam menuntut ilmu  di Universiti Tarbiyah Malaysia sedikit masa lagi. Kini aku suda mula untuk bercinta dengan ilmuku, maka aku serahkan cinta seterusnya kepada Dia, Sang Pemilik Cinta yakni Allah SWT.
"Ya Allah, Tuhan Pemilik Cinta, penuh dan terangilah hati ini untuk mencintai ilmu-Mu. Ajari  dan ikhlaskan diri ini agar terus bercinta dengan ilmu-Mu. Ya Allah, izinkanlah agar  ilmu  ini menjadi penyuluh-ku di dunia dan akhirat. Serta, izinkalah juga agar ilmu ini bisa menyuluhi mereka yang ada disekeliling ku. Ya Allah, ajarilah diriku untuk redha ,dan ikhlas serta berkatilah cinta ini agar aku bisa mengecapi nikmatnya hinggalah aku bertemu dengan Mu ya Allah..." Ameen ya Robbal'alamin...
 ~ Sebuah Nukilan perkongsian

No comments:

Post a Comment