Wednesday, May 11, 2011

Rakyat Malaysia Ibarat Cerita Hikayat Rapunzel

Diam membisu blog tanpa bicara, cerita dan berita. Dek kekangan masa yang tidak mengizinkan untuk ana aktif menulis.. Allah.. malu, segan..itu hanyalah alasan.. Tanggungjawab dan amanah lebih banyak berbanding 24 jam masa yang kita ada. Hari ini, ana ingin kongsikan cerita Rapunzel. Sebuah cerita hikayat kanak-kanak yang popular. Sebuah cerita turun temurun hinggalah kehari ini. 
Pembaca-pembaca yang diredhai Allah swt, ana tertarik dengan artikel Ustaz Hasrizal berkaitan cerita Rapunzel. Selama ini, kita hanya menonton tanpa mengambil sebarang ibrah daripada penceritaan tersebut. Memang betul ia hanyalah sebuah cerita dongengan yang pada hakikatnya mempunyai pengajaran yang tersendiri. Sedar atau tidak, hidup rakyat Malaysia sebenarnya boleh diibaratkan seperti seorang anak dara yang dikurung dan dipenjara tanpa SEDAR! Ya kita ialah Rapunzel. Ayuh kita ikuti cerita Rapunzel.
Bukan Hikayat Jerman - saifulislam.com

“Mother knows best!” itulah slogannya.

Zaman berzaman, Mother Gothel memberitahu Rapunzel kata-kata keramat ini.
...
Dan setelah Rapunzel itu ‘berhutang hidup’ dengan Mother Gothel yang memberinya makan dan minum, kata-kata itu memang masuk ke logik fikiran Rapunzel.

“Ibu, mengapa saya tidak boleh ke luar sana?” tanya Rapunzel semasa rambut cantiknya disikat lembut oleh si ibu penyayang.

“Oh sayang, di luar sana amat berbahaya. Ada ramai manusia dengki, mementingkan diri sendiri, dan merbahaya untuk kamu. Tinggallah kamu di sini, kerana ia yang terbaik buatmu, nak!” kata-kata Mother Gothel sungguh berbunyi mithali. Tetapi Rapunzel itu manusia.

Setelah sekian lama duduk di dunia makam tingginya di menara itu, Rapunzel melihat bulan penuh. Masih melihat bulan sabit. Berganti-ganti. Sekali sekala nampak mercun roket meletup indah di angkasa. Menghias buana. Rapunzel tahu, dunia di luar sana lain ceritanya.

Tingkap kecil binaan Mother Gothel di bilik Rapunzel itu adalah untuk membuktikan dirinya masih manusia. Masih memberi ruang nafas dan pandang jauh buat Rapunzel. Biar pun hakikatnya Rapunzel sedang dikurung. Dipenjara. Dan pandangan jauh si anak dara itu dijadikan ‘gula-gula’ memujuk anaknya bahawa dia sedang menikmati dunia, biar pun dari pandangan luar, Rapunzel sebenarnya hidup dalam tahanan.
Rapunzel berada didalam penjara kehidupan
Dipenjara.

Oleh ibunya sendiri.

Ibu yang lebih mengetahui.

Rapunzel terus membesar.

Nalurinya berkembang.

Fitrahnya mencari.

Flynn Rider muncul.

Flynn Rider dimomok sebagai perompak. Tamakkan tiara Rapunzel. Berniat jahat. Pengganas. Penjenayah. Dipropagandakan oleh Mother Gother sendiri di empat penjuru negeri.

Anda tontonlah sendiri RAPUNZEL: THE TANGLED TALE.

Anda tahu bahawa ia bukan Hikayat Jerman.

Ia kisah kampung halaman kita sendiri.

Wahai Rapunzel, slogan Mother Knows Best itu jangan ditelan bulat-bulat.

Ia berperisa gula.

Hakikatnya racun pembodohan yang cuba menggula-gulakan kamu.

Masakan selepas 50 tahun, kamu masih percaya dengan nasihat Mother Gothel kepada ‘kanak-kanak yang diculik’ itu?

ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com/
Antum dah selesai membacanya bukan? Apa yang antum bayangkan? Adakah hanyalah seorang anak dara bernama Rapunzel ataupun sebaliknya? Buka mata wahai rakyat Malaysia khususnya penduduk Sabah. Banyak gula-gula yang ditaburkan sehinggakan penderitaan yang berpuluh-puluh tahun kita hadapi kita lupakan begitu sahaja. Bukan itu sahaja, gula-gula yang ditaburkan tidak berbaloi langsung dengan apa yang kita rasai selama ini. Usah termakan gula-gula U**O, kerana kemanisannya hanyalah bersifat sementara, apa yang diberikan, itu adalah memang HAK KITA! memang hak yang sepatutnya diberikan kepada kita!
kami tidak ingin terus dipenjara, JOM UBAH!
Buka mata antum untuk menilai yang mana kaca atau permata. Terlebih gula badan binasa. Ibarat semut yang mati disebabkan gula. Jangan kerana gula-gula, hidup kita terus tidak terbela.

No comments:

Post a Comment