Thursday, March 10, 2011

Biar Foto Ini Berbicara

Alhamdulillah sempat juga hari ini ana mengjenguk ke blog Wardah Al-Jannah. Lama rasanya blog sunyi tanpa cerita. Cukuplah hari ini ana wakilkan foto sebagai pengganti diri. Biar, ana bercerita tentang diri menerusi foto-foto ini \^_^/
  
Amanah demi Amanah diterima. Banyaknya kerja.
 
Berat terasa hingga tidak termampu untuk menunggungnya. Allah..
Ana serabut! yang mana lebih aula' untuk dilakukan? Pimpinan kata ini, majikan pula kata itu.
Ibu bapa pula kata...? ~Allahhu Robbi
Akan tetapi,

Ana sebenarnya gembira
Kerana,

Ana sayangkan Islam. Maka, ana perlu teruskan


Inilah, DAKWAH. Iaitu sebuah jalan yang ana pilih atas kerelaan sendiri

Bersabar dan redha adalah jalan yang terbaik untuk ana tempuhi. Mengapa?

Kerana DAKWAH adalah suatu perjuangan


Sememangnya perjuangan itu akan menuntut sebuah pengorbanan

Sebuah perjuangan itu akan lebih mudah sekiranya,

"Hendaklah kamu berjemaah, kerana jemaah itu adalah rahmat dan perpecahan itu adalah azab"

Perjuangan akan lebih indah dengan ukhuwah kerana Allah. Alhamdulillah ana dikurniakan
ukhuwah Lillahita'ala
Mengapa ana perlu lakukan semua ini?

Ana ingin melihat Al-Quran dan As-sunnah di julang dan di letakkan pada tempat yang paling tertinggi dan selayaknya
Ana ingin bersama dalam suatu saff yang menegakkan khilafah Islamiyah yang telah lama terkubur
Gemilangnya Islam dibawah kepimpinan Ulama'. Allahuakhbar!

Apa yang ana harapkan dari semua ini hanyalah,


Redha Allah dan Rasul matlamat utama

Wahai diri, bersabarlah menempuh jalan yang payah sedikit didunia, demi kebahagiaan yang kekeal disyurga

Ya Allah,  jadikanlah aku diantara celupan-celupan yang terakhir untuk terus thabat dalam perjuangan ini. Bakal bertemu syahid di jalan suci

Ameen ya Robbal 'Alamin
READ MORE –

Friday, March 4, 2011

Aku Si Pakar Cinta II ?

Hari Jumaat yang penuh barokah, ana kembali dengan post Aku Si Pakar Cinta siri ke 2. Ayuh, mari biar cikgu, kakak, ana ceritakan kembali tentang CINTA. Insyallah, selagi roh masih bersatu dengan jasad, ana tidak akan jemu untuk menceritaka tentang cinta kepada antum. Lebih-lebih lagi buat antum yang berada diusia remaja. Apa yang ana maksudkan dengan cinta lelaki dan wanita sebagai suatu cinta yang terlarang.

Jadilah seorang guru bukan sahaja bergelar seorang mualim malah seorang murobbi
Seperti biasa, ana menjalankan tugas sebagai seorang pendidik sementara di SMK Pekan 2. Berusaha menjalankan tugas sebagai seorang guru Biologi, PSV dan Sains sekaligus berperanan sebagai seorang daie merupakan suatu tanggungjawab yang amat besar untuk dipikul. Apatah lagi bagi ana yang hanya bergelar guru sementara. Masa bersama pelajar sangat singkat untuk berkongsi segala ilmu dan pengalaman. Dengan hanya berbaki dua minggu lagi mengajar disekolah ini, ana berusaha menyampaikan dan berkongsi suatu ilmu tentang kehidupan. Hari ini juga ana diserang dengan pelbagai persoalan berkaitan Cinta. Kadang-kadang kepelikkan menerjah di minda ana, "Kenapalah persoalan ini boleh diajukan kepada ana? adakah diwajah memang dah ada cop Si Pakar Cinta?" tersenyum sendirian. Ya kot. Sebab inilah juga yang terjadi semasa ana berada dikampus ^_^

Khusus buat pelajar yang cikgu kasihi kerana Allah Taala, walaupun bibir kalian belum berbicara tetapi riak wajah sudah cukup buat cikgu untuk mentafsirkan sesuatu. Kenapa? Kerana cikgu pernah berada ditempat antum. Pengajaran daripada pengalaman, pembacaan dan penceritaan membuatkan diri lebih matang untuk menilai sesuatu perkara yang mana halal dan yang mana haram. Cikgu yakin pasti ada dikalangan antum yang sentiasa mengikuti blog cikgu. Syukran Jazillan. Sampaikanlah kepada rakan-rakan antum apa yang antum perolehi daripada sini. Moga ia bermanafaat dan menjadi panduan agar antum lebih berhati-hati menempuhi kehidupan di usia remaja. Dua masa cikgu bersama antum didalam kelas sungguh, ia memang tidak akan mencukupi. Kerana cikgu dan antum ada suatu tanggungjawab yang lebih besar lagi untuk dilaksanakan. Dek kerana tanggungjawab sebagai seorang daie, cikgu cuba untuk menjawab segala persoalan yang bermain diminda. Semoga ada redha Allah yang sentiasa mengiringi kita semua. Ameen.

Si Pakar Cinta?
Ini adalah persoalan antum yang bisa dijawab daripada artikel ini. 

Kami tidak berzina !…

Maaf saya tidak menuduh awak berzina,tetapi awak menghampiri zina.…..

Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?

Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan……

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu…..

Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik.

Ingat pesanan Rasulullah : “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan”(Tabrani) .

Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja.

Tidak pernah bersua muka pun!


Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?


Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :

“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (muslim dan Abu Daud).

Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak…. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan…..

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja….. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)


Study Group...?Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni… betul ke bincang pelajaran? ….Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.


Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.


Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.


Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
 Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah :
“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Ibnu Majah) Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?


Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji

Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji? …

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah:
“Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim” (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat.

Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti…..

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia……Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?


Ganti bercinta Semua itu adalah perangkap iblisdan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?


Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.
Allah berfirman:

“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati .

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.


Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?(tidak mengikut syariat)


Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?


Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.

Firman Allah:
“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar” (Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.

Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat kita Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak kemana!

Ya Allah bantulah kami .Kini kami datang kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat kami.

Sabda Nabi s.a.w..
 “Sampaikan pesanku walau 1 ayat”
READ MORE –

Thursday, March 3, 2011

Oh PM ku..ISLAM Sederhana Apa Maksudnya?

Ana ingin berkongsi suatu ulasan atau kupasan daripada Musyridul Am PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sendiri mengenai isu yang mana kenyataan PM Malaysia, Dato' Sri Najib bin Razak, berkaitan penghinaan terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin seterusnya kepada ulama tersohor dunia iaitu Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi. Kenyataan boleh didapati daripada National Review Online pada 23 Februari 2011 bertajuk Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out.


Sebelum itu, semasa ana tengah mencari dan mengumpul informasi mengenai kenyataan PM berkaitan penghinaan terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan Dr. Sheikh Yusuf  Al-Qaradhawi, ana bertemu dengan sebuah blog pro-B* yang mana salah satu komen daripada penyokong pro-B* mengatakan kenapa pimpinan PK* perlu terhegeh-hegeh menghentam dan mengupas isu mengenai kenyataan PM yang terdapat didalam akhbar barat, sedangkan kes liwat Anuar yang terdapat didalam akhbar Utusan mahupun didalam BH tidak ingin dikupasnya? Persoalan bagi ana yang tidak perlu diulas. Bahasa kasarnya, ada otak, boleh fikir sendirilah! Dah jelas lagi nyata akhbar Utusan dan akhbar BH dikuasi sepenuhnya oleh U**O, mestilah juga kenyataan didalam akhbar tersebut akan bersimpang siur daripada kenyataan sebenar. Walau macam mana pun mulut berbuih dan tangan naik jem untuk menulis, dok asyik nak mengupas kes tersebut, sampai bila pun takkan ada penghujungnya. Iyalah kenapa tidak? Bila mana pihak yang teraniaya cuba untuk mencerahkan atau menjernihkan keadaan, keluar lagi isu dalam akhbar pro-U**O, tambah lagi setsyen TV dan Radio, itu dan ini. Tiada langsung peluang untuk pihak terbabit menjelaskan kedudukan sebenar. Sungguh tidak adil. Pelbagai perasaan "gramji" timbul disanubari ketika membaca kenyataan yang terdapat didalam blog pro-B*.


Pembaca-pembaca yang ana kasihi kerana Allah Swt, cukup yang sedikit itu dahulu cerita tentang ketidak adilan U**O, seandainya ada keizinan lagi untuk ana, teringin juga untuk ana turut serta dalam membongkarkan penyelewangan terhadap rakyat. Ana bersuara kerana ana juga adalah rakyat Malaysia. Seorang rakyat yang merindui, menginginkan, mengimpikan sebuah negara yang dipimpin seperti kepimpinan Rasulullah Saw. Sebuah kerajaan Kihlafah Islamiah. Allahhu Akhbar. Impian semakin nyata untuk dikecapi.

Berikut merupakan kupasan yang lahir dari minda TG. Nik Abdul Aziz sendiri mengenai kenyataan PM tempoh hari. ISLAM SEDERHANA: Ajaran Baru UMNO!

Terkejut saya apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang saya sifatkan sangat tidak manis terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika berada di Turki baru-baru ini.  Menurut laman web National Review Online, beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang disifatkan oleh beliau berunsur violence and extremism (keganasan dan melampau). Ditambah lagi dengan kenyataan beliau yang menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan. Di antara ayat-ayat kurang manis dalam laporan tersebut ialah : “Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism (kebimbangan ini berasaskan kepada sokongan Qaradawi dan justifikasi yang diberikan beliau terhadap keganasan).
Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ. Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam, hari ini Perdana Menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia. Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru UMNO.
Ingatlah, tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.
Pertama, saya ingin bertanya, atas neraca mana nama ganas itu mahu ditampal? Adakah setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu ganas? Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah : Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi’ib Ali. Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapa mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum menadapat keizinan daripada Allah SWT. Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah.
FirmanNya :
وَقَاتِلُواْ الْمُشْرِكِينَ كَآفَّةً كَمَا يُقَـتِلُونَكُمْ كَآفَّةً
Yang bermaksud : Dan perangilah kaum musyrikin (yang memerangi kamu) itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya – Surah al-Taubah, ayat 36.
Di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka. Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia? Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu ganas? Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!
Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun, bila diadakan pilihanraya pula dia dikatakan mendapat kemenangan hampir 99.99%. Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat. Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir. Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun berdiri satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!
Islam tidak mengajar untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka. Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas. Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas. Apabila rakyat Palestin bertindak walaupun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan.
Al-Qaradawi ialah ulama berjasa. Beliau pernah dipenjarakan ketika Perdana Menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia. Beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu, pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1431H kepada beliau.
Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas Perdana Menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas Perdana Menteri itu.
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 24 Rabiul Awal 1432 /  27 Februari 2011


READ MORE –

Tuesday, March 1, 2011

Impianku Menjadi Wanita Penghuni Syurga

Seinfiniti pujian kepada Allah SWT kerana masih mengizinkan ana untuk mencoretkan sesuatu. Beberapa hari blog Wardah Al-Jannah tidak sempat dijenguk oleh tuannya. Asif Jiddan buat pembaca-pembaca yang sentiasa mengikuti perkembangan teratak yang tidak seberapa ini. Kesibukan urusan yang tidak ada hentinya menyebabkab Wardah Al-Jannah terabai buat seketika -_-

Pembaca-pembaca yang dikasihi Allah Swt,
Genaplah sudah sebulan lebih ana bergelar seorang pendidik sementara di SMK Pekan II. Subhanallah, begitu banyak pengalaman dan pengajaran yang ana perolehi sepanjang berada disana. Pengalaman yang mematangkan lagi usia ana yang semakin meningkat. Hari ini juga, sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah sudah selesai dilaksanakan. Pelbagai program yang telah disediakan oleh Panatia Pendidikan Islam bagi memeriakan lagi program tersebut. Kerjasama yang padu daripada ustaz ustazah dan pelajar-pelajar bagi melancarkan lagi program yang dijalankan. Alhamdulillah, suatu ketenangan yang sukar digambarkan sepanjang ana mengajar di sana. Walaupun pada hakikatnya, subjek Biologi bukanlah subjek yang "enjoy" untuk ana mengajar ^_^. Sebab ana memang tak faqih untuk mengajar subjek tu. Ya kot??
Sambutan Maulidur Rasul Sekolah
Berbalik kepada tajuk post ana kali ini, ana ingin kongsikan siapakah dia wanita penghuni syurga? Adakah kita termasuk dalam calon-calon penghuni syurga? Persoalan yang tidak mustahil untuk kita jadikan ia suatu realiti.
"Cikgu, apa cita-cita cikgu?". Setelah tamat sambutan Maulidurrasul, beberapa orang pelajar muslimat mengikuti ana kebilik guru. Ingin bercerita rasanya. Gemar mendengar celoteh gurunya kot :)
"Ala, mestilah cita-cita cikgu mau jadi Ahli Fizik kan?". Seorang lagi daripada sahabat mereka menjawab.
"Tidak, cita-cita cikgu bukan mau jadi ahli fizik. Tapi cita-cita cikgu mau menjadi seorang mujahidah solehah yang menjadi penghuni syurga. Ameen.."
"Ameen.." doa ana disambut oleh mereka.
"Cikgu, apa tu mujahidah?"
Monolog didalam hati. Oh, terlalu muda kah untuk mereka memahami istilah mujahidah? Tidak, inilah masanya.
"Mujahidah tu ialah gelaran bagi seorang wanita yang mati syahid. Cikgu berharap sangat, suatu hari nanti cikgu bertemu Allah dengan mati syahid."

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman." (Ali-Imran 169-171)

"Ameen, kami pun mau macam tu." Ameen, moga doa kalian termakbul.
"Cikgu adakah orang yang meninggal semasa melahirkan anak tu mati syahid?"
"Ya, mereka tu juga mati syahid juga. Tapi itu termasuk dalam syahid kecil. Istimewakan wanita ni.."

Diantara perbualan ana bersama pelajar muslimat yang ana kasihi kerana Allah Swt. Ini adalah perkongsian yang sempat ana sertakan iaitu Aku yang Bernama Wanita Solehah.
1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

15. Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya” “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Ibunya”.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.


27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat.”

48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

50. Sabda Nabi s.a.w.: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”
Impianku untuk menjadi wanita Syurga. Ya Allah, kurniakanlah bagiku seorang penolong..
Allah.. moga ana dan kalian yang bergelar muslimah termasuk diantara calon-calon penghuni syurga. Ameen ya Robb.
READ MORE –

Saturday, February 26, 2011

Ikhtilat Oh Ikhtilat

Hari ini Kelab Remaja Ukhuwah Cwng. Kota Belud mengadakan program Qiammulail kali pertama bagi tahun 2011. Hari ini juga AJK KRU meminta ana untuk menyampaikan kuliah maghrib bagi program Qiam yang bertajuk IKHTILAT. Oh, isu ikhtilat isu yang memang hanggat diperkatakan sejak ana berada di kampus lagi. Isu yang sering juga bermain dikalangan penggerak-penggerak badan dakwah. Ana bawakan artikel yang mengupas makna Ikhtilat. Semoga ia bisa difahami.


Pergaulan antara lelaki dan wanita “ikhtilat”: Apa sempadannya?


Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam.


Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat “pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi” tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama. Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas menghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu. Sejajar dengan Firman Allah yang bermaksud: “Dan tetaplah kamu di rumah-rumah kamu.”

Apakah ikhtilat itu haram?


Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka. Fenomena seperti ini diistilahkan oleh ulama kini sebagai: “ikhtilat”.
Oleh itu untuk menghurai persoalan ini kita perlu terlebih dahulu menghurai perkataan ikthilat dari segi bahasa dan syariat.

Dari segi bahasa, ikhtilat bererti:

meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.
Istilah syariat yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah:
Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian.
Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa.


Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti? Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal?

Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut:
Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah; Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.
Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara leiaki dan perempuan adalah haram, maka la adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah’ yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:

Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah)

Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hokum ini kedaaan-keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf.

Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Kedua: Harus kerana keperluan (hajat)

Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.

Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja sperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

Ikhtilat kerana menjadi saksi. Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

Ikhtilat kerana amar ma’ruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya `al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab r.a. telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasaan yang syar’ie seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah s.a.w. dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda.

Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar’ie Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah s.a.w dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bereri bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar’ie.

Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi s.a.w. merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan. Tersebut dalarn kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan.Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebaginya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.

Adab-adab dalam bergaulan antara lelaki dan wanita

Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.


Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan.

Ucapan yang makruf dan sopan. Firman Allah: Dan ucaplah kata-kata yang makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.

Menundukkan pandangan. Dalam surah an Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-rnasing khususnya dalarn suasana takutkan fitnah.

Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w. ) bersabda: Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia mahramnya.

Menghindari tempat shubhat. Sabda Rasulullah SAW: Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…. (Riwayat Bukhari).


Adab khas untuk wanita

Iltizam dengan pakaian Islam. Firman Allah: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka. Dan firmannya lagi: Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabrruj.


Serius dalam ucapan. Tidak `mengada-ngada` atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah: Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.

Menjaga pergerakan. Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah: Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan. Daripada pembentangan di atas ternyata bahawa menjadi peragawati, penyanyi dan penari adalah haram kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah di tetapkan oteh ulama lslam.
READ MORE –

Thursday, February 24, 2011

Andai Perempuan Itu Datang

Tersentuh dan takut itulah perasaan ana ketika membaca bait kata-kata dibawah. Khusus buat wanita. Wanita di akhir zaman. Menjadi fitnah disana sini. Teringat kepada seorang pelajar ana bertanya tentang satu soalan. Mari ana ceritakan kisahnya.
Seperti biasa, ana akan menggunakan makmal  setiap kali sesi pembelajaran Biologi ataupun Sains. Lebih mudah kerana perkhidmatan LCD telah disediakan. Apabila sesi pembelajaran telah tamat, semua pelajar tingkatan 5 bersiap-siap untuk pulang ke kelas. Hanya 2 orang pelajar lelaki masih menunggu didalam makmal bersama-sama ana. Katanya nak minta nota. Sementara menunggu nota dipindahkan ke dalam pendrive, ana mengemas buku-buku yang bersepah diatas meja.

"Ermm.. cikgu, saya mau tanya sesuatu.."
"Ba, iya..tanyala."

Dalam minda ana pasti ini akan disoalnya. Dalam peringkat usia remaja kebiasannya soal hati dan perasaan adalah perkara yang memuncak. Hanya kerana ia adalah fitrah.

"Tiadala cikgu.."
"Apa pula tiada, bagitaula cikgu, mungkin cikgu boleh bagi pendapat. Apala tu ya??"

Ana cuba bersikap seperti seorang kakak yang cuba untuk memahami perasaan seorang adik lelakinya. Bersikap slumber seperti seorang teman. Tiba-tiba ana terkenang kepada Al-marhum adik lelaki ana Mohd. Fitri yang telah bertemu dengan pemilik sebenar kehidupan pada tahun 2008. Semasa pemergian beliau, ketika itu ana berada disemenanjung masih menuntut dalam tahun 2 di UTM . Sekiranya beliau masih hidup di dunia, sudah tentu umurnya sama seperti pelajar lelaki yang bertanya sebentar tadi. Sedekahkan Al-Fatihah buat adik ana yang tersayang.

"Cikgu, macam ni sambut valentine tu haramkah?"

Pembaca-pembaca yang diredhai Allah SWT. Sebagai seorang yang bergelar daie, soalan seperti ini adalah soalan yang biasa dikemukakan kepada kita bukan? Entah mengapa peraasaan ana ketika ditanya soalan itu sedikit berbeza dari sebelumnya. Mungkin hanya kami bertiga masih tinggal didalam makmal kot. Pembantu makmal memang ada, cumanya pembantu makmal berada didalam bilik persediaan. Mungkin juga yang bertanya adalah seorang madu' lelaki, kebiasannya yang bertanya pada ana adalah madu' perempuan. Sebab ana adalah muslimat. Mungkin juga..ahh..terlalu banyak kemungkinan. Inilah menunjukkan bahawasannya seorang daie itu perlu bersiap bersedia menghadapai sebarang kemungkinan.

"Oh..sambut Hari Valentine memang hukumnya haram.Kenapa??sebab..itu dan ini........."

Penjelasan yang mana sudah banyak dibahaskan dan dikupas semasa Hari Valentine tempoh hari. Antum cuma perlu menaip hukum menyambut valentine dalam Mr. Google, beribu hujah yang akan diberikan.

"Begitu rupanya cikgu. Macam mana pula dengan couple? Apa hukumnya?haram jugaka??"
"Couple tidak haramlah.." muka mereka penuh dengan tanda tanya.
"Tapi itu selepas nikah. Sebelum nikah adalah haram."


Ana cuba berjenaka dengan mereka. Agak menghairankan bukan? Ana bukannya  ustazah yang mengajar Pendidikan Islam, Tasawur Islam ataupun mana-mana subjek yang terus menceritakan tentang ketuhanan. Ana hanyalah seorang guru sains. Walaupaun secara hakikatnya, kita sedar bahawa sains tidak boleh dipisahkan kaitannya dengan ketuhanan. Maha Suci Allah yang terus kekal selama-lamanya. Mungkin juga penampilan pakaian yang mempengaruhi untuk mereka untuk senang bercerita. Segala-galanya mampu mempengaruhi. Mengapa haram? ha, lagi banyak hujah yang sudah dibahaskan tentang hukum bercouple. Untuk pembaca-pembaca yang budiman, antum boleh rujuk pada post ana sebelum ini.
Penjelasan dan analogi yang ringkas ana berikan kepada pelajar ana. Sehinggalah pelajar tersebut mengeluarkan "statement"..
"Cikgu, macam mana pula kalau perempuan tu yang datang?" Terdiam.. Ini adalah jawapan cikgu bagi soalan yang dikemukakan..

Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...
Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...
Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...
Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...
Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...
Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

"Kau adalah kawan karibku."
"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."
"Kau dah seperti abang kandungku."
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."
"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."
"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."
"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

Andai seorang perempuan itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN dirimu untuk
MENEGUR
GAGAHKAN dirimu untuk
BERUNDUR
TABAHKAN
dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL
Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,
Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,
Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda
Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana
TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI.

Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang...
Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...
Andai seorang perempuan itu datang...
Penutup daripada ana, andai seorang perempuan itu datang, maka jadilah dirimu seperti Nabi Yusuf yang tinggi mujahadahnya tidak kalah dengan pujuk rayu seorang manusia yang bergelar Perempuan.

Impianku menjadi mujahidah penghuni syurga

READ MORE –

Tuesday, February 22, 2011

Bob Lokman Dulu, Kini dan Insyallah Selama-lamanya

Kebiasaannya, nikmat masa lapang yang ada ana gunakan untuk membaca blog sahabat-sahabat disamping mencari input mahupun idea untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog sendiri. Ana terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca-pembaca tentang cerita seorang artis popular tanah air suatu ketika dahulu iaitu Mohd Hakim bin Lokman atau dikenali dengan nama glamournya iaitu Bob Lokman. Sudah tentu antum dapat meneka cerita apa yang ingin ana sampaikan. Ya, tepat sekali, itulah yang ana nak kongsikan dalam post kali ini. Kenapa tidak, bagi pengemar-pengemar media massa sudah tentu kisah Bob Lokman merupakan cerita yang tidak asing lagi di dada-dada blog ^_^

Pengangkutan utama mengangkut barang sumbangan
Sebelum pengisytiharan pada 19hb, PAS Kawasan Kota Belud pernah sekali bersama-sama beliau dalam program Sekampit Beras di Kampung Sarang pada 18 Desimber 2010. Kebetulan pada ketika itu, beliau berserta Pemuda Negeri Selangor datang ke Sabah dan seterusnya menyertai Program Kebajikan yang dianjurkan oleh kawasan Kota Belud. Pada awalnya, ana berserta sahabat-sahabat yang lain langsung tidak menyedari akan kehadiran beliau. Dek kepekaan seorang sahabat, akhirnya kehadiran beliau menjadi tarikan bukan sahaja kepada pengerak-pengerak Kawasan KB malah kepada penduduk kampung \^_^/

Bob Lokman ketika menyerahkan sekampit beras sumbangan kepada penduduk Kg. Sarang

Diantara penduduk kampung yang sempat mengambil gambar

Pembaca-pembaca yang dirahmati Allah SWT, kita seharusnya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana Bob Lokman telah memilih untuk mengintima'kan dirinya didalam Parti Islam Se-Malaysia, PAS. Sudah tentu ada sebabnya mengapa beliau memilih PAS dan tidak memilih parti-parti politik lain seperti UMNO mahupun PKR. Tepuk dahi tanyalah diri sendiri. Dengan penyerahan borang keahlian PAS kepada menteri besar Kedah, secara langsung telah mengisytiharkan status beliau memilih PAS sebagai jalan perjuangannya. Sedar ataupun tidak, ini seterusnya telah membuktikan bahawa perjuangan PAS bukan sahaja terletak pada parti politik semata-mata, tetapi perjuangan yang ingin dibawa adalah lebih daripada itu. Allahu Akhbar!

Ayuh pembaca-pembaca kita ikuti temubual Harakah Daily untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut lagi.
Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat. Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak. Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.
Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya...Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul. Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.

Harakahdaily: Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara.

Bob Lokman: Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka.

Harakahdaily:
Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan.

Bob Lokman: Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat.
                                                        (Temubual beliau dengan wartawan Nazri Abdullah)
Bob Lokman menyerahkan borang keahliannya kepada MB Kedah
READ MORE –