Dari dahulu sehinggalah kehari ini, perasaan cemburu terhadap dirinya masih ada. Ana cemburu kepada Ainul Mardhiah, seorang bidadari syurga yang telah dijanjikan oleh Allah Swt kepada mana-mana pemuda yang syahid di jalan Allah Swt. Seorang bidadari syurga yang sentiasa setia menantikan mujahid yang terkorban kerana menegakkan agama Allah Swt. Akan tetapi ingatlah wahai wanita-wanita yang beriman, wanita-wanita yang solehah, kita juga bisa menjadi seorang bidadari yang bakal mendiami syurga. Maha Adil Allah Swt terhadap hamba-hambanya. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tersebut). Subhanallah. Moga dirimu terpilih untuk syahid dijalan Allah.
Jika seorang isteri redha suaminya keluar berjihad di jalan Allah Swt, maka si isteri akan mendapat pahala dan ganjaran yang sama seperti suaminya. Bagi antuna yang selama ini ditarbiyah di dalam harakah Islamiyah, sebenarnya kelebihan yang cukup banyak ada pada diri antuna. Kenapa tidak? Ini kerana, antuna lebih memahami tugas seorang zauj yang menginfakkan dirinya dalam jihad fisabillah. Antuna sekaligus dapat meniupkan roh perjuangan dalam diri mereka sekiranya mereka lemah tidak bermaya. Antuna juga bisa menjadi seorang pembantu di samping zauj tercinta, bersama-sama berpangku tangan dalam mengerakkan gerak kerja dakwah yang sememangnya akan menuntut pengorbanan suatu hari nanti. Oleh yang demikian, pengorbanan seorang zaujah perlu dilakukan atas dasar kefahaman, maka dari itu akan lahirlah perasaan ikhlas dan merelakan segala-galanya kerana Allah Swt. Sebagai contoh bila mana berlakunya dua pertembungan diantara kepentingan peribadi mahupun kepentingan Jemaah, maka kepentingan Jemaah akan didahulukan barulah diikuti dengan kepentingan untuk diri sendiri. Disinilah, peranan seorang zaujah yang telah ditarbiyah dalam harakah Islam, sepatutnya memberikan dorongan dan semangat kepada zauj untuk mendahulukan urusan Jemaah demi kepentingan Islam. Ini kerana, matlamat utama bersama bukanlah kepentingan didunia semata-mata tetapi nun bahagia di sana.
Mari kita ikuti kisah perbualan seorang wanita Ansar iaitu Hazrat Asma' binti Yazid r.a. Beliau telah datang kepada Rasulullah dan berkata,
"Ya Rasulullah, tuan terlebih saya kasihi daripada kedua-dua ibu-bapa saya. Saya ialah sebagai utusan daripada wanita-wanita Islam untuk berjumpa dengan tuan. Sesungguhnya tuan diutuskan sebagai nabi untuk kaum lelaki dan juga wanita. Sebab itulah jemaah kaum wanita beriman dengan tuan dan Allah. Tetapi kami tinggal dalam empat penjuru rumah dan sentiasa berada di sebalik tabir. Kami ialah teman kaum lelaki di dalam rumah. Keperluan hawa nafsu mereka disempurnakan melalui kami. Kami menanggung anak-anak mereka di dalam perut kami. Namun demikian, kaum lelaki mendahului kami dalam banyak amal kebajikan. Mereka dapat bersolat Jumaat, mereka dapat bersolat jemaah, mereka menziarahi orang sakit, mereka menghadiri upacara jenazah, dan lebih daripada itu mereka berjuang di jalan Allah. Apabila mereka pergi haji atau berjihad maka kami kaum wanitalah yang menjaga harta mereka. Kami menenun pakaian untuk mereka dan kami menjaga anak-anak mereka. Apakah kami tidak mendapat bahagian pahala mereka?"
Setelah mendengarkan ini, Rasulullah saw berpaling ke arah para sahabat lalu bersabda, "Adakah kamu pernah mendengar seseorang yang bertanyakan soalan agam yang lebih baik daripada wanita ini?"
Para sahabat menjawab, "Kami tidak terfikir yang wanita juga boleh
menanyakan soalan sedemikian".
Selepas itu Rasulullah saw berpaling kepada Hazrat Asma' r.anha dan bersabda, "Dengar dengan teliti serta fahamkan dan kemudian pergilah beritahu kepada wanita-wanita yang telah menghantar kamu. Layanlah suami kamu dengan baik dan carilah kesukaannya serta tunaikan kesukaannya itu maka pahala bagi semua amal kebajikan tadi ialah SAMA antara kamu dengan mereka."
Maka kembalilah Hazrat 'Asma r.a dengan penuh gembira setelah mendengar jawapan tersebut.
Nah, sekarang jelas lagi nyata mudahnya bagi ana serta antuna untuk menjadi bidadari syurga yang diidam-idamkan.
"Ya Allah, jadikanlah kami penghulu bagi segala bidadari yang akan menemani seorang mujahid yang telah syahid menegakkan agama-Mu." Ameen ya robbal a'lamin..
No comments:
Post a Comment