Wednesday, March 16, 2011

Hidup Mulia, Mati Sebagai Syuhada

"Ana berdoa agar ana bertemu syahid terlebih dahulu. Ameen."

Suatu ungkapan spontan keluar dari bibir ketika ana berbicara dengan seorang sahabat seperjuangan. Perkatan yang ana sertai dengan senyuman yang membawa 1001 makna tersirat. Entah apa yang ditafsir olehnya ketika ana berkata sedemikian. Adakah ia suatu ungkapan yang serius ataupun hanyalah sekadar mainan bahasa semata-mata. Mungkin juga sahabat ana menganggap perkataan yang dilafazkan sebagai suatu gurauan omongan kosong. Iyalah, kerana pada ketika itu, kami berada di dalam mood gurauan sebagai penghibur hati \^_^/ . Dek kerja-kerja di jalan Allah yang tidak ada penghujungnya, apa salahnya bergurau sekali-sekala untuk menghilangkan ketegangan diraut wajah :)

Cinta memburu syahid
Pembaca-pembaca yang diredhai Allah SWT, nyawa yang di kurniakan kepada kita hanyalah satu, bukan dua atau lebih. Kematiaan yang paling baik yakni syahid di jalan Allah Swt. Malah kerja yang paling mulia ialah berkerja dan sekaligus berjihad di jalan dakwah. Kepuasan dan kejayaan hakiki bagi seseorang ialah apabila dia berjaya bekerja dan mati sebaiknya. Mati syahid dijalan Allah itulah yang seharusnya di tanamkan didalam diri masing-masing. Lebih-lebih lagi bagi antum yang bergerak didalam harakah Islamiyah. Suburkan kerinduan untuk mati syahid di jalan Allah kerana itu merupakan satu bentuk kematian yang paling mulia dan tinggi darjatnya.

"Kerana itu, hendaklah orang-orang yang menjual kehidupan dunia untuk kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. Dan barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan, maka akan Kami berikan pahala yang besar kepadanya." (An-Nisa':74)

Para pembaca yang ana kasihi kerana Allah Swt, Islam telah menggariskan jalan kemuliaan kepada umat iaitu dengan mengambil berat urusan jihad, ketenteraan dan sekelompok umat yang menghimpunkan semuanya di dalam satu barisan untuk mempertahankan kebenaran dalam semua kekuatan yang ada. Sama juga  terdapat didalam Islam dan ajarannya, ayat Al-Quran dan hadis Nabi, limpahan semua makna-makna ini, seruan dengan ayat yang lancar dan pendekatan yang terang untuk berjihad, berperang dan ketenteraan, memperkuatkan wasilah-wasilah pertahanan dan perjuangan dalam semua bentuknya, sama ada di darat, laut dan sebagainya. Jelas dalam firman Allah Swt:

"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengn kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat kemu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; tetapi Allah mengetahuiny. Apa saja yang kamu infakkan di jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepada mu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan)." (Al-Anfal:60)


Sesungguhnya jihad di jalan Allah adalah satu kefarduan masa lalu sehinggalah hari Kiamat. Tidak sempurna pengakuan seorang muslim yang beriman bahawa Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan nabi Muhammad sebagai nabi dan rasul melainkan mengikat satu baiah bersama Allah untuk melaksanakan jihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa raga. Ini adalah “akad” atau ikatan janji yang disebut dalam tiga kitab. Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar. (At-Taubah: 111)

Rasulullah bersabda;
"Bagi orang yang mati syahid ada enam keistimewaan iaitu:
  1. Diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar.
  2. melihat tempatnya di dalam syurga.
  3. Dilindungi dari azab kubur.
  4. terjamin keamanannya dari malapetaka besar.
  5. merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari.
  6. diperkenankan memberikan syafaat bagi 70 orang kerabatnya." 
(H/R At-Tirmidzi Ibnu Majah dan Ahmad)

"Sesungguhnya umat yang tahu cara mati terbaik, yang tahu bagaimana untuk mati dengan kematian yang mulia, akan dikurniakan Allah kehidupan yang agung di dunia dan nikmat yang kekal di akhirat. Tidaklah mendung yang meliputi kita hari ini melainkan kerana cinta dunia dan takutkan mati. Persiapkanlah diri kamu untuk suatu tugas yang besar. Bersungguh melengkapkan diri untuk mati, nescaya Allah mengurniakan kamu kehidupan. Ketahuilah bahawa mati itu pasti. Ia pula hanya sekali. Jika kamu jadikan mati itu di jalan Allah, maka untukmu keuntungan di dunia dan pahala di akhirat. Tidak akan menimpa kamu melainkan apa yang telah ditentukan Allah ke atas kamu"
"Berkerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahagiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati syahid di jalan-Nya." (As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)


Ayuh, sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah Swt, kita memohon kepada Allah agar roh kita dijemput burung-burung surga dalam bentuk yang terbaik yaitu mati syahid di jalan Allah. Sekadar itu sahaja perkongsian ana untuk hari ini bersama kalian. Oh ya, sebelum ana terlupa, buat sahabat seperjuangan ana, apa yang ana ucapkan tempohari bukanlah gurauan, tetapi ia adalah perkara yang memang ana maksudkan didalam hati.



اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَوَفَاةً بِبَلَدِ رَسُولِكَ
“Ya Allah aku mohon mati syahid di jalanMu dan wafat di negeri RasulMu (Madinah)” (H/R Malik)

Wallahu'alam

2 comments: