Tuesday, March 22, 2011

Wahai Muslimah Berkali-kali Sudah Di Pesan, kan!

Panjatkan seinfiniti kesyukuran kepada Allah Swt kerana kita masih lagi berpeluang untuk menghirup udara segar milik Allah Swt, syukur kehadrat Allah kerana masih dipinjamkan nyawa untuk terus hidup di atas bumi, juga ciptaan-Nya. Ana bersyukur kepada Allah Swt, kerana hari ini ana masih lagi di berikan peluang untuk menulis di atas blog Wardah Al-Jannah. Blog yang akan ana usahakan untuk menjadi sebuah blog yang bermanafaat kepada semua.


Pembaca-pembaca yang di redhai Allah Swt, sekiranya antum perasan, post-post yang ana kongsikan kebanyakannya khusus buat kaum Hawa. Mungkin kerana ana berada didalam golongan Hawa. Yang sememangnya hanya kaum Hawa yang akan memahami naluri golongannya sendiri. Tetapi, tidak semestinya post berkaitan kaum Hawa tidak sesuai untuk antum, golongon Adam. Insyallah post ini bersesuaian di semua peringkat umur dan diperingkat jantina. Post kali ini, sekali lagi ana ingin tujukan khas buat kaum Hawa iaitu buat semua wanita muslim. Biar antuna jemu wahai muslimah. Biar sampai termuntah-muntah dek sering diingatkan. Ini kerana kita adalah "Insan" yang sememangnya mudah lupa. Terutamanya, ditujukan buat diri ana yang sentiasa mengharapkan redha dari Allah Swt.

Wahai Muslimah, Rasulullah Saw sudah pernah berpesan pada kita;

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki, selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari)

Allahhu Robbi, takut, gerun, sedih rasanya apabila Rasulullah memperingatkan sedemikian kepada kita semua. Antuna kena ingat, dari atas hingga kebawah, dari kiri ataupun kanan, dari sisi itu dan sisi ini, wanita itu tetap boleh menjadi FITNAH! Maka hati-hati dan berwaspadalah wahai muslimah. Anggaplah teguran ana ibarat seorang ibu kepada anak perempuannya, sebagai seorang kakak kepada adik permpuannya, sebagai seorang sahabat kepada sahabat akrabnya dan yang paling penting sebagai seorang saudara semuslim kepada saudaranya yang dikasihi kerana Allah Swt.

Saudara semuslimah ana sekalian, Allah menciptakan seorang wanita itu memang cukup indah dan cantik belaka. Tidak indah atau cantik dimata seseorang, tetapi mungkin cantik dan indah di mata yang lain pula. Ini kerana perkataan indah dan cantik itu sungguh sukar untuk ditafsir dan diertikan oleh sesiapan pun. Oleh itu, keindahan dan kecantikan diri antuna usahlah ditayang-tayangkan atau dipamer-pamerkan dikahlayak ramai. Cukuplah hanya antuna dan orang sekeliling sahaja yang tahu antuna memang cantik. Apa yang ana maksudkan dengan dipamerkan atau ditayangkan disini ialah, wajah dan lagak antuna di alam maya. Tidak kiralah didalam FACEBOOK, FRIENDSTER, BLOG PERIBADI ataupun mana-mana medium yang boleh dilihat oleh orang ramai, seluruh dunia amnya.


"Aku punya Fb/blog yang kau sibuk kenapa? Suka hati akulah!"

Astaghfirullahalazim, ana hanya menegur tanda sayang pada antuna.Apalah yang dibanggakan sangat dengan kecantikan yang hanya sementara, keseksian yang menyebabkan orang lain terseksa melihatnya, posing dengan aksi lengkuk sana sini, memek muka yang pelbagai rupa. Apalah yang di banggaka-banggakan jikalau disambar api neraka juga akhirnya?! Ingat, tiada satupun sebenarnya milik kita! Hatta walau sehelai rambut. Segala-galanya adalah pinjaman Allah yang sementara. Terngiang-ngiang pesanan ustazah ana ketika ana baru mengenal keindahan Islam.


"Yang muslimat, tutuplah aurat kamu tu. Segala apa yang ada pada kamu adalah pinjaman Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik semuanya. Kamu pergi kedai pakai baju lengan pendek, tengah melintas jalan, tiba-tiba berlaku kemalangan menyebabkan lengan kamu cedera atau terpaksa dipotong, barulah kamu terhegeh-hegeh pakai baju lengan panjang dan tutup aurat. Kan suda terlambat"

Nah, pembaca-pembaca yang dikasihi Allah Swt, jelas bukan situasi yang ustazah ana sampaikan. Itu hak Allah. Suka hati Allah untuk mengambil semula haknya. Tiada yang mustahil bagi Allah. Jadi maka jadilah.

Sedih ana melihat, gambar-gambar muslimah yang berposing dengan pelbagai gaya didalam blog atupun didalam facebook. Lebih-lebih lagi muslimah yang indah bertudung litup. Cantik menutup aurat. Akan tetapi, gambar yang dipamerkan, bukan main lagi posingnya, memek muka yang pelbagai, cukup membuatkan hati ana berasa sangat-sangat sayu. Maaf sekiranya teguran, bahasa ana agak kasar bagi yang membaca. Tapi inilah hakikatnya yang perlu untuk kita ketahui. Straight to the point!

Ana tahu antuna memang cantik dan pandai berposing, tetapi, wahai puteriku sayang, bertahan dan tingkatkanlah mujahadah dalam diri mu sendiri demi Allah Swt, cukuplah hanya orang yang benar-benar berhak melihat keindahan dirimu. Teringat ana akan pesanan seorang sahabat seperjuangan ketika kami sedang melipat baju sumbangan untuk kebajikan.

"Tak perlu kita beritahu dengan orang ramai, cukuplah hanya Allah yang tahu. Sebab Allah pasti akan beritahu pada semua makhluk-Nya, pada malaikat dan jin....."

Ada Penyelesaiannya?

Ya, sudah tentu ada penyelesaiannya. Sekiranya antuna nak letak juga gambar didalm blog atau FB, letaklah gambar antuna bersama sahabat-sahabat yang ramai, ahli keluarga yang ramai yang penting ramai dan tidak memfokuskan terus kewajah antuna. Seharusnya antuna kecilkan wajah-wajah dengan mengecilkan saiz gambar itu sehingga tidak memperlihatkan setiap inci tindakan dan wajah antuna. Hindarilah aksi-aksi dan posing-posing yang menambahkan lagi kerosakkan jiwa. Biarlah gambar tersebut ditapis sebaik-baiknya.
Sekiranya niat antuna hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah yang lain, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, antuna kirim saja e-mail bergambar pada rakan muslimah itu. Ingat, wajah antuna, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja. Semoga ianya jelas dan mudah difahami.

4 comments:

  1. alhamdulillah...terima kasih nazirah sayang untuk post ini~

    ReplyDelete
  2. i like=) fitnah...satu perkataan yg bg ana cukup menakutkan. syukran nazirah ats nasihat ni(^_^)

    ReplyDelete
  3. :) afwan ya ukhti sakinah wa ukhti sunnah.. utk peringatan kita bersama.ana pun klu ikutkn main letak jak gmbr2 kita yg berosing maut.tp tahan.kita post dlm group** kita :D

    ReplyDelete