Thursday, April 21, 2011

Erti Sebuah Keberkatan, Kem Kepemimpinan SMATS

"Pemimpin Proaktif Pemangkin Kebitaraan", begitulah tema yang di bawa dalam Kem Kepemimpinan Sekolah Menengah Agama Tun Said Kota Belud baru-baru ini.  Perkataan BITARA yang membawa maksud B (Bijaksana), I (Islah/Ilmiah), T (Taqwa), A (Amanah), R (Rajulul A'Amal), A (Atqan) memberikan makna yang harus difahami dan dicerna dalam minda setiap peserta kem. Terima kasih ana ucapkan kepada guru-guru SMATS kerana telah menjemput kami untuk menjadi fasilitator kem kali ini.

Kem Kepemimpinan SMKA Tun Said
 Alhamdulillah banyak yang ana pelajari semasa kem tersebut. Erti sebuah keberkatan dalam sesuatu tempat bukan bergantung kepada seorang individu sahaja atau nama tempat tersebut. Tetapi sebuah keberkatan itu akan muncul apabila semua pihak memainkan peranan untuk memelihara dan menjaganya. Apa yang ana maksudkan disini ialah sekiranya hanya dua atau tiga orang sahaja yang melaksanakan perintah dan menjauhkan larangan Tuhan, apalah erti sekiranya beribu orang lagi yang melakukan kemaksiatan dan ingkar akan perintah Allah. Lebih-lebih lagi di tempat yang sepatutnya penuh dengan keberkataan seperti Sekolah Agama. Itulah yang ana dapat simpulkan didalm kem tersebut.

Pembaca-pembaca yang di redhai Allah Swt,
Kenapa ana mengatakan sedemikian? Apa yang ana perhatikan, wajah peserta seolah-olah menyimpan 1001 rahsia yang tersirat dengan pelbagai masalah. Cahaya kegembiraan dan senyuman hanya dapat dipancarkan ketika slot kami bersama mereka, yang selebihnya? Wallahu'alam.

Ceria terpancar di wajah kump.Umar Al-Khatab
"Hanya tinggal 5 minit lagi untuk fasi membuat kesimpulan," terdengan suara guru mereka membuat pengumuman.

"Ala, kami seronok bersama puan. Kami suka kalau slot bersama puan lagi." keluhan daripada seorang peserta kem di dalam kumpulan ana. Gelaran tuan dan puan adalah gelaran yang harus digunakan oleh peserta kepada fasilitator sepanjang kem.

"Tak pa, lepas ni, kita banyak lagi slot bersama-sama," sebuah lontaran senyuman ana berikan untuk melegakan perasaan mereka.

Hari demi hari bersama mereka, sedikit sebanyak menimbulkan rasa kasihan dan sayang terhadap adik-adik tersebut. Apabila kita bercakap dengan lebih umum lagi, apa yang ana dapat perhatikan, bila mana ada sesetengah pihak yang tidak dapat memberikan contoh dan akhlak yang baik kepada pelajar, tempias hilangnya redha dan keberkataan daripada Allah akan terkena kepada pelajar, malahan kepada sesebuah sekolah tersebut. Sebab itulah kenapa sekolah Agama hanya tinggal nama sebagai sekolah agama, tetapi tidak ada satu pun yang membezakannya dengan sekolah harian biasa. Sebagai contoh, seorang guru meyeru pelajarnya membuat kebaikkan, menjaga aurat,  jangan buat maksiat. Tetapi, guru itu sendiri yang menunjukkan akhlak yang tidak baik, membuka aurat sehinggakan pelajar hilang thiqah terhadap guru tersebut. Bak kata pepatah ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Sama juga analoginya didalam sesebuah jemaah atau organisasi. Sekiranya hanya dua tiga kerat sahaja yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga keberkatan dan ingin memenangkan jemaah, selebihnya hanya buat sambil lewa dan masih leka dengan buaian keseronokan dunia, kesannya akan diperolehi kepada jemaah atau organisasi tersebut. Sebab itulah mengapa kemenangan dan pertolongan Allah itu lambat diterima. Sehinggakan ada yang berputus asa.

Hari-hari terakhir kami di kem tersebut, sempat ana bersama sahabat-sahabat muslimat memberikan amanat dan pesanan terakhir buat peserta muslimat khususnya.


"Saya mewakili rakan-rakan saya, mengucapkan terima kasih kepada kakak-kakak dan abang-abang kerana telah menunjukkan gaya hidup Islam yang sebenar kepada kami. Kami bersyukur kerana dapat bertemu dengan kakak-kakak semua," ucapan seorang peserta ketika itu.

Amanat ringkas buat mereka "Tegakkanlah Islam didalam diri mu, nescaya tertegaklah Islam di tempat kalian satu hari nanti."

Kami sayang kalian semua. Moga ikatan ukhuwah yang terbina walaupun seketika akan terjalin hingga ke jannah ^_^. Insyallah...

2 comments:

  1. Assalammu'alaikum kak. semoga berjumpa lagi. rindu dgn akak-akak semua.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak...baru hari ini terjmpa entri ini..sya pun ada pngikuti kem ini..syukran ^^

    ReplyDelete