Ana perlu bekerja keras untuk menjaga dan memelihara nikmat yang agung ini agar ia tidak hilang dari kehidupan ana dan keluarga yang bakal ana bina kelak. Di saat Allah S.W.T melamar diri ini dengan tarbiyah-Nya, terasa rugilah sekiranya tarbiyah ini hilang disebalik tirai cinta manusia yang tidak kekal lama.
Aku wanita mujahidah sejati,
Yang tercipta daripada tulang rusuk lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad,
Kelak akanku pergi mendampinginya di bumi Jihad.
Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukan,
Cinta Allah S.W.T, Rasul S.A.W dan jihad fisabilillah,
Aku rela berkelana mengembara dengannya untuk melindungi Diinullah,
Ikhlas menyebarkan dakwah ke segenap penjuru bumi Allah S.W.T.
Aku wanita mujahidah pilihan,
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad,
Bilakah akan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh tawadhuk,
Kelak bersamanya akan kuharungi bahtera lautan jihad.
Andai tidak siap bisa kau pilih,
Agar kelak batin dan jiwa ragamu tidak terusik,
Terbeban dengan semua tingkahku,
Meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu,
Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu.
Biar hidup terasing di dunia asalkan di akhirat kita bahagia,
Bila aku setuju dan kau tidak meraguiku,
Bulat tekadku untuk menemanimu,
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota.
Meniti jalan panjang di medan jihad,
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah,
Keringat luka dan kesyahidan pun terulang,
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu,
Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu.
Aku wanita dari bumi Jihad,
Dengan bekalan semangat berangkat ke padang jihad,
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati,
Tepiskan semua mimpi yang tidak bererti.
Kerana tidak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri,
Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan,
Yang melepaskanku dengan sepotong doa,
Meraih syahid adalah tujuan utama.
Tidak mungkinku pilih dirimu sekiranya dunia dambaanmu,
Lupa kampung halaman dan sanak-saudara,
Tidak mungkin aku memilihmu,
Bila yang fana lebih kau cintai.
"Aku berjanji tidak akan berada dalam barisan yang terakhir." Abu Dujanah RAWallahu'alam...
InsyaALLAH,
ReplyDeleteakan tiba masanya peminang terbaik datang menghampirimu sahabatku...
yang terbaik untuk kamu dalam medan yang kau pilih~~
DENGAN IZIN ALLAH SWT
ReplyDelete