Artikel asal: http://muharrikdaie.wordpress.com/2009/05/09/cinta-dakwah-menuju-baitul-dakwah/
"Orang yang cintakan dakwah mesti menuju kepada baitul dakwah untuk kesenambungan dakwah. Kalau tidak jangan kita sebut pasal dakwah."
Adalah jumud dan dangkal fikrah dan tasawwur seorang ikhwah dan akhawat yang telah ditarbiyah yang ingin mendirikan rumahtangga dakwah hanya melaksanakan taaruf dari sudut peribadi sahaja, seperti mengetahui nama pekerjaan, umur, keluarga dan sebagainya dan tanpa menggunakan sessi terpenting ini untuk mendalami hati dan cita cita masing masing kepada matlamat perjuangan dan bagaimana si ikhwah nak bina binaan rumahtangga dakwah yang sebenarnya dan dari sinilah si akhawat akan dapat tahu sejauh mana fikrah bakal suaminya supaya dia tidak menyesal dikemudian hari kerana tidak terlaksanannya cita cita besar yang ada dalam diri akhawat sendiri. kerana inilah yang akan mengeratkan dan membungakan cinta didalam rumahtangga yang akan dibina! Sekalipun ikhwah dan akahwat itu berada dalam tarbiyah dan jamaah tidak semestinya dia matang dalam pemilihannya tanpa kita berterus terang dan telus didalam dasar perjuangan.
Antum tahu bahawa dakwah adalah kewajipan. Masuliyah setiap yang bernyawa yang bergelar muslim mukmin. Bukan perkara main main dan pinggiran. Ianya adalah taklif rabbani. Tuntutan Ketuhanan. Tuntutan Allah yang akan dipersoalkan. Berat. Dan kita tiada pilihan. Bagi para duat yang tersedar, mereka tahu bahawa ini adalah sibghah. Celupan. Sibghah dari sibghah Allah.
Kita bertanggungjawab sepenuhnya. Oleh itu dakwah tidak terhenti disusuk tubuh kita sahaja kerana tanggungjawab ini adalah bertali arus yang bermula dari kita hingga ke dalam pembentukan Bait’ul Dakwah. Dan inilah yang sukar kerana sepasang suami isteri mestilah saling mewarnakan kehidupan mereka dengan sibghah ini. Oleh itu pembinaan dan pemilihan muslim/muslimah berqualiti harus menjadi prioriti dalam membina generasi pewaris.
Kita yang cintakan deen ini tidak boleh memandang ringan atau memandang sepi perkara ini kerana tersilap pemilihan akan merugikan dan melambatkan deen ini menuju langit. Pemuda pemudi harus mempunyai mind set ini supaya bersedia membentuk diri masing masing menjadi rijal dan srikandi yang qowi supaya nanti antara kita tidak tercari cari dan teraba raba dalam kesamaran mencari jodoh masing masing mengambil masa yang lama untuk pembentukan ini.
Bersedialah berIntima’ ( Ikat diri ) dengan Jamaah kerana Islam kian hari kian bertambah sukar. Tanpa jamaah kita tidak boleh berbuat sesuatu kerja dakwah dengan sempurna. Bersedialah untuk ditarbiyah. Untuk didik aqidah, hati, ibadah dan berkerja secara team work atau beramal jamaai berusahalah untuk tarbiyah dzatiyah tanpa bergantung pada arahan mas’ul atau naqib serta jamaah. Jamaah hanyalah sebagai pushing power tapi tanpa Dzatiyah dari diri sendiri, memang sukar untuk melonjak prestasi kita sebenarnya kearah berjuang dijalan Allah dan pastinya kita tidak dapat merubah diri dan dimanfaatkan jamaah dan terkadang mutarabi begini akan menjadi beban dan fitnah kepada jamaah!
Berbalik kepada pembinaan baitul dakwah, Ini sesuatu yang harus diberi perhatian. Terkadang seorang duat pun tidak dapat membezakan antara baitul dakwah dan baitul muslim. Baitul muslim adalah membina keluarga muslim namun baitul dakwah lebih jauh fikhnya. Ia itu untuk membina generasi pewaris. Pewaris Dakwah. Pewaris kerja nabi. Didalam pembinaan baitul dakwah ini memerlukan chemistry, memerlukan kekufuan serta memerlukan kedua pasangan terlibat dengan jamaah dan dakwah serta tarbiyah kerana dalam pembinaan ini kita memerlukan fikrah yang jelas, cita cita yang tinggi dan pengorbanan yang berterusan terhadap kerja kerja dakwah.Tanpa sifat sifat asas ini sukar untuk mengujudkan baitul dakwah serta untuk melahirkan generasi pewaris.
Sebagai seorang da’i, ana cuma nak sentuh masaalah pemilihan bakal isteri. Sabda nabi:
Dunia ini adalah perhiasan dan sebai baik perhiasan ialah wanita solehah. Apabila kamu melihatnya, ia akan mengembirakan kamu dan apabila kamu tidak ada, ia menjaga kehormatannya dan harta mu.
~Muslim
Setakat itukah wanita solehah itu? Atau wanita sebeginikah yang ingin melahirkan generasi pewaris ? Hadis nabi ini maha benar tapi pada pandangan ana, isteri seorang da’i atau pejuang deen ini, bukan setakat itu saja dan pastinya ada syarat2 lain lagi.
Mungkin dari pengalaman pergaulan ana, ana lihat hanya satu ini yang perlu kita pastikan. Bagi da’i yang ingin berkahwin harus menitik beratkan perkara ini dalam diri seorang wanita dan wanita daiyah yang ingin kan da’i juga harus melihat sifat ini supaya pembentukan keluarga dakwah dapat dilaksanakan dengan sempurna.Wanita pilihan mesti mencintai Akhirat
Kerana wanita amat suka kebendaaan, keselesaan kemanjaan dan kecintaan yang berlebihan sehingga ini akan menyalahi fitrah dalam realiti dakwah dan ini telah berlaku dalam kehidupan Rasullullah sendiri apabila dakwah sampai kekemuncaknya! Isteri2 Rasul suatu ketika mengkritik terhadap kehidupan kesusahan mereka disamping Rasullulah sehingga Rasul memberi pilihan kepada mereka samaada redha didalam susah atau bersedia menerima talaq! Firman Allah:
Wahai Nabi, katakan kepada Isteri2mu , jika sekiranya kamu mahu kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah, supaya aku berikan kepada kamu pemberiah mut’ah dan aku lepaskan kamu dengan cara sebaik baiknya. Dan jika sekiranya kamu mahukan keredhaan Allah dan Rasulnya serta negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah telah menyediakan pahala yang besar bagi orang orang yang berbuat baik antara kamu
(Al Ahzab:28-29)
Realitinya perempuan yang dikuasai oleh tabiat lemah, inginkan kebesaran dan cintakan kebendaan tidak mungkin dapat berjuang melainkan apabila ia membebaskan dirinya dari sifat sifat tersebut dan menyintai akhirat. Kerana apa? kerana cintakan akhirat merupakan syarat kepada seorang isteri da’i untuk memikul beban dakwah kerana tanpa cintakan akhirat seorang isteri akan meninggalkan kesan buruk kepada jiwa suaminya terhadap dunia dan akan mencenderungkan suaminya mencintai dunia dengan pengaruh kehidupannya.
Wajibnya pengarahan mencintai akhirat kepada wanita yang dijalan dakwah adalah disebabkan sifat semulajadi mereka yang selalu mahukan keistimewaan dan jika tidak diarahkan akhirat pastinya menggangu usaha dakwah.
Kita lihat bagaimana al Quran memberi kejutan kepada istri2 nabi apabila mereka demand tentang hidup mereka
Boleh jadi jika nabi menceraikan kamu, tuhanmu akan mengantikan baginya isteri isteri yang lebih baik dari kamu ~ yang menurut perintah, ikhlas, taat, bertaubat, beribadat dan berpuasa ~ janda atau anak dara
(Tahrim:5)
mengantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik dari kamu ~ ayat ini telah merubah sifat sifat cintakan keistimewaan semua isteri nabi kepada amal soleh kerana takut Allah gantikan mereka dengan wanita lain untuk nabi dan mereka tidak mahu ada wanita lain lagi yang lebih baik dari mereka.
Satu yang perlu diberi perhatian bagi para daiyah yang cintakan dakwah dan ingin menjadi isteri seorang duat adalah, jelas niatnya. Daiyah itu sewajarnya menjadikan perkahwinan dengan seorang da’i yang dicintainya dengan niat memasukan dirinya dengan realiti dakwah bukan memasukkan dirinya didalam kehidupan dai itu. Dengan ertikata menjadikan Dakwah sebagai matlamat dan bakal suaminya adalah hanya teman dan alat menuju matlamat.
Jika inilah yang kita semua fahami duhai ikhwah/ akhawat, insyallah pastinya kita dapat mengujudkan sebanyak banyaknya baitul dakwah yang menjadi penerusan kepadan perjuangan ini.
Wallahualam..
alhamdulillah...
ReplyDeletesyukran atas perkongsian yang amat-amat bermakna.
insyaAllah
"baitul dakwah" impian setiap srikandi Islam
moga suami soleh menjadi wasilah untuk mempermudahkan kerja-kerja dakwah.
Ameen..serikandi yg terdidik dirinya didalam harakah islam akan melihat Allah dan Rasul adalah matlamat.
ReplyDelete