Monday, January 31, 2011

Menanti Si Putera Harakah Islam

"Akak, kami hairanlah muslimin ni, mereka nak apa lagi?kami ni tak cukup solehahkah?", "Enti, muslimin jemaah ni nak yang cantik jak macam bidadari, ana ni bukannya cantik pun", "Akak pilih yang bukan jemaah kang, baru padan muka muslimin kita", "Hermm, usia akak dah meningkat, tapi sampai sekarang tiada calon-calon lagi, tolong carikan akak..". Allah..
Ini adalah antara lontaran-lontaran persoalan, keluhan, rintihan isi hati para muslimat harakah yang masih solo. Orang kata "single and avilable". Adakah ini menandakan mereka kecewa dengan ketentuan Allah? Oh, sudah tentu tidak. Hanya luahan rasa didalam hati dan inginkan perkongsian dengan sahabat-sahabat sefikrah yang sememangnya memahami. Disini ana ingin kongsikan isi hati para muslimat harakah yang mana, baitul dakwah ini merupakan salah satu perkara yang sering menjadi dilema. Takala usia yang meningkat belum ada putera yang memegang panji Islam datang melamar. Sememangnya ia akan menjadi perkara yang agak menakutkan.


Penolakan kerana Allah

Pembaca-pembaca yang diredhai Allah SWT, rata-rata apa yang ana perhatikan, kebanyakan muslimat harakah yang mengintima'kan diri sepenuhnya dengan jemaah Islam masih belum bertemu mujahid yang cintakan syahid. Muslimat harakah tidaklah mengharapkan seorang zauj yang kacak bak Ronaldo DeCaprio, tidak juga menginginkan zauj yang mempunyai kekayaan yang melimpah ruah seperti Bill Gates. Apa yang diharapkan hanya seorang zauj yang memahami dirinya kerana sememangnya muslimat harakah telah ditarbiyah untuk cintakan Islam, telah diwakafkan dirinya untuk perjuangan semata-mata ingin melihat Al-Quran dan As-Sunnah dijulang sebagai panduan. Sebenarnya, bukan seorang dua yang ingin menyunting mawar berduri yang sudah mekar ditaman, malah boleh dikatakan ramai. Jadi mengapa ditolak tuah yang datang?? Wahai kaum muslimin, ana ingin memberitahu agar bisa difahami, itu bukan namanya tuah, tetapi membawa cerita yang puaka dalam kehidupan. Muslimat harakah bukanlah menolak kerana paras rupa tidak menawan, akan tetapi penolakkan sebenarnya kerana Allah SWT. Ya, kerana Allah. Mana bisa pemilihan yang dibuat untuk kehidupan didunia dan akhirat ibarat seperti membeli ikan yang busuk di pasar dek kerana tergesa-gesa ingin pulang kerumah tanpa melihat yang mana ikan segar dan yang sudah lama. Cukuplah akhlak dan agamanya menjadi pilihan dihati. Sudah tentu juga dalam pemilihan si muslimat harakah, bakal zaujnya adalah seorang yang sefikrah dengannya. Sama-sama membawa risalah Rasulullah SAW dalam satu jalan yang sama. Muslimat harakah ada hak untuk menerima seseorang yang bakal mencorakkan kehidupannya.

Itulah, siapa suruh terlalu memilih!

Memilih? Muslimat harakah sememangnya memilih. Muslimat harakah memilih juga kerana Allah SWT. Cuba bayangkan nasib muslimat harakah sekiranya terlepas ditangan-tangan yang meyekat kakinya dijalan dakwah. Seorang zauj yang tidak memahami apa itu Jemaah Islam. Dengan memintanya hanya berkurung dirumah tanpa usrah dan majlis ilmu, tanpa sahabat-sahabat sefikrah, tanpa program-program tarbiyah. Tidakah semua itu menyakitkan dirinya? Muslimat harakah hanya sedikit permintaannya, jongkang emas sudah tentu bukan menjadi pilihan. Akan tetapi muslimat harakah menginginkan dirinya thabat dalam Jemaah. Bersama-sama zauj untuk melayari baitul dakwah yang sakinah.Sekali lagi ana ingatkan, muslimat harakah hatinya telah terpaut dengan keindahan taman-taman syurga. Demi mencari cinta Robbul 'Izzati rela dilepaskan cinta duniawi yang sememangnya hanya sementara.


Kamu tu semuanya garang macam singa, siapa yang berani dekat memang kena baham

Inilah namanya muslimat harakah. Siapa tak kenal dengan muslimat yang lantang bersuara membela kebenaran? Bergerak melangkah bak menunggang kuda kemedan jihad, teguh berpendirian bagaikan pokok kelapa di persisiran pantai. Kita harus sedar, inilah hakikat perbezaan muslimat yang ditarbiyah didalam jemaah Islam berbanding wanita-wanita yang dihiasi dengan kemewahan, kesenangan, hiburan dan pelbagai keindahan dunia. Hakikatnya, kita juga perlu tahu bahawa tidak semestinya suara yang lantang seperti harimau dia tidak solehah, mukanya garang seperti singa, dia langsung tidak memiliki kelembutan, kesopanan dan kasih sayang. Walaubagaimanapun, muslimat harakah tetap seorang wanita yang sememangnya memiliki ciri-ciri kewanitaan. Segala keindahan yang dimiliki oleh dirinya hanya akan diperlihatkan kepada seseorang yang benar-benar berhak keatasnya. Iaitu seorang zauj yang bersama-sama mencintai syahid dijalan Allah.

Alaa.. bagi muslimatlah yang memulakan langkah seperti Siti Khadijah

Kita harus ingat, tidak semua muslimat harakah berani mengambil langkah seperti Siti Khadijah iaitu kisah cinta sejati Rasulullah SAW. Ada yang menjejaki langkah, alhamdulillah. Tahniah ana ucapkan, kerana itu sama-sekali tidak betentangan dengan syaro'. Malah ianya sungguh mulia kerana mengikuti jejak langkah kisah cinta yang telah diajar oleh dua hamba Allah yang mulia iaitu murobbi cinta kita Rasulullah SAW dan Siti Khadijah RA.Cumanya, biarlah ia benar-benar bertepatan dengan apa yang telah diajarkan.
Suka ana memetik kata-kata daripada buku Murobbi Cinta(Ustaz Hasrizal) dalam bab Kenangan Terhalal,"...janganlah dicemari perhubungan praperkahwinan dengan apa-apa ynag haram atau syubhah. Biar kenangan semuanya halal dan indah belaka."

Seharusnya juga, muslimin yang menggelarkan dirinya sebagai harakah Islam perlu memulakan langkah. Andaikata saling tunggu menunggu, akhirnya melepas begitu sahaja. Muslimat harakah hanya berangan-angan untuk hidup bersama si putera harakah Islam.

Pembaca-pembaca yang dirahmati Allah, kesimpulannya, jodoh sudah tentu telah ditetapkan oleh Allah SWT. Tetapi kita perlu ingat, usaha itu kena ada untuk mendapatkannya. Setelah berusaha, maka bertawakal dan redhalah dengan ketentuan-Nya. Tidak semestinya juga hidup bersama putera harakah Islam akan menjamin kebahagian dan menjamin untuk muslimat harakah itu thabat didalam Jemaah Islam. Akan tetapi, sekurang-kurangnya nampaklah sedikit sinar harapan untuk muslimat harakah melihat masa hadapannya.

Skrip Kejayaan;
Aku dambakan isteri sehebat Siti Khadjah
Aku cuba mengikuti akhlak semulia Rasulullah


Jika aku ingin isteri secantik Balqis
Aku pelajari dan hayati kehebatan Sulaiman


Jika aku mengharapkan suami setampan Yusuf
kasih setulus Zulaikah aku usahakan

Aku mencari suami seteguh Ibrahim
lalu aku harus sekuat Hajar dan Sarah


Aku bermimpi mendapat lelaki seperti Ali
Maka aku megikuti hebatnya Fatimah
READ MORE –

Sunday, January 30, 2011

Cinta Dakwah, Menuju Baitul Dakwah

Kerja lebih banyak dari masa yang kita ada dan agenda islam adalah agenda yang tiada noktahnya. Oleh itu dalam menyusuri Jalan dakwah dan kerja-kerja dakwah ini, seorang muslim itu harus tahu bahawa untuk kesinambungan perjuangannya,  ia harus menjadikan setiap aspek kehidupannya  terancang sebaiknya termasuklah dalam perkara mendirikan rumahtangga.


Seorang muslim yang cintakan islam dan dakwah semestinya harus menuju kepada pembinaan  baitul dakwah ini  kerana dengan ini cita-cita dan perjuangannya dalam dakwah islam ini ada kesinambungannya.

Adalah menjadi perkara yang  penting  bagi seorang da'i itu apabila ingin membina baitul dakwah ini ia harus jelas sewaktu sesi  taaruf lagi akan kemahuan dan cita-cita pasangan masing-masing dalam mendalami hati terhadap  matlamat perjuangan mereka  kerana dengan ini akan terbinanya kekufuan yang boleh mengelakkan penyesalan di kemudian hari  terhadap cita-cita besar yang ditanamkan dalam diri masing-masing.

Malah kejelasan pendirian dari awal ini juga  turut  membantu dalam  mengerat dan membungakan  cinta didalam rumahtangga yang akan dibina biarpun sebelum ini mereka  telah memahami islam dan mendapat tarbiyah islam kerana faktor terus terang dan telus didalam taaruf akan memudahkan urusan terkemudian.

Seorang muslim yang cintakan dakwah harus  tahu bahawa dakwah adalah kewajipan. Masuliyah (tanggungjawab) setiap yang bernyawa yang bergelar muslim mukmin. Bukan perkara main main dan pinggiran. Ia nya adalah taklif rabbani. Tuntutan Ketuhanan. Tuntutan Allah yang akan dipersoalkan. Berat, dan kita tiada pilihan.

Bagi para duat yang tersedar, mereka tahu bahawa ini adalah sibghah (Celupan). Sibghah dari sibghah Allah. Kita bertanggungjawab sepenuhnya. Oleh itu dakwah tidak terhenti disusuk tubuh kita sahaja kerana tanggungjawab ini adalah bertali arus yang bermula dari kita hingga ke dalam pembentukan Bait'ul Dakwah.


Dan inilah yang sukar kerana sepasang suami isteri mestilah saling mewarnakan kehidupan mereka dengan sibghah ini. Oleh itu pembinaan dan pemilihan muslim dan muslimah berqualiti harus menjadi prioriti (keutamaan) dalam membina generasi pewaris.

Kita yang cintakan deen ini tidak boleh memandang ringan atau memandang sepi perkara ini kerana tersilap pemilihan akan merugikan dan melambatkan deen ini menuju langit kejayaan. Pemuda pemudi Islam harus mempunyai mind set ini supaya sentiasa bersedia untuk membentuk diri masing masing menjadi rijal dan srikandi yang qowi (kuat) agar nanti antara kita tidak tercari-cari dan teraba-raba dalam kesamaran mencari jodoh masing masing dan mengambil masa yang lama untuk pembentukan ini.

Bersedialah berIntima'  (Ikat diri) dengan Jamaah Islam  kerana Islam kian hari kian bertambah sukar. Tanpa jamaah kita tidak boleh berbuat sesuatu kerja dakwah dengan sempurna dan teratur. Bersedialah untuk ditarbiyah. Untuk didik aqidah, hati, ibadah dan berkerja secara team work atau beramal jamaai berusahalah untuk tarbiyah dzatiyah (didik diri) tanpa bergantung pada arahan mas'ul atau naqib serta jamaah.

Jamaah hanyalah sebagai pushing power tapi tanpa Dzatiyah dari diri sendiri, memang sukar untuk melonjak prestasi kita sebenarnya kearah berjuang dijalan Allah dan pastinya kita tidak dapat merubah diri dan dimanfaatkan jamaah dan terkadang mutarabbi begini akan menjadi beban dan fitnah kepada jamaah!

Berbalik kepada pembinaan baitul dakwah, kita semua harus memberi perhatian kepadanya kerana terkadang seorang duat pun tidak dapat membezakan antara baitul dakwah dan baitul muslim.Baitul muslim adalah membina keluarga muslim namun baitul dakwah lebih jauh fikhnya. Ia itu untuk membina generasi pewaris. Pewaris Dakwah. Pewaris kerja nabi.

Didalam pembinaan baitul dakwah ini memerlukan chemistry, memerlukan kekufuan serta memerlukan kedua pasangan terlibat dengan jamaah dan dakwah serta tarbiyah kerana dalam pembinaan ini kita memerlukan fikrah yang jelas, cita-cita yang tinggi dan pengorbanan yang berterusan terhadap kerja-kerja dakwah. Tanpa sifat-sifat asas ini sukar untuk mengwujudkan baitul dakwah serta untuk melahirkan generasi pewaris.

Sabda nabi SAW riwayat muslim
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik baik perhiasan ialah wanita solehah. Apabila kamu melihatnya, ia akan mengembirakan kamu dan apabila kamu tidak ada, ia menjaga kehormatannya dan harta mu."

Setakat itukah wanita solehah itu? Atau wanita sebeginikah yang ingin melahirkan generasi pewaris? Hadis nabi ini maha benar namun  isteri seorang da'i atau pejuang deen ini, bukan setakat itu saja malah ada syarat-syarat lain lagi yang perlu diberi perhatian. Antaranya;

Wanita pilihan mesti mencintai Akhirat!
Kerana wanita amat suka kebendaaan, keselesaan kemanjaan dan kecintaan yang berlebihan sehingga ini akan menyalahi fitrah dalam realiti dakwah dan ini telah berlaku dalam kehidupan Rasullullah sendiri apabila dakwah sampai kekemuncaknya! Isteri-isteri Rasul suatu ketika mengkritik terhadap kehidupan kesusahan mereka disamping Rasullulah sehingga Rasul memberi pilihan kepada mereka sama ada redha didalam susah atau  bersedia menerima talaq! Firman Allah:

" Wahai Nabi, katakan kepada Isteri2mu , jika sekiranya kamu mahu kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah, supaya aku berikan kepada kamu pemberiah mut'ah dan aku lepaskan kamu dengan cara sebaik baiknya. Dan jika sekiranya kamu mahukan keredhaan Allah dan Rasulnya serta negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah telah menyediakan pahala yang besar bagi orang orang yang berbuat baik antara kamu" (Al Ahzab 28-29)

Realitinya perempuan memang  dikuasai oleh tabiat lemah, inginkan kebesaran  dan cintakan kebendaan dan ini akan menghalang perjuangan suaminya melainkan apabila ia dapat membebaskan dirinya dari sifat-sifat tersebut dan menyintai akhirat.

Kerana apa? kerana cintakan akhirat merupakan syarat kepada seorang isteri da'i untuk memikul beban dakwah kerana tanpa cintakan akhirat seorang isteri akan meninggalkan kesan buruk kepada jiwa suaminya terhadap dunia dan akan mencenderungkan suaminya mencintai dunia dengan pengaruh kehidupannya.

Wajibnya pengarahan mencintai akhirat kepada wanita yang dijalan dakwah  adalah disebabkan sifat semulajadi mereka yang selalu mahukan keistimewaan dan jika tidak diarahkan akhirat pastinya menggangu  usaha dakwah.

Kita lihat bagaimana al Quran memberi kejutan kepada isteri-isteri nabi apabila mereka demand tentang hidup mereka,

"Boleh jadi jika nabi menceraikan kamu, tuhanmu akan mengantikan baginya isteri-isteri  yang lebih baik dari kamu  yang menurut perintah, ikhlas, taat, bertaubat, beribadat dan berpuasa  janda atau anak dara." (At- Tahrim 5)

"Mengantikan baginya isteri-isteri  yang lebih baik dari kamu".

Teguran Allah ini juga telah menyedarkan isteri-isteri nabi dari meminta keistimewaan  kepada taat kepada apa yang diberi oleh Nabikerana mereka takut Allah gantikan mereka dengan wanita lain untuk nabi dan mereka tidak mahu ada wanita lain lagi yang lebih baik dari mereka.

Satu yang perlu diberi perhatian bagi  seorang akhawat yang cintakan dakwah dan ingin menjadi isteri seorang da'i adalah, jelas niatnya.
Akhawat  itu sewajarnya menjadikan perkahwinan dengan seorang da'i yang dicintainya dengan niat memasukan dirinya dengan realiti dakwah bukan memasukkan dirinya didalam kehidupan da'i itu. Dengan erti kata menjadikan dakwah sebagai matlamat dan bakal suaminya adalah hanya teman dan alat menuju matlamat.

Jika inilah yang kita semua fahami wahai pemuda dan pemudi Islam, insyallah pastinya kita dapat mengwujudkan sebanyak banyaknya baitul dakwah yang menjadi penerusan kepadan perjuangan ini.

Artikel www.iluvislam.com
READ MORE –

Friday, January 28, 2011

Couple HARAMkah?

Ana mengharapkan agar artikel ini boleh menjadi rujukan mahupun sebagai panduan kepada pembaca-pembaca yang setia serta kepada adik-adik Kelab Remaja Ukhuwah untuk menjawab pelbagai persoalan didalam usrah antum nanti. Kepada pelajar cikgu SMK Pekan 2, kamu semua akan dapat jawapan daripada artikel ini apa yang cikgu katakan tentang kanser cinta.
Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brhenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~
Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..
Masa terus berlalu...
Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..
"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."
Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
******
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"
"Em,boleh..duduklah. awak nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"
"Adik, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."
Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat adik baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Adik, kalau adik paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada adik ialah, setan telah buat adik pandang indah benda buruk yang adik lakukan. Walaupun adik berpandangan tajam, maksudnya adik berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat adik baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat adik terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa adik sms dengan dia, adik ingat Allah. Mesti ada masanya adik hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"
"Em, betul, adik dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Adik dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau adik janji taknak call die pula, adik dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi dik..masih ada zina yang tetap adik tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Adik boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun adik buat, adik tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
"Abang dulu pun couple gak. Lagi lama daripada adik. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila abang sedar apa yang abang buat ni salah, abang trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah abang daripada adik."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang adik. Adik tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."
Saya trdiam lagi.
"Pasal die pula, cube adik fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan adik scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Abang yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab adik, apa yang adik nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Abang dulu, hantar satu sms je kat dia. Abang terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu abang terus tukar nombor. Abang tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Adik dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan, satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu adik hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."
Tiba-tiba saya terfikir..
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"
Saya cakap..
"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
"Adik, kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, adik nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."
Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari abang tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."
Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-lamanya. .
Tapi ingatlah wahai anak-anak harakah Islam, walaubagaimanapun usaha yang kita lakukan, HIDAYAH itu adalah milik Allah SWT yang mutlak. Teruskan berusaha membawa yang makruf dan mencegah yang mungkar. Sebab itulah DOA merupakan senjata bagi orang-orang mukmin.

Kredit kepada blog http://www.fulltimemuslim.com hanya di edit sedikit.
READ MORE –

Aku dan Kek Coklat Cair

Assalammualaikum wbt.

Post kali ini ana ingin mempromosikan kek coklat yang berkrimkan coklat cair yang ana buat untuk menambah pendapatan diri sendiri, demi masa hadapan ~_^

Kek yang sudah siap dipotong. Jangan tengok pada potongan, tp tengok pada rasanya :)
RM 1.20 per 2 pices
Walaupun kek tidaklah seindah wajah, tapi rasanya pasti memikat hati si perasa, Insyallah. Belum cuba belum tahu. Kek yang dibuat tidaklah sehebat Kek Resepi mahupun kek yang dihasilkan daripada kilang-kilang kek. Rasanya simpel, tapi pasti menjilat jari. Kek yang disaluti krim coklat cair dan ditaburi dengan coklat rice pasti menambah selera anda.

Pembaca-pembaca yang diredhai Allah SWT, kita stop sebentar dengan kelazatan kek coklat, kita kembali kepada mesej sebenar yang ana ingin kongsikan. Seperti post ana yang sebelum ini, ana pernah menyentuh tentang rezeki Allah begitu luas bagi para hambanya. Ya, itu memang tepat sekali. Tetapi kita seharusnya ingat, rezeki tersebut tidaklah datang bergolek dengan sendirinya. Tanpa usaha yang gigih dan hanya menggoyangkan kaki, sama sekali tidak akan mengubah nasib kita. Ana bawakan terjemahan surah Ar-Ra'd untuk dihayati bersama.

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."(Ar-Ra'd : 11)


Kepada pembaca-pembaca yang budiman, sekiranya antum punyai sesuatu kemahiran, maka gunakanlah kemahiran tersebut dengan sebaiknya. Wang yang diperolehi bukan sahaja boleh digunakan untuk simpanan diri sendiri, malah boleh digunakan untuk kita membantu jemaah dimasa hadapan.

RM 25.00
Sekadar itu sahaja untuk kali ini. Tempahan hanya boleh dibuat disekitar Kota Belud sahaja :) Insyallah buat sahabat sahabiah UTM yang bakal menjejakkan kaki di Sabah bulan 5 nanti, ana akan hidangkan dengan kek coklat yang special daripada ana.
READ MORE –

Wednesday, January 26, 2011

Buat Wanita Itu

Terimalah sebuah puisi yang ana nukilkan khas buat serikandi Islam. Puisi yang ana nukilkan tidaklah sehebat karyawan-karyawan Malaysia yang banyak menyumbang pelbagai karya yang hebat dan menarik. Ianya hanyalah sekadar penulisan si anak kecil yang perlu dibimbing dan tunjuk ajar untuk merangka seterusnya berjalan dan berlari. Kredit untuk sahabat ana Sutriana kerana mengabadikan puisi ana didalm blognya. Syukran sahabatku, wahai serikandi borneo. Terimbas kembali bagaimana ilham puisi ini datang secara tiba-tiba di minda ana. Ayuh, ana ceritakan serba sedikit latar belakang puisi ini buat pembaca-pembaca yang setia.
Ilham di dewan kuliah
Ilham puisi "Buat Wanita itu" hadir sewaktu ana berada di tahun 3 di UTM. Tak silap ana waktu tu ana berada didalam dewan kuliah sedang mengikuti kuliah Prof. Noordin Ibrahim subjek Nuclear Medicine. Nak kata ana tak mengambil perhatin didalam dewan kuliah tidak juga. Jadi? berkhayal? mungkin kot ^_^.
Pada masa tu, kalimah "Muslimat berkarisma" hebat dilaung-laungkan oleh serikandi PMI UTM. Pelbagai slogan yang di reka untuk menaikkan semangat para serikandi. Akhirnya, slogan muslimat berkarisma menjadi pilihan pada ketika itu. Subhanallah..kita, kami, kamu memang berkarisma.


Dalam hati ana, alang-alang menulis puisi baik ana hantar kepada Lujnah Pembangunan Multimedia PMIUTM untuk di muatkan didalam Rising Dawn atau dikenali sebagai Suara Siswa pada masa kini. Akan tetapi, yang lebih memeranjatkan ana, puisi tersebut telah menjadi pilihan untuk dideklimasikan dihadapan siswi UTM Skudai oleh sahabat seperjuangan ana iaitu Sutriana didalam program HEWI sempena penutupan program Busana Muslimah yang bertemakan "Bidadari Syurgawi". Alhamdulillah. Panjatkan seinfiniti syukur kepada Allah SWT.

Serikandi Islam, ibarat mawar berduri didunia, segar mekar didalam syurga
Terimalah puisi ini untuk dihayati bersama.

siapa dia wanita itu?
wanita hartawan serta dermawan
keturunan terkenal zaman berzaman
agama menawan, terpikatlah yang beriman

siapakah dia wanita itu?
indah pekerti memikat hati
tegas berkarisma langkahnya rapi
cekal jiwanya walau diuji

siapa dia wanita itu?
ibarat mawar yang sentiasa berduri
dipagar diri, dikawal hati
dari nafsu yang sentiasa memburui

siapa dia wanita itu?
bijak bicara kentalnya diri
matinya syahid cita tertinggi
demi mengharap cinta Illahi

ya! itu dia wanita itu..
dalam dirimu wahai srikandi
sentiasa mencari redha Illahi
kasihi sunnah Rasulullah terpuji..
READ MORE –

Rezeki Allah Buat Pejuang Agama-Nya

Alhamdulillah, kalimah pertama yang terbit dari bibir selepas ana menekan button off pada handphone. Pagi tadi, ana mendapat panggilan daripada timbalan pegawai pendidikan daerah Kota Belud. Esok, ana akan mula mengajar di SMK Pekan2 Kota Belud bagi menggantikan guru yang cuti bersalin selama 3bulan.
"Assalammualaikum, nazirah dah kerjakah? saya Cikgu Laugan ingin menawarkan jawatan guru ganti di Pulau Mantanani selama seminggu. Gaji RM 10.00 sehari."

Murid-murid SK Mantanani
Ana terdiam, sambil monolog di dalam hati. Pulau Mantanani? Huhh, buat pengetahuan pembaca yang dikasihi Allah SWT, Pulau Mantanani merupakan sebuah perkampungan luar bandar yang terdapat di Kota Belud. Sebuah perkampungan yang terletak di persisiran pantai dan jauh daripada pekan KB. Bot laju merupakan pengangkutan utama untuk sampai ke kampung tersebut.

"Errm, cikgu, ada penempatan ke kat sana nanti?" ana bertanya. "Oh, itu tiada. Awak kena berkhemah di tepi pantai.."

Allah...ana hampir hilang kata-kata. Nak cakap tak nak, bimbang tak ditawarkan lagi menjadi guru ganti. Kata nak pula, terbayang ana mendirikan khemah di persisiran pantai.

"Cikgu, nanti saya bincang semula dengan mak bapa saya ya." "Cikgu gurau saja, awak nak tak kalau cikgu tawarkan mengajar di SMK Pekan 2?mengajar subjek biologi."

Subjek biologoi? sebuah subjek yang tidak pernah terlintas di fikiran ana untuk mengajar. Kenapa tidak? Selama ana bergelar pelajar sains hinggalah kehari ini, ana tidak pernah belajar matapelajaran tersebut. Bagaimana ana nak mengajar anak-anak murid nanti? Itu bukan bidang yang ana mahir. Matematik, fizik, matematik tambahan itu, Insyallah.

Pembaca yang diredhai Allah SWT, cerita diatas hanyalah iklan semata-mata. Pada hakikatnya, terdapat maksud yang lebih besar yang ana ingin sampaikan. Apa yang ana ingin sentuh disini ialah pemberi rezeki itu adalah milik Allah SWT. Allah berhak memberikan kurniannya, kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Lebih-lebih lagi buat para pejuang agama Allah. Jangan bimbang andai kita tidak lagi berkerja tetap. Jangan bimbang walaupun kita berkelulusan Sarjana Muda atau sebagainya kita masih belum menerima mana-mana panggilan daripada syarikat-syarikat besar kerana rezeki Allah itu sungguh luas.

Ingin ana ingatkan disini, istilah penganggur seharusnya hilang daripada kamus kehidupan seorang pejuang agama Allah. Siapa kata kita penganggur? Kita sebenarnya berkerja untuk Allah. Majikan kita adalah Allah. Gaji hasil daripada titik peluh kita telah tersedia dan hanya menunggu masa untuk diserahkan.


"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?"
"(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang terbaik bagimu, jika kamu mengetahui,"
"Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Seseungguhnya itulah keberuntungan yang besar,"
(As-Saff:10-12)

Ayuh kita renungkan makna surah As-saff diatas. Semoga ia menjadi kekuatan bagi sesiapa sahaja yang menggelarkan dirinya adalah pejuang agama Allah.
Kata-kata terakhir ana sebelum menekan butang off, "Baiklah cikgu. Saya terima. Petang ni saya ambil surat perlantikan di pejabat."


Insyallah, apa sahaja yang kita lakukan kerana Allah, Dia pasti akan membantu para hambanya. Melangkah keluar daripada pejabat pendidikan, ana bernekad ana akan tubuhkan kumpulan usrah disekolah tersebut. Biiznillah..
READ MORE –

Tuesday, January 25, 2011

Aku Si Pakar Cinta?

Assalammualaikum wbt.

"Aku Si Pakar cinta" merupakan penulisan ana yang kedua dalam blog Wardah Al-Jannah. Cinta merupakan perkataan yang sinonim yang sering bermain di bibir setiap insan bergelar manusia. Tidak kira kepada pelajar sekolah rendah, menengah, mahasiswa dan sebagainya. Sedar ataupun tidak, sepatutnya manusia mengenal cinta sejak ia dilantik oleh Allah menjadi khalifah di muka bumi.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah:30)


Kerana kasih Allah SWT, kita dipilih untuk menegakkan agama dan mentadbir alam ini dengan agama. Boleh saja, bagi Allah untuk melantik jin ataupun malaikat, ini kerana mereka merupakan makhluk yang terlebih dahulu diciptakan sebelum manusia. Atas dasar cinta ayah dan ibu kita juga , kita dapat melihat dunia yang fana dan seterusnya dijaga dengan penuh cinta ibarat ditatang bagai minyak yang penuh.

Tidak keterlaluan jika ana mengatakan, cinta itu ibarat cas. Ana teringat kata-kata Prof. Madya Dr. Asiah, pensyarah Optik ana ketika tahun 2 di Universiti Teknologi Malaysia. "Kita sebenarnya berada didalam lautan cas. Disekeliling kita, terdapat 2 cas yang sedang berlegar-legar iaitu ada cas positif dan cas negetif."
Begitu juga dengan cinta. Kita juga sebenarnya berada didalam lautan cinta. Ada cinta positif dan juga cinta negatif. Jika cinta itu dipandu pada landasan syaro' maka positiflah ia. Tetapi jika cinta itu pula dipandu berdasarkan nafsu serakah semata-mata, maka kita akan bertemu dengan cinta yang palsu yang menipu belaka.


Ana sebenarnya bukanlah seorang yang pakar dan arif tentang cinta. Lebih-lebih cinta kepada insan ajnabi. Tapi, alhamdulillah Allah SWT mengurniakan ana kelebihan yang mana kadangkala menjadi rujukan dan diantara yang terpilih untuk membicarakan soal cinta bersama sahabat-sahabat, adik-adik, bahkan orang yang lebih tua daripada ana. Panjatkan syukur kepada Allah SWT diatas kurniaan tersebut. Apa yang ana lakukan tidaklah sehebat mana dengan memberikan jampi serapah untuk memikat seseorang. Ana juga tidaklah  menyediakan khidmat susuk ataupun menyediakan minyak pengasih untuk menggoda para lelaki. Tetapi apa yang ana cuba lakukan ialah mendengar dan seterusnya memberikan pendapat yang tidak bertentangan dengan cinta yang diajar oleh murabbi cinta kita iaitu Rasulullah SAW.

Disini ana ingin kongsiakan tentang cinta yang paling simple dan senang difahami,  bila mana kita membicarakan tentang cinta kepada makhluk lebih-lebih lagi yang berlainan jantina daripada kita, perkara pertama yang patut kita lakukan ialah kembalikan cinta itu semula kepada Allah SWT. Iaitu Tuhan Pemilik segala cinta yang agung. Inilah perkara pertama yang sepatutnya dilakukan. Buatlah pengaduan kepada Allah jika kamu sedar kamu telah jatuh cinta. Buatlah pengaduan jika kamu belum menemukan cinta, buatlah pengaduan jika kamu kecewa kerana cinta. Ceritakan, menangis, memohon, merayu, berkata-katalah dengan Allah SWT tentang masalah cinta yang kita dan kamu hadapi. Setelah selesai ia dilakukan, maka barulah kita mengambil langkah yang seterusnya. Yakin dan percayalah, jika mana kita tidak mengabaikan Allah dalam soal cinta, secara automatiknya cinta pada yang Esa akan sentiasa menyuburi jiwa dan sanubari kita.

Akhir sekali, disini ana mencadangkan beberapa buku yang boleh dijadikan koleksi buku cinta yang mana ia boleh dijadikan rujukan dan diturunkan kepada generasi kita yang akan datang. Insyallah.

                                                                   Cadangan buku

 
READ MORE –

Monday, January 24, 2011

Bismillahirohmanirrohim

Dengal lafaz Bismillahirahmannirohim, ana melancarkan blog baru ana yang baru sahaja dibuat pada 24 Januari 2011 pada jam 3.12 petang. Alhamdulillah dipermudahkan Allah. Pada kebiasannya internet kat rumah tidaklah selancar mana. Tapi pada hari ini, internet tiba-tiba laju dan laptop tidak pula meragam seperti yang dijangkakan. Alhamdulillah..

"Ahh..orang ada blog, dia pun nak buat blog.." ana tak kisah apa sahaja omongan orang-orang yang memerhatikan diluar sana. Bagi ana, dengan pelancaran blog ini, niat ana hanya satu iaitu inginkan keredhaan Allah SWT. Buat pengetahuan pembaca-pembaca yang diredahi Allah, ana sebenarnya dah lama ingin membuat satu blog peribadi. Tapi ana sering terfikir dan bermonolog didalam hati, "mampukah aku untuk memberikan satu perkongsian yang bermanafat kepada para pembaca, tidakkah blog ini akan melalaikan diriku?, adakah blog ini mampu memberikan satu perubahan pada para pembaca, ahh..aku bukannya seorang yang pandai menyusun kata-kata malah bukan seorang yang bijak dalam penulisan, mampukah aku menulis sesuatu yang mana ia bisa difahami oleh mereka?"
Tetapi pada hari ini, entah mengapa jari jemari pantas sahaja menekan button create your blog. Perkara pertama sekali yang terlintas diminda ialah "hari ini aku nekad untuk membuat blog ku sendiri. Nazirah perbetulkan niat lillahita'ala"
Ya, setiap apa yang diperbuat lillahita'al, ia akn menjadi satu bentuk ibadah dan ana yakin ada ganjaran disisi Allah SWT. 

Para pembaca yang budiman, selama ini ana perhatikan, blog sama sahaja seperti facebook. Segala-galanya dihujung jari si pemilik. Sekiranya digunakan untuk kebaikan, maka yang baiklah diperolehinya. Sekiranya digunakan untuk kejahatan, maka tunggulah pembalasan daripada-NYA.
Allah...banyak pula kata alu-aluan ana sempena pelancaran blog ini. Akhir sekali, untuk peringatan diri ini dan juga pembaca-pembaca semua, ingatlah! bila sudah sampai hari yang telah dijanjikan Allah SWT, semua apa yang engkau lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan dan akan ditanya oleh-NYA.

Ana mengharapkan teguran, kritikkan dan dokongan yang membina daripada semua. Selagi mana ia tidak bertentangan dengan syaro', akhlak penulisan masih lagi terjaga, maka ana akan terus menulis dan membuat perkongsian dengan para pembaca. Sekiranya suda bertentangan dan langsung tidak memberikan manafaat, maka selamat tinggal blog Wardah Al-Jannah. Biar ia hanya pada nama..
Wallahu'alam..



READ MORE –