Post kali ini ana ingin mempromosikan kek coklat yang berkrimkan coklat cair yang ana buat untuk menambah pendapatan diri sendiri, demi masa hadapan ~_^
Kek yang sudah siap dipotong. Jangan tengok pada potongan, tp tengok pada rasanya :) |
RM 1.20 per 2 pices |
Pembaca-pembaca yang diredhai Allah SWT, kita stop sebentar dengan kelazatan kek coklat, kita kembali kepada mesej sebenar yang ana ingin kongsikan. Seperti post ana yang sebelum ini, ana pernah menyentuh tentang rezeki Allah begitu luas bagi para hambanya. Ya, itu memang tepat sekali. Tetapi kita seharusnya ingat, rezeki tersebut tidaklah datang bergolek dengan sendirinya. Tanpa usaha yang gigih dan hanya menggoyangkan kaki, sama sekali tidak akan mengubah nasib kita. Ana bawakan terjemahan surah Ar-Ra'd untuk dihayati bersama.
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."(Ar-Ra'd : 11)
Kepada pembaca-pembaca yang budiman, sekiranya antum punyai sesuatu kemahiran, maka gunakanlah kemahiran tersebut dengan sebaiknya. Wang yang diperolehi bukan sahaja boleh digunakan untuk simpanan diri sendiri, malah boleh digunakan untuk kita membantu jemaah dimasa hadapan.
RM 25.00 |
Alhamdulillah...
ReplyDeleteAtas rezekiNya yang sering melimpah-limpah tanpa kita sedari sepenuhnya..
p/s: Tak sabar nak rasa ^_^
nyummy2..kek coklat..syedapnyerrr :)
ReplyDelete:) insyallah..mai datang cepat gi sabah...nyaum..
ReplyDeletesiti,maaf,ana lihat pada bntuknya..
ReplyDeletennt nk beli mau timbang dulu la..ngeh2..
salam cik nazirah..sedapnya..bile nak belanja..?
ReplyDelete:)lani, jgn tengok pada rupanya..belum cuba belum tau..:)
ReplyDeleteasmaq, boleh belanja..tapi kena datang sabah:)