Wednesday, January 26, 2011

Buat Wanita Itu

Terimalah sebuah puisi yang ana nukilkan khas buat serikandi Islam. Puisi yang ana nukilkan tidaklah sehebat karyawan-karyawan Malaysia yang banyak menyumbang pelbagai karya yang hebat dan menarik. Ianya hanyalah sekadar penulisan si anak kecil yang perlu dibimbing dan tunjuk ajar untuk merangka seterusnya berjalan dan berlari. Kredit untuk sahabat ana Sutriana kerana mengabadikan puisi ana didalm blognya. Syukran sahabatku, wahai serikandi borneo. Terimbas kembali bagaimana ilham puisi ini datang secara tiba-tiba di minda ana. Ayuh, ana ceritakan serba sedikit latar belakang puisi ini buat pembaca-pembaca yang setia.
Ilham di dewan kuliah
Ilham puisi "Buat Wanita itu" hadir sewaktu ana berada di tahun 3 di UTM. Tak silap ana waktu tu ana berada didalam dewan kuliah sedang mengikuti kuliah Prof. Noordin Ibrahim subjek Nuclear Medicine. Nak kata ana tak mengambil perhatin didalam dewan kuliah tidak juga. Jadi? berkhayal? mungkin kot ^_^.
Pada masa tu, kalimah "Muslimat berkarisma" hebat dilaung-laungkan oleh serikandi PMI UTM. Pelbagai slogan yang di reka untuk menaikkan semangat para serikandi. Akhirnya, slogan muslimat berkarisma menjadi pilihan pada ketika itu. Subhanallah..kita, kami, kamu memang berkarisma.


Dalam hati ana, alang-alang menulis puisi baik ana hantar kepada Lujnah Pembangunan Multimedia PMIUTM untuk di muatkan didalam Rising Dawn atau dikenali sebagai Suara Siswa pada masa kini. Akan tetapi, yang lebih memeranjatkan ana, puisi tersebut telah menjadi pilihan untuk dideklimasikan dihadapan siswi UTM Skudai oleh sahabat seperjuangan ana iaitu Sutriana didalam program HEWI sempena penutupan program Busana Muslimah yang bertemakan "Bidadari Syurgawi". Alhamdulillah. Panjatkan seinfiniti syukur kepada Allah SWT.

Serikandi Islam, ibarat mawar berduri didunia, segar mekar didalam syurga
Terimalah puisi ini untuk dihayati bersama.

siapa dia wanita itu?
wanita hartawan serta dermawan
keturunan terkenal zaman berzaman
agama menawan, terpikatlah yang beriman

siapakah dia wanita itu?
indah pekerti memikat hati
tegas berkarisma langkahnya rapi
cekal jiwanya walau diuji

siapa dia wanita itu?
ibarat mawar yang sentiasa berduri
dipagar diri, dikawal hati
dari nafsu yang sentiasa memburui

siapa dia wanita itu?
bijak bicara kentalnya diri
matinya syahid cita tertinggi
demi mengharap cinta Illahi

ya! itu dia wanita itu..
dalam dirimu wahai srikandi
sentiasa mencari redha Illahi
kasihi sunnah Rasulullah terpuji..

No comments:

Post a Comment