Thursday, September 22, 2011

Ustazah belum kawinkan?? Suatu Perkongsian

"Ustazah-ustazah, belum kawin ba kan?" comel seorang pelajar ana bertanya dengan nada bersungguh-sungguh. Terkejut ana dengan pertanyaan si anak kecil yang secara tiba-tiba.

"Kamu rasa macam mana??" beberpa pelajar yang tengah khusyuk membuat latihan Akhlak Islamiyah duduk dihadapan ana terganggu seketika.

Ana diam, melihat reaksi Idzat menenti penuh sabar jawapan dari mulut ustazahnya. Sambil tersenyum ana menjawab ringkas.

"Belum lagi..."

"Nah kan! suda saya bilang ustazah belum kawin.."lonjak Idzat kegembiraan memberitahu teman-temannya.
"Ustazah belum kawin sebab mau jadi bidadari syurga nantikan??" aju anak kecil itu semula.


Allah.. Bagaimana si anak kecil ini boleh berfikir hingga ketahap ini? Takkan dia pernah membaca post ana di dalam blog yang bertajuk "Aku Ingin Menjadi Bidadari Syurga".. Tak mungkin..getus ana didalam hati.

"Ya, betulla tu Idzat. Ok buat kerja cepat..nanti ustazah tak bagi balik.." Ana cuba mengalihkan perhatiannya agar lebih fokus membuat kerja.

Lucu bila teringat soalan dan jawapan spontan dari anak kecil itu. Mungkin juga dia melihat ustazahnya sering bercerita tentang syurga neraka, dosa pahala, sebab itu dia boleh berfikiran sedemikian. Mungkin juga dia sentiasa melihat ustazahnya bercerita tentang ketuhanan. Wallahualam.. Tapi, itulah pemikiran si anak kecil yang kadang kala kita tidak boleh jangka apa yang sedang bermain di fikirannya.

"Ustazah! Rafiq tidur. Dia tidak buat kerja!"

"Ya, ustazah nampak..biarlah dia tidur, tak payah bangunkan ya." arah ana kepada pelajar didalam kelas Tahfiz 1. Kesian melihat pelajar yang berusia 6 tahun tertidur sambil meletakkan mukanya di atas meja. Kenapa tidak?Petang yang agak dingin dengan hujan turun dengan lebatnya, membuatkan mata ingin tertutup, apatah lagi seorang anak kecil. Tidak mengapalah untuk kali ini.

Semasa ana tengah menandakan buku pelajar yang telah siap, tiba-tiba....


"UWaaaaaaa!!" bunyi tangisan dari arah belakang. Terkejut, semua berpandangan antara satu sama lain.

"Ustazah! Rafiq menangis," Adui, apa lagi pula ni, tadi tidur bukan main, sekarang menangis pula. Mungkin sakit perut kot. Ana dan pelajar-pelajar lain bergegas meluru ke tempat Rafiq.

"Kenapa Rafiq menangis?sakit perutka?", "Ustazah, mungkin Rafiq mimpi kot tadi?" main teka teki pula petang ni.

Ana bertanya lagi, mungkin betul dia bermimpi,"Rafiq mimpi ka tadi?bagitahula ustazah.." Rafiz menggeleng. "Mungkin Rafiq mimpi ustazah meninggal kot. Jadi dia takut kalau ustazah meninggal.."
kali ini Huzaifah pula menduga dengan wajah yang agak serius. Tergelak ana mendengar ucapan Huzaifah, seorang pelajar yang agak pintar didalam kelas.

"Bukan, dompet saya hilang ustazah.." Rafiq mula mengeluarkan suara.. "Laaa..kenapa tidak bagitahu ustazah dari tadi?"

"Iya, dompet Rafiq hilang, tadi dia tiada pergi rehat ustazah.." pelajar-pelajar lain cuba meyakinkan ana.

"Tercicir dirumah kali tu, nanti ustazah bagi RM 1.00, Rafiq beli di kantin masa balik ya." Ana cuba memujuk si anak kecil agar jangan menangis lagi.

Sedikit perkongsian kehidupan di Pusat Pengajain Tahfiz khususnaya kelas yang ana mengajar kelas Tahfiz 1. Bermacam karenah dan gaya yang kadangkala tidak disangka-sangka. Menginsafkan, menyeadrkan dan seterusnya menjadi muhasabah didalam diri.


"Aku mengajar anak murid ku seperti ini. Maka aku kena buat dan berikan contoh yang lebih baik!"
Kadangkala kita terlupa bahawa peranan seorang guru tidak kira mengajar subjek apapun, ia sangat mempengaruhi seorang pelajar tersebut. Walaupun hakikatnya hanya beberapa jam kita bersama mereka. Kepercayaan yang mereka berikan kepada kita kadangkala lebih daripada ahli keluarga mereka sendiri. Hati dan fikiran mereka masih lagi bersih tanpa dosa. Tidak kira siapa pun kita, sesiapa yang berada disisi si anak kecil sama ada lama ataupun hanya sekejap, kita bertanggungjawab mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka. Kalau warna hitam yang kita warnakan, maka warna itulah yang akan tinggal dan di ingati sampai bila-bila, sekiranya warna putih pula yang dicorakkan, maka warna itulah juga yang akan menjadi kenangan sampai keakhirnya.

Wallahualam

1 comment: