Tuesday, February 1, 2011

Apa Khabar Revolusi Di Mesir?

Ana terpanggil untuk mencoretkan sesuatu mengenai gelodak yang berlaku di Mesir sejak 25 Januari yang lalu sehinggalah kehari ini. Revolusi Mesir bukan sahaja dapat dirasai oleh negara-negara yang terletak di Timur Tengah, malahan tempiasnya juga turut sama dirasai di seluruh dunia, lebih-lebih lagi negara di sebelah Barat. Kebangkitan penduduk Mesir untuk menggulingkan pemerintahan regim Hosni Mubarak menyebabkan berlakunya huru-hara dan rusuhan yang agak dahsyat di sekitar Mesir sehinggakan segala sistem komunikasi dan internet telah disekat.


Pembaca-pembaca yang diredhai Allah SWT. Kebangkitan ini berlaku disebabkan kesedaran rakyat Mesir untuk menyelamatkan negara yang tercinta daripada kekejaman pemerintahan kuku besi yang di perintah oleh Hosni Mubarak selama 30 tahun. Kemarahan rakyat yang terpendam selama ini akhirnya dilepaskan dengan membuat demonstrasi secara besar-besaran. Apa yang ana perhatikan, dengan berdemonstrasi inilah merupakan jalan terakhir yang seharusnya rakyat lakukan setelah segala diplomasi yang dilakukan tidak diambil peduli oleh pemerintah. Jangan difikir air yang TENANG tidak ada buaya.

Melalui sumber-sumber yang ana perolehi, rata-rata kebangkitan revolusi ini disertai oleh anak-anak muda yang sedar dan peka untuk menuntut perubahan dalam pemerintahan Mesir. Banyak sahaja kisah lampau yang boleh kita ambil dan dijadikan contoh yang berkaitan dengan anak muda. Jiwa anak-anak muda ini pada hakikatnya lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu perubahan serta melaksanakan sesuatu yang dihajati. Dengan kesedaran Islam ini menyebabkan anak muda mulai kritis terhadap dasar dan perjuangan parti pemerintah. Cumanya, suka ana ingatkan bersama, pastikan apa-apa yang dilakukan tidak bertentangan dengan syaro' yang telah ditetapkan didalam Islam.

Mansuh ISA (Malaysia)
Demonstrasi revolusi Mesir (Mesir)
Ana teringat kisah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna iaitu seorang pengasas gerakkan Islam moden, Ikhwanul Muslimin, telah muncul untuk mencabar regim dalam tuntutan untuk mengambalikan khilafah Islam yang telah tumbang. Pada usia yang muda inilah beliau gunakan sebaiknya untuk melaksanakan tugas-tugas amar makruf nahi mungkar. Dengan berstatuskan seorang "mahasiswa" pada ketika itu, beliau sama sekali tidak gentar dengan ugutan-ugutan "AUKU" yang bakal diterima oleh beliau. Begitu juga kisah para sahabat Rasulullah SAW seperti Saidina Ali, Zaid bin Haritha dan banyak lagi yang boleh dijadikan contoh.

Tidak mustahil juga, dengan berlakunya revolusi Mesir ini, ia menjadi salah satu rentetan dalam kebangkitan gerakan Islam diseluruh dunia. Ini merupakan suatu fenomena kesedaran untuk mengembalikan penghayatan Islam sebagai cara hidup. Gerakan Islam secara langsung merupakan pihak yang paling mendapat keuntungan dengan fenomena ini terutamanya kepada mereka yang mendokong perjuangan Islam.

Teringat saat ana bersama sahabat-sahabat berpimpin tangan melangakah tanpa gentar ketika menyertai demonstrasi Mansuh ISA 1/8/2009
Sekiranya apa yang berlaku di Mesir, menuntut perkara yang sama bagi rakyat Malaysia untuk bangkit melakukan revolusi, ana berdoa agar ana menjadi salah seorang yang dipilih oleh Allah SWT melangkah bersama-sama pimpinan harakah Islam untuk berada di saff hadapan. Ameen Ya Robb..

3 comments:

  1. subhanallah. insya Allah. apa yg ada di dalam nukilan ini akan menyemarakkan lagi perasaan jihad yg mnanti untuk dkeluarkn setelah terpendam lama.

    ReplyDelete
  2. salam ukhti~ sama2 kita doakan untuk mereka di sana ya~

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete