Ijtima' Tarbawi kini, di tempat kami |
Pembaca-pembaca yang diredhai oleh Allah SWT. Ya, memang benar, isu ini sebenarnya tidak akan ada penghujungnya. Selagi mana muslimin wa muslimat harakah itu tidak bertindak dan masing-masing tidak cuba untuk memahami tanggungjawab dan situasi masing-masing maka, itulah yang akan berlaku. Tidak akan ada penghujungnya. Jodoh, ajal maut sudah ditentukan Allah SWT. Akan tetapi, kita perlu usahakannya. Setelah berusaha, maka bertawakallah kepada Allah SWT. Serahlah segala-galanya pada Allah SWT. Jangan pula setelah antum berusaha dan tidak berjaya, terus berputus asa, kecewa dan pelbagai lagi perasaan-perasaan negatif yang bakal menguasai diri.
Disini ana ingin mengolah makna tersirat yang disampaikan oleh ustaz Anuar Ali ketika penjelasannya berkaitan dilema muslimat harakah.
"Ada muslimin jemaah yang ingin berkahwin dengan Puteri U***, katanya saya ingin mentarbiyah puteri U***. Sekarang kita dah tak terima alasan tu. Sebab telah dibuktikan orang yang berkahwin dengan puteri U***, dia jadi lebih U*** daripada puteri tu, Jadi yang ada ni, yang masih bujang yang belum kahwin ataupun isteri yang dah meninggal dunia dan kembali bujang, yang pertama WAJIB dia berkahwin dengan ahli jemaah P**. Apa untungnya?" ~Ustaz Anuar Ali
Sekadar gambar hiasan |
Berbeza dengan gambar di atas. Sekadar gambar untuk renungan |
Pembaca yang ana kasihi kerana Allah SWT, apa yang dijelaskan oleh Ust. Anuar Ali adalah hakikat yang terjadi pada hari ini. Dimana, muslimin harakah lebih gemar memilih pasangan hidupnya bukan dikalangan ahli jemaah. Kerana apa? tepuk dada tanya iman masing-masing. Antum yang bisa menjawabnya. Apa untungnya? nanti ana akan sentuh semula. Teruskan membaca hingga keakhirnya ^_~
"Saya ingin ceritakan peluang bertapah di Sabah. Supaya yang datang dari semanjung, guru semenanjung yang masih belum berkahwin kalau boleh kita letakkan suatu keputusan dia mesti kahwin dengan orang Sabah ataupun Sarawak. Ha, itu sahaja. Saya tiap-tiap bulan pergi Kuala Lumpur, diantara kempen saya ajak orang-orang tua disana, yang duduk di masjid, pemuda-pemuda yang belum berkahwin datang ke Sabah, berkahwin, buat kerja Islam di sabah, kerana pahalanya sangat besar. Jadi saya nak beritahu secara realiti janganlah dok nak fikir balik kampung...."~ust. Anuar Ali
Mengapa? muslimat Sabah atau Sarawak ni dah tak laku ke? Sabar dahulu, jangan tuduh yang sembarangan :) Laku ataupun tak laku, itu soal yang lain.Sekiranya pembaca-pembaca memahami apa yang tersirat disebalik bait-bait ucapan ust. Anuar Ali, ia membawa suatu maksud yang mendalam. Apa yang hendak disampaikan di sini ialah hakikat sebenar jemaah Islam di Sabah atau Sarawak. Kesyumulan Islam di Sabah atau Sarawak pada hakikatnya 10 tahun ketinggalan lebih jauh dengan Islam yang berada di semenanjung. Bukan niat ana untuk memburuk-burukkan tempat kelahiran sendiri. TIDAK! tapi itulah hal sebenar yang yang harus diketahui. Suasana gerak kerja Islam di Sabah mahupun di Sarawak lebih mencabar dan lebih banyak tentangannya berbanding dengan suasana di Semenanjung. Apa yang membuatkan ana berasa terharu dan hati berbunga orang kata, apabila ada dikalangan sahabat-sahabiah ana yang datang dari semenanjung, menyatakan hasrat mereka untuk menetap di Sabah, untuk menegakkan Islam di Sabah. Ini kerana peluang mereka untuk mendapat pahala, dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar lebih luas. Persoalannya, dah pupus ke orang-orang Sabah Sarawak ni? Oh, itu tuduhan yang sangat tidak berasas. Kami sebenarnya sangat mengharapkan tunjuk ajar dan jiwa-jiwa besar pengerak harakah Islam daripada semenanjung untuk memenangkan Sabah dan Sarawak. Kami inginkan perkongsian-perkongsian pengalaman kerana jemaah Islam di Sabah dan Sarawak ini baru sahaja mula tumbuh pucuknya. Perlu disiram agar mekar menjadi bunga yang mekar lagi indah.
Apa untungnya?
"Jadi, yang pemuda kena faham mesti pilih muslimat P** kerana keberkatannya ada, dimudahkan oleh Allah, dari segi dimudahkan anak pun sihat alhamdulillah. Semua sekali ada kelebihan yang Allah beri kalau kita ikhlas betul-betul kerana Islam. kahwin kerana jemaah Islam. Kahwin bukan kerana nafsu kita, bukan kerana kecantikan, bukan kerana kekayaan, kahwin Kerana Allah Taala. Maka kalau anda boleh sahut cabaran ini, anda akn mendapat satu kepuasan seperti mana yang telah dinyatakan oleh Rasaulullah Saw. Jadi kalau kahwin kerana nafsu, dia akan rosak dan binasa."~ust. Anuar Ali
Ya benar apa yang dinyatakan oleh beliau. Seperti dalam hadis Rasulullah Saw;
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (H/R Bukhari dan Muslim)
Pembaca-pembaca yang dirahmati Allah,
Secara umumnya, hadis ini menyenaraikan ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatin lelaki untuk dijadikan isteri. Tetapi, Rasulullah menyatakan bahawa kunci kebahagian itu adalah dengan memilih seorang wanita yang "kuat penghayatan agamanya". Ini kerana wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagian berumahtangga.
Justeru, seseorang yang menggelarkan dirinya anak harakah Islam perlu jelas bahawa tanggungjawab seorang lelaki/wanita dan seorang ayah/ibu terhadap anak-anaknya adalah memilih seorang bakal ibu/ayah yang baik terhadap bakal anaknya kelak.
Untuk pesanan yang seterusnya, akan ana kupas pada post yang akan datang. Sebuah perkongsian bersama, moga ia boleh difahami dengan lebih jelas. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment