Tuesday, February 22, 2011

Bob Lokman Dulu, Kini dan Insyallah Selama-lamanya

Kebiasaannya, nikmat masa lapang yang ada ana gunakan untuk membaca blog sahabat-sahabat disamping mencari input mahupun idea untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog sendiri. Ana terpanggil untuk berkongsi dengan pembaca-pembaca tentang cerita seorang artis popular tanah air suatu ketika dahulu iaitu Mohd Hakim bin Lokman atau dikenali dengan nama glamournya iaitu Bob Lokman. Sudah tentu antum dapat meneka cerita apa yang ingin ana sampaikan. Ya, tepat sekali, itulah yang ana nak kongsikan dalam post kali ini. Kenapa tidak, bagi pengemar-pengemar media massa sudah tentu kisah Bob Lokman merupakan cerita yang tidak asing lagi di dada-dada blog ^_^

Pengangkutan utama mengangkut barang sumbangan
Sebelum pengisytiharan pada 19hb, PAS Kawasan Kota Belud pernah sekali bersama-sama beliau dalam program Sekampit Beras di Kampung Sarang pada 18 Desimber 2010. Kebetulan pada ketika itu, beliau berserta Pemuda Negeri Selangor datang ke Sabah dan seterusnya menyertai Program Kebajikan yang dianjurkan oleh kawasan Kota Belud. Pada awalnya, ana berserta sahabat-sahabat yang lain langsung tidak menyedari akan kehadiran beliau. Dek kepekaan seorang sahabat, akhirnya kehadiran beliau menjadi tarikan bukan sahaja kepada pengerak-pengerak Kawasan KB malah kepada penduduk kampung \^_^/

Bob Lokman ketika menyerahkan sekampit beras sumbangan kepada penduduk Kg. Sarang

Diantara penduduk kampung yang sempat mengambil gambar

Pembaca-pembaca yang dirahmati Allah SWT, kita seharusnya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana Bob Lokman telah memilih untuk mengintima'kan dirinya didalam Parti Islam Se-Malaysia, PAS. Sudah tentu ada sebabnya mengapa beliau memilih PAS dan tidak memilih parti-parti politik lain seperti UMNO mahupun PKR. Tepuk dahi tanyalah diri sendiri. Dengan penyerahan borang keahlian PAS kepada menteri besar Kedah, secara langsung telah mengisytiharkan status beliau memilih PAS sebagai jalan perjuangannya. Sedar ataupun tidak, ini seterusnya telah membuktikan bahawa perjuangan PAS bukan sahaja terletak pada parti politik semata-mata, tetapi perjuangan yang ingin dibawa adalah lebih daripada itu. Allahu Akhbar!

Ayuh pembaca-pembaca kita ikuti temubual Harakah Daily untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut lagi.
Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat. Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak. Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.
Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya...Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul. Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.

Harakahdaily: Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara.

Bob Lokman: Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka.

Harakahdaily:
Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan.

Bob Lokman: Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat.
                                                        (Temubual beliau dengan wartawan Nazri Abdullah)
Bob Lokman menyerahkan borang keahliannya kepada MB Kedah

1 comment: