Anak-anak adalah anugerah dan cinta Allah SWT kepada seorang insan bergelar ibu dan ayah. Mendapat cahaya mata dari baka sendiri suda cukup membuatkan si ibu dan ayah tersenyum gembira. Apatah lagi di saat menanti kelahiran si manja merupakan suatu penantian yang paling ditunggu-tunggu oleh sesebuah pasangan suami isteri. Ada diantara pasangan yang menantikan kelahiran bayi perempuan dan ada juga pasangan yang menantikan kelahiran bayi laki-laki. Walaubagaimanapun, kita perlu ingat bahawa jantina seseorang bayi yang dilahirkan bukanlah sesuatu perkara yang akan menentukan syurga atau neraka seorang anak mahupun ibubapanya. Akan tetapi, perkara paling besar yang perlu dititik beratkan oleh insan yang bergelar ibu dan ayah ialah bagaimana cara atau kaedah yang terbaik dalam mendidik anak-anak agar mereka bisa menjadi seorang insan yang mampu menyelamatkan diri mereka sekaligus mampu menyelamtkan ibu dan ayahnya daripada kemurkaan Allah SWT.
"Seorang yang berakhlak sempurna akan membentuk jati diri unggul dirinya, umpama ikan dilautan sedikitpun tidak terkesan dengan masinnya air lautan tersebut".
Pembaca-pembaca yang ana kasihi kerana Allah SWT, sebagai ibu bapa Muslim harus tahu menilai kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Tanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak akan dianggap remeh.
memperolehi anak-anak yang soleh/ah adalah suatu anugerah yang tidak ternilai |
- Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana haiwan menjaga anak.
- Tahap Kedua: Anak berumur 7 tahun hingga baligh (14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
- Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
- Tahap Keempat: Anak berumur lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibubapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Ibubapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Perlu diingat bersama bahawsannya, setiap apa yang kita lakukan akan ditanya dan dipertanggungjawab di Hari Pembalasan kelak. Hanya kerana ia satu amanah. Wallahu'alam
“Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Al-Furqan: 74)
No comments:
Post a Comment