Mengimbau kenangan lalu, bermula daripada usia 9 tahun, ana suda mula bergiat dalam mendeklimasikan puisi. Ingin dijadikan cerita, mendeklimasi puisi hanyalah sekadar suka-suka. Guru meminta murid-murid untuk bersajak maka, tugas murid pula adalah wala' arahan guru. Sehinggalah terpilih untuk mewakili sekolah. Akhirnya sampai ke pringkat daerah. Alhamdulillah johan. Ketika berada di sekolah menengah, ana berehat sebentar. Fokus belajar ^_~. Panggilan PLKN siri 1 di Kem KK di Bawah Bayu pada tahun 2006. Ana kembali berkecimpung dalam bidang mendeklimasi puisi apabila menjadi salah seorang wakil kelas dalam membuat persembahan. Dihadiahkan pula sebuah buku yang memuatkan 91 himpunan puisi berunsur Islam. Pada tahun 2006/2007 ditawarkan pula ke Matrikulasi Labuan. Niat dihati ingin berpencen. Sebelum berpencen, sahabat-sahabat di Matrikulasi pula meminta untuk menjadi salah seorang wakil dalam pertandingan deklimasi puisi sempena bulan kemerdekaan peringkat matrikulasi. Alhamdulillah sekali lagi merangkul piala naib johan sahaja. Setibanya di universiti, sah, ana telah berpencen. Sekarang pula? hanya nukilan-nukilan puisi kadang-kala sempat direka sebagai pengganti diri dan kadangkala nukilan digunakan untuk malam-malam penghayatan.
Terimalah puisi khas sempena maulud Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW. Ya Rasulullah rindu pada-mu semakin menyapa. Hadrah Cinta Rasulullah SAW.
Demi kabaikkan seluruh manusia, engkau simbahkan percik hikmah subur didalam minda manusia,
Segala puji bagimu, yang membangunkan rumah akidah,
tempat kami berteduh dan berlindung dari segala musibah,
yang mengajak kami menundukkan wajah, sujud kehadrat Tuhan yang Esa..Ya Rasulullah, engkau Junjungan Besar kami, yang menyelamatkan kami daripada hitam kejahatan,
menjauhkan kami daripada segala pujuk rayu, godaan yang menyesatkan.
Wahai kekasih Allah, yang mengharumkan dunia dengan aroma keamanan,
Melukis di hati setiap insan dengan warna kedamaian,
Engkaulah yang menyerlahkan syiar Islam, menjadi ikutan sepanjang zaman.
Ya Rasulullah, dalam payah dan syahdu, dalam getir dan kejahilan manusia,
Engkau meneruskan langkah, demi umat tercinta,
agar selamat dari murka yang Maha Kuasa.
Wahai Rasul Junjungan, betapa kami gembira menjadi pengikutmu,
mengikut sunah, serta ajaranmu agar bisa kita bertemu dikemudian hari.
Dikala hati resah gelisah, pedih terluka melihat gilanya kemodenan dunia, bertopeng manusia jiwanya si durjana,
terkenang sirah, menghibur lara,
Engkaulah yang mengingatkan diri akan kekuasan Rabbi terhadap hamba-Nya sebagai penguat jiwa dan penyubur rasa.
Segala puji bagi-MU, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang,
memilihnya menjadi tempat kami bergantung harap, dan mengizinkan kami mendendangkan dikir puji-pujian, hadrah cinta ini.
Allahumma solli'ala saiydina Muhammad...
Gambar kenangan di Masjidil Nabawi. Kubah Berwarna hijau, dibawahnya terdapat makam Rasulullah SAW |
salam nazirah...
ReplyDeletebagusnya boleh buat sendiri puisi tu... ;)
Salam Maulidur Rasul...
Sollu..Sollu..Sollu..