Thursday, February 24, 2011

Andai Perempuan Itu Datang

Tersentuh dan takut itulah perasaan ana ketika membaca bait kata-kata dibawah. Khusus buat wanita. Wanita di akhir zaman. Menjadi fitnah disana sini. Teringat kepada seorang pelajar ana bertanya tentang satu soalan. Mari ana ceritakan kisahnya.
Seperti biasa, ana akan menggunakan makmal  setiap kali sesi pembelajaran Biologi ataupun Sains. Lebih mudah kerana perkhidmatan LCD telah disediakan. Apabila sesi pembelajaran telah tamat, semua pelajar tingkatan 5 bersiap-siap untuk pulang ke kelas. Hanya 2 orang pelajar lelaki masih menunggu didalam makmal bersama-sama ana. Katanya nak minta nota. Sementara menunggu nota dipindahkan ke dalam pendrive, ana mengemas buku-buku yang bersepah diatas meja.

"Ermm.. cikgu, saya mau tanya sesuatu.."
"Ba, iya..tanyala."

Dalam minda ana pasti ini akan disoalnya. Dalam peringkat usia remaja kebiasannya soal hati dan perasaan adalah perkara yang memuncak. Hanya kerana ia adalah fitrah.

"Tiadala cikgu.."
"Apa pula tiada, bagitaula cikgu, mungkin cikgu boleh bagi pendapat. Apala tu ya??"

Ana cuba bersikap seperti seorang kakak yang cuba untuk memahami perasaan seorang adik lelakinya. Bersikap slumber seperti seorang teman. Tiba-tiba ana terkenang kepada Al-marhum adik lelaki ana Mohd. Fitri yang telah bertemu dengan pemilik sebenar kehidupan pada tahun 2008. Semasa pemergian beliau, ketika itu ana berada disemenanjung masih menuntut dalam tahun 2 di UTM . Sekiranya beliau masih hidup di dunia, sudah tentu umurnya sama seperti pelajar lelaki yang bertanya sebentar tadi. Sedekahkan Al-Fatihah buat adik ana yang tersayang.

"Cikgu, macam ni sambut valentine tu haramkah?"

Pembaca-pembaca yang diredhai Allah SWT. Sebagai seorang yang bergelar daie, soalan seperti ini adalah soalan yang biasa dikemukakan kepada kita bukan? Entah mengapa peraasaan ana ketika ditanya soalan itu sedikit berbeza dari sebelumnya. Mungkin hanya kami bertiga masih tinggal didalam makmal kot. Pembantu makmal memang ada, cumanya pembantu makmal berada didalam bilik persediaan. Mungkin juga yang bertanya adalah seorang madu' lelaki, kebiasannya yang bertanya pada ana adalah madu' perempuan. Sebab ana adalah muslimat. Mungkin juga..ahh..terlalu banyak kemungkinan. Inilah menunjukkan bahawasannya seorang daie itu perlu bersiap bersedia menghadapai sebarang kemungkinan.

"Oh..sambut Hari Valentine memang hukumnya haram.Kenapa??sebab..itu dan ini........."

Penjelasan yang mana sudah banyak dibahaskan dan dikupas semasa Hari Valentine tempoh hari. Antum cuma perlu menaip hukum menyambut valentine dalam Mr. Google, beribu hujah yang akan diberikan.

"Begitu rupanya cikgu. Macam mana pula dengan couple? Apa hukumnya?haram jugaka??"
"Couple tidak haramlah.." muka mereka penuh dengan tanda tanya.
"Tapi itu selepas nikah. Sebelum nikah adalah haram."


Ana cuba berjenaka dengan mereka. Agak menghairankan bukan? Ana bukannya  ustazah yang mengajar Pendidikan Islam, Tasawur Islam ataupun mana-mana subjek yang terus menceritakan tentang ketuhanan. Ana hanyalah seorang guru sains. Walaupaun secara hakikatnya, kita sedar bahawa sains tidak boleh dipisahkan kaitannya dengan ketuhanan. Maha Suci Allah yang terus kekal selama-lamanya. Mungkin juga penampilan pakaian yang mempengaruhi untuk mereka untuk senang bercerita. Segala-galanya mampu mempengaruhi. Mengapa haram? ha, lagi banyak hujah yang sudah dibahaskan tentang hukum bercouple. Untuk pembaca-pembaca yang budiman, antum boleh rujuk pada post ana sebelum ini.
Penjelasan dan analogi yang ringkas ana berikan kepada pelajar ana. Sehinggalah pelajar tersebut mengeluarkan "statement"..
"Cikgu, macam mana pula kalau perempuan tu yang datang?" Terdiam.. Ini adalah jawapan cikgu bagi soalan yang dikemukakan..

Andai seorang perempuan datang kepadamu ketika kau berseorangan...
Andai seorang perempuan datang dan senyum mesra memandangmu...
Andai seorang perempuan datang duduk di sebelahmu membiarkan bahu dan punggungnya bersentuhan denganmu...
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang bentuk badannya kepadamu...
Andai seorang perempuan datang menanyakan tentang kecantikan wajah dan badannya kepadamu...
Andai seorang perempuan datang memintamu menghilangkan daun di rambutnya...
Andai seorang perempuan datang kepadamu sambil mendedahkan bahagian- bahagian tertentu...
Andai seorang perempuan datang tanpa segan silu denganmu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu?

MUNGKIN PADA PANDANGAN PEREMPUAN ITU,

"Kau adalah kawan karibku."
"Gua takde perasaan dengan lu, so gua selambe jela dengan lu."
"Kau dah seperti abang kandungku."
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit."
"Kaulah kekasihku, diri ini sepenuhnya milikmu."
"Aku tahu kau dan aku takkan mungkin berzina, kita pasti pandai mengawal diri."
"Oh, kau adalah bakal suamiku, aku harus berlatih dari sekarang mengurangkan malu".
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain."

TETAPI WAHAI LELAKI, ADAKAH SELALUNYA BETUL PANDANGAN MEREKA ITU?

Andai seorang perempuan itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN dirimu untuk
MENEGUR
GAGAHKAN dirimu untuk
BERUNDUR
TABAHKAN
dirimu untuk menjadi LELAKI YANG UNGGUL
Lelaki yang hormat pada hak bakal suami perempuan itu nanti,
Lelaki yang hormat pada maruah kaum ibu dan adik beradik perempuannya sendiri,
Lelaki yang takkan disogok dengan benda-benda
Lelaki yang punya jati diri, menegur kerana
TAK MAHU ISTERINYA NANTI BEKAS-BEKAS LELAKI.

Insaflah wahai diri yang bernama lelaki,

Andai seorang perempuan itu datang...
Beranikanlah diri untuk menolak dengan matang...
Andai seorang perempuan itu datang...
Penutup daripada ana, andai seorang perempuan itu datang, maka jadilah dirimu seperti Nabi Yusuf yang tinggi mujahadahnya tidak kalah dengan pujuk rayu seorang manusia yang bergelar Perempuan.

Impianku menjadi mujahidah penghuni syurga

3 comments:

  1. the best word here is....ittakullah"takutlah kpd Allah dlm apa jua keadaan dan ingatlah syaitan itu akan menyesatkan kita dalam apa jua keadaan.....sesungguhnya allah dekat dengan urat leher kita .....mohonlah perlindungan darinya... dan setiap dr kita ada dua penjaga .....berwaspadalah...insyaAllah Allah melindungi hamba2nya

    ReplyDelete